SILA KLIK INI

Sunday, September 2, 2012




Manis kan pelatih anak celoreng ini. Tapi semuanya tinggal kenangan saja. Beliau sudah pergi menghadap ilahai pada Syawal 1433 (2012) yang lalu. Sayu je Omma mengenangkannya. Oleh kerana Allahyarham seorang yang cukup disenangi, maka pemergiannya amat dirasai oleh semua, termasuklah Omma. Omma yang mengiringinya dari CP Kajang untuk datang ke kem. Dari situ kami semua sudah berkenalan. Dan sehinggalah tamat latihan, dia tetap dengan sikapnya yang begitu cool dan ceria itu. Famy, semoga roh mu dicucuri rahmat. Kami rindu...AlFatehah......

Tuesday, April 3, 2012


Bukan nak terjebak dengan politik. Tapi semakin dekat dan panasnya PRU13 yang tak tahu bila tarikhnya absahnya itu semakin hampir, makin macam-macam benda yang hangat berlaku. Kot diruang arena maya ni dah sah sahla memang meriah sangat.

Apapun, semoga dalam dok berkempen itu, tak adalah fitnah dan aib lawan disodok sedalam-dalamnya sampai merosakkan hubungan silaturrahim dan juga menjatuhkan maruah seluruh kerabat. Di celoreng jugak kita dah diajar tentang semangat muhibah dan bertanding secara sihat. Takkan lah secara realitinya, kita pula yang nak memesongkan ajaran murni yang telah disemai. Itu bukan lagi perangai ketam, yang cuba mengajar anak berjalan lurus, tapi lebih teruk dari oink oink yang cuba mengajar anak berjalan langut, dia sendiri yang mempokah akar umbi.

Harap masyarakat Malaysia akan sentiasa bersatu padu. Buatlah pilihan yang terbaik. Jangan jadi mangsa kerakusan pulak. Pemimpin terbaik bukankah ditangan kita? Kita kekalkan keamanan bersama....

Monday, March 19, 2012

BELUM LEGA LAGI KOT...!!!


Baru beberapa hari bebudak balik kesarang masing-masing. Ibarat gagak pulang ke benua, rasa syok tak terkata. Macam baru lepas bebas dari sengsara katanya.
Tapi tak de la sengsara mana ek. Kem kita best n manyak syok. Jadi tak la rasa tension sangat. Betul tak? Apapun, bila dibuka lembaran 'muka buku', ramai pula yang menyerlahkan kerinduan. Rindula ek..dalam sehari dua ni tergiang-giang suara kawan-kawan. Dalam kelopak mata, masih lagi segar aktiviti kita sepanjang hari di kem, begitu padat, dan sesak.

Namun tatkala malam menjeguk ti
ba, kepenatan itu pasti akan terubat bila dapat tidur dan rehat. Lega rasanya. Semuanya itu sudah tinggal jadi kenangan yang sangat beharga ek. Berbanding korang dok kat umah, bangun, tidow, makan, peh tu bukan face book. Tu jelah ek.

Esok, keputusan peperiksaan akan keluar. Didoakan agar semuanya dapat result yang gempar n kasi gegar rekod ek. Maka akan bergandalah kelegaan yang masih lagi tertunggak gara-gara memikiokan result SPM yang dinanti-nanti tu.


Apapun, khas untuk kalian yang tersayang, all da best!!!. Tampilkan yang terbaik dalam diri sindri dan orang lain. Walau apa jua keputusannya, terimalah dengan lapang dada dan rafakkan jua kesyukuran..daaa

DAIMLER KUSAYANG....







Kejap aja udah berlalu kan...maka siri kereta mewah ini juga pun melambai pergi. Segugus tahniah diucapkan serta ku panjangkan juga rasa rindu yang semerbak menjalar dihati. Buat Audi, Bently dan juga Citroen, ampun maaf jika ada terlanjur bicara atau terkena cili yang meluncur laju dari lidah ku ini. Tak terkata sayangnya kami terhadap hangpa semua. Juga buat Daimler, walau sibuk dicantas masa. Namun ku gagahkan juga untuk menjeguk blog kesayanganku yang semakin dimamah usang ini, untuk mengentry satu catatan buat korang. Korang dah pi kluak langsung tak hengat na...





Inilah entry ku yang terkini di titian hari hari 2012 yang dah pun menarik tirai ketiga. Wah! pantasnya masa berlalu ek. Dan Kumpulan 1 Siri 9 sudah berlalu dengan jayanya. Harapan ku agar kalian akan berjaya dengan cemerlang. Secemerlang rimbunan kasih sayang yang kita bina bersama di Kem Jiwa Murni nan tercinta...

Wednesday, December 28, 2011

DAH SEMAK NAMA DAKER....???

Kot tak semak nama lagi,elok lakorang menyemaknyer sebelum Web Rasmi JLKN itu 'datang bulan'. Bila dah sesak sangat mula la tak dapat dibukak. Maka korang jugak yang huru hara. Apa? Tak mau masuk PLKN... memang la semua anak celoreng pon cakap ayat stereotaip itew, tapi bila dah joint barulah korang tau kan. Bak kata pepatah juruletih " nak masuk korang rasa terpaksa, nanti nak balik pun terpaksa la kitaorang paksa". Wah! apakah pengalaman yang menarik itu...joint dulu, baru tahu!!!

Monday, December 5, 2011

DAH MERDEKA DAH.....!!!!

Rasmi- Ketua Jurulatih Keseluruhan Memotong kek tanda Perasmian Penutup Peringkat Kala Wija. Makasih Pak long

Gunung Semanggol-1 Nov 2011, Genaplah tikanya untuk bebudak Kumpulan 3 Siri 8 2011 ni nak membelahkan diri. Rata-rata cigu kompeni (yang lain) tak mau buat majlis penutup untuk anak-anak kompeni masing-masing kerana masa yang begitu membatasi. Lagi pulak perangai...ya ampun..!!!
Mungkin untuk Kala Wija Ketua Jurulatihnya begitu peka hingga tega menyediakan waktu yang walaupun masing-masing sedang tercungap (keletihan) tetap meluangkan masa untuk mengukirkan kenangan terakhir buat anak-anak celoreng ittew.

Boleh dikatakan agak kemas dan tersusun juga acaranya. Malangnya kok ramai pulak yang macam tak mau diraikan, belum habis acaranya ramai pula anak celoreng yang pulang ke dorm. Sedey ke..?!!! Sendiri makan pengat sindri jugaklah mau ingat..yang gatai nak buat kat orang yang tak pandai menghargai itu kenapa sih...?!
Sesungguhnya bukan ia untuk meraikan sianak celoreng yang agak kurang sopannya itu, tapi khas untuk anak-anak yang tetap gigih bersama sehati sejiwa bersama Kala Wija seterusnya berpayung dibawah Jiwa Murni, selama-lamanya. Pasni ntah bila pulak nak jumpa lagi. Didasari atas rasa itu, maka tetap jugaklah kami menyantuni, walaupun langsung tak dihargai.... Itu diatas adalah Cigu Baidah, suara persis Siti Nurhaliza u..keles sangat!!!
Wirawati Kala Wija, akan jadi sejarah untuk Omma jadikan contoh terbaik kerana kegigihan diorang. Sebelum ini pun wirawati yang bersama dibawah Omma pun baik juga. Tapi kali ini kegigihan serta keazaman mereka cukup kental dan jitu. Itu diatas adalah Master Hassan yang selalu kejotkan anak jantan Kala Wija solat!
Sempat lah diorang dedikasikan sebuah persembahan. Wira? Ayoyo..harap korang kat luar nanti akan jadi de best la. Janganlah amalkan karakter yang tak baguih na (yang macam korang buat kat kem, bukan semua u), kita jugak yang ketinggalan. Sikit masa lagi hangpa akan kawen, anak-anak perlukan bapak yang matap u...

Tahniah kepada Kala Wija, dapat tempat kedua. Teringat Starburst 3/2010 yang cukup manis kenangannya. Ingat walau dimana bumi kita pijak, disitulah langit kita junjung. Tak perlu nak cakap banyak. Kita pandai jaga diri, maka KEJAYAAN akan jadi pasti..mmuah untuk kalian... itu diatas adalah Cigu Khasturi yang sangat mantap walaupun masih hijau..Tahniah cigu, u are the best..!!

Monday, October 17, 2011

TEMA 'KERIS' JADI PILIHAN....

MaCaM-mAcAM kEM jIWA MuRNI ni ek..
Pepon Omma nak story mory sikit tentang tema kem pada musim Kumpulan 3 Siri 8/2011 nih. Kem komandan telah menyetujui untuk memilih tema keris sebagai tema kompeni. Tak dela bosan sangat asyik bertitlekan nama yang sama jer yetak?! Lagi pun, kot tukar tema setiap kumpulan ni, bleh menjadikan ingatan lebih kekal dan segar. Sebut je kompeni apa, dah terus ingat apa benda yang dah berlaku pada waktu ittew.

Kompeni A namanya Taming Sari. Tu dia merah menyala katanya.

Kompeni B, bernama Kala Wija...itulah kompeni yang Omma duduk dan jaga...huhu
Kala Wija adalah sejenis keris pahlawan yang digunakan sejak dari zaman kesultanan Melayu Purba lagi. Sapa yang pandai bersilat bolehlah guna keris nih. Jangan lupa dok perasap dan mandikan dengan limau oren.

Bebudak celoreng Kala Wija ? Setakat ni memang diorang bersemangat sangat. Memang best..yang penting sekali, tak der gaduh-gaduh taw.Kompeni C yang bewarna kuning itu. Namanya Gading Emas. Itu adalah sejenis keris yang diperbuat daripada gading yang bersepuh emas. Meletup katanya. Harap semangat diorang pon macam tu jugak. Bukannyer lemau jerr.Ada satu lagi kompeni iaiatu Kompeni D. Kot dulu-dulu dipanggil Delta jer. Tapi sempena nama keris ni kita namakan mereka sebagai Malela. nama macam manja jer, tapi keris ini sangat power dan sangat digemari oleh pahlawan melayu. Takkan orang Jepon nak pakai keris plak yetak. Huhu...

Sekian dulu untuk entry Omma kali ni. Banyak lagi kerja yang nak dibuat. dapat menjenguk kejap ni pon dah kire untung...huhuh

TOLONG LA KLIK SAYA EK...TOLONG LAH