SILA KLIK INI

Tuesday, April 3, 2012


Bukan nak terjebak dengan politik. Tapi semakin dekat dan panasnya PRU13 yang tak tahu bila tarikhnya absahnya itu semakin hampir, makin macam-macam benda yang hangat berlaku. Kot diruang arena maya ni dah sah sahla memang meriah sangat.

Apapun, semoga dalam dok berkempen itu, tak adalah fitnah dan aib lawan disodok sedalam-dalamnya sampai merosakkan hubungan silaturrahim dan juga menjatuhkan maruah seluruh kerabat. Di celoreng jugak kita dah diajar tentang semangat muhibah dan bertanding secara sihat. Takkan lah secara realitinya, kita pula yang nak memesongkan ajaran murni yang telah disemai. Itu bukan lagi perangai ketam, yang cuba mengajar anak berjalan lurus, tapi lebih teruk dari oink oink yang cuba mengajar anak berjalan langut, dia sendiri yang mempokah akar umbi.

Harap masyarakat Malaysia akan sentiasa bersatu padu. Buatlah pilihan yang terbaik. Jangan jadi mangsa kerakusan pulak. Pemimpin terbaik bukankah ditangan kita? Kita kekalkan keamanan bersama....

TOLONG LA KLIK SAYA EK...TOLONG LAH