SILA KLIK INI

Thursday, July 29, 2010

CORETAN TALI TINGGI.....


Mula-mula posing mulut dulu ye anak-anak.....


Pakai topi keledar dan harness elok-elok ya, kot tak mau tangan kasar, pakaila sarung tangan..



Best kan.......



Tali tinggi datang lagi. Nak tau apa itu aktiviti tali tinggi, hah! tali tinggi ni tali yang tingi-tinggi la. Termasukla Musang Terbang (flying fox)(...daulatkan bahasa sangat ye...), daki tembok, refealing, dan beberapa lagi yang anak celoreng boleh joint (bahasa penjajah tersesat dah....!!!). memang la syok sangat sebab buat tali tinggi ramai-ramai. Memanglah tak segayat dan mencabar amat macam solero shock atau permaidani terbang kat Genting Highland sana. Tapi dari riak muka anak celoreng nih..amboi! kok teruja amat. Omma sendiri naik Musang Terbang beberapa kali, rasa cuak jugak. Tapi waktu berlepas itu, ayo sungguh lapang dada ini. Hilang segala nestapa... tak caya tengok muka dak celoreng ni semua....bagus amat diorang nih (sambil memuat naikkan gambar...lambatnya nak upload!)

Wednesday, July 28, 2010

CIRI-CIRI EGO......




Anak-anak celoreng yang dah semakin gelap ( macam negro yang botak...), meh dengar Omma mau bagi tau satu lagi sikap yang very da keji ya (dan sangat memilukan kot kalian jadi cenggitu..). Inilah dia sikap EGO. Infor ini telah Omma petik via email yang dah lama dah Omma peram. Tapi eloklah kot Omma kongsi (lehla kalian tahu, mana tau kot ada tempias ego itew)......

Sifat ego adalah penyakit batin. Ianya adalah abstrak atau maknawiyah, yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun tetap dapat dikesan melalui tanda-tanda lahiriah pada sikap seseorang itu. Atau dengan kata lain, sifat ego itu ada manifestasi atau implikasinya. Berdasarkan sikap dan tanda-tanda yang terserlah itulah dapat mengenali seseorang itu memiliki sifat ego. Di antara ciri-ciri ego itu adalah seperti berikut :-

  1. Menolak Tuhan. Inilah peringkat paling tinggi keegoan manusia. Tidak mahu mengakui akan kewujudan Tuhan ini yang menjadikan mereka berada di dalam kekufuran.
  2. Menolak kebenaran. Biarpun terdapat golongan yang mengakui kewujudan Tuhan namun mereka yang salah faham akan keliru tentang Tuhan turut meletakkan diri mereka di dalam kekufuran. Turut berada di dalam kategori ini ialah mereka yang menolak kerasulan Nabi Muhammad SAW. Terdapat pula yang mengakui Allah SWT dan kerasulan Nabi Muhammad, namun mereka menolak kebenaran ajaran Allah SWT dan Rasulullah SAW. Mereka yang seumpama ini boleh jatuh kepada murtad atau kufur. Penolakan atas dasar lemah iman dan tidak boleh melawan tuntutan nafsu, syaitan dan kepentingan dunia maka kedudukan mereka sebagai zalim. Andainya berpunca dari kejahilan, namun tidak terlepas juga sebagai mereka yang ego tinggi yang dihukumkan sebagai fasik.
  3. Golongan ini pula sangat meremehkan dosa pahala dan tidak suka memperkatakannya. Apa sahaja yang dibuat tidak mahu dikaitkan dengan persoalan dosa pahala atau halal haram. Keegoan mereka ini seolah-olah mahu bebas. Tidak mahu adanya sebarang keterikatan dengan hukum Allah SWT. Begitu juga dalam kontek kekuasaan Allah SWT, mereka tidak mahu mengaitkan sesuatu peristiwa atau perkara itu dengan bukti kekuasaan allah SWT yang Maha Kuasa. Sesuatu kejadian samada kejayaan, kegagalan mahupun musibah pada mereka lebih nampak kepada sebab atau faktor kejadian tersebut. Dalam soal usaha ikhtiar, mungkin juga boleh diterima sebagai faktor sebab yang terhasilnya sesuatu yang hakikatnya dengan izin Allah SWT. Apa yang anehnya sebagai memperlihatkan ego adalah bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kemarau, jerebu, tanah runtuh yang sifatnya tidak ada campur tangan manusia, pun tidak mahu disandarkan kepada kekuasaan Allah SWT. Lantas dengan cepat mereka mengatakan itu semua adalah lumrah alam atau perkara biasa.
  4. Tidak mahu menerima dari orang atau pihak lain. Seolah-olah merasa rendah atau tercabar atau terhina andainya kebenaran itu keluar dari mulut orang lain. Lebih-lebih lagi sekiranya sesuatu yang benar itu datangnya daripada orang bawahannya atau orang yang dianggap status sosialnya lebih rendah.
  5. Ego juga dapat dilihat bilamana seringkali menzalimi orang lain apabila seseorang itu memiliki kuasa. Dia akan gunakan kuasa itu bukan sebagai amanah atau tanggungjawab tetapi sebagai peluang untuk menindas atau mendatangkan kesusahan kepada orang lain. Andainya roda pusingan kehidupan menjadikan gilirannya pula berada di bawah atau menjadi pengikut, ketika itu dia akan menjadi orang yang paling sukar untuk taat setia kepada pihak atasannya. Egonya itu membuatkan dia menjadi amat sukar untuk tunduk kepada peraturan dan perintah ketuanya.
  6. Sering sahaja bercekak pinggang sebagai gambaran membesar diri. Sifat egonya itu terzahir dalam perbuatan bercekak pinggang biarpun tanpa disedarinya.
  7. Payah hendak bertegur sapa kecuali kalau orang lain mendahuluinya. Dia merasakan tidak layak untuk menghormati orang lain seolah-olah orang lain yang patut menghormati dirinya.
  8. Isi perbualan atau percakapannya sering saja melebihkan diri biarpun dalam nada tutur kata yang lunak. Apatah lagi bila ada peluang bercakap besar dan lantang.
  9. Selalu berwajah serius dan masam. Ditambah pula dengan sikap yang kurang mesra.
  10. Sangat memilih kawan terutamanya di kalangan orang yang setaraf sahaja. Kadang-kadang lebih suka berada di tengah-tengah orang yang lebih rendah bukan kerana merendah diri tetapi mengharapkan agar dirinya kelihatan lebih menonjol. Dan begitulah sebaliknya cuba mengelak berkawan dengan orang yang lebih atas kerana tidak mahu kelihatan dirinya rendah.
  11. Sangat mudah tercabar oleh kebaikan orang lain. Apatah lagi apabila dicabar maka sangat tidak dapat menguasai emosi. Mudahnya tercabar itu samada akan memberi tindak-balas atau terus merajuk dan membawa hati.
  12. Mudah menjadi marah terutamanya kalau orang lain yang membuat silap, lebih-lebih lagi kalau kesilapan itu tertimpa ke atas dirinya.
  13. Kalau dia terbukti bersalah sangat sukar untuk meminta maaf. Dan apabila orang lain yang bersalah pula sangat sukar memaafkan.
  14. Tidak boleh ditegur atau tidak mahu menerima teguran. Teguran boleh menyebabkan dia sakit hati malah timbul dendam terhadap orang yang menegurnya.
  15. Sangat suka dipuji malah sentiasa menunggu-nunggu sahaja akan pujian orang kepadanya. Kalau dia mendengar pujian terhadap orang lain di hadapannya maka timbul sakit hati kepada orang yang memuji itu dan sakit hati kepada orang yang dipujinya.
  16. Sangat suka berbahas. Dalam perbahasan pula sering meninggikan suara. Berbahas pula bukan hendak mencari kebenaran tetapi hendakkan kemenangan walaupun salah.





Kesan sifat ego ini sangat merbahaya dan dahsyat. Lihat sahajalah Firaun, Namrud dan Hamman, kerana egolah mereka sanggup menderhakai Tuhan. Bahkan sanggup mati di dalam kekufuran. Biarpun berbagai bencana Tuhan datangkan sebagai amaran dan ancaman, semuanya tidak menjadi pengajaran, iktibar dan ingatan. Apalah ertinya mempertahankan ‘kenikmatan’ ego itu sedangkan menanggung seksa dan laknat Allah SWT.

.Ego itu seumpama api yang membakar sekam..ayoyo!!! banyak bahaya woo....!!

Tuesday, July 27, 2010

LAWAK JA....


Duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju,seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan dianggarkan hanya dipandu 22 batu sejam sahaja.

Maka Polis trafik pun berfikir " Tak boleh jadik niee..lambat dari kura-kura..sangat bahaya bagi pemandu yang lain"

Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang wanita - dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang - mata kesemuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat.

Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya " Apa kesalahan saya tuan? saya tidak melebihi had laju..kenapa ditahan?"

"Makcik" polis trafik menjelaskan " makcik bukan melebihi had laju, tapi memandu lambat daripada had laju jugak boleh menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain" "lambat dari had laju ?" wanita itu merasa hairan. "Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda ..[JALAN AMPANG 22]!" bantah wanita itu dengan marah.

Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud [JALAN AMPANG 22] adalah tanda nama jalan dan bukanya had laju. Dengan perasaan malu, wanita itu mengucapkan timah kasih atas penjelasan itu. " Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan...adakah kesemua penumpang di kereta makcik semuanya sihat? nampaknya makcik-makcik yang lain macam
mengigil ketakutan dan muka pucat" polis trafik itu bertanya kehairanan

"Oh...jangan bimbang ,mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi.Kerana kami baru saja menuruni [Jalan Bukit Bintang 309]."

Sunday, July 25, 2010

LEMBARAN BARI KINI TERBUKA.....



Ayuh! anak-anak celoreng. Selasa ni sudah mau bukak buku baru lagi (bukan buku hutang ya..). Itulah Nisfu Syaaban yang afdal kita semua buat kebajikan dan imarahkan la kebaikan-kebaikan (meriah-meriah....).


Sebelum tibanya Ramadhan nih, anak-anak dah sedia ke Nak bepoce (bukan pose perut je..rohani dan mental juga taw..). Yok kita cermin diri, manalah tau ada susuk jahat cuba menodai wajah keimanan kita yang bakal bersua dengan Ramadhan yang tinggal beberapa tapak saja lagi nak menguak jendela kerahmatan itu ( kot sempat Alhamdullilah..)


Apa yang nak dicermin tu ek...(sambil garu-garu kepala yang botak..!!!)


1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.


Daa..... Akhlak yang baik umpama sekumtum bunga, walau di mana pun jua, pasti semua orang suka......

Saturday, July 24, 2010

APA TANDANYA JIKA TELINGA BERDESING..?



Tiba-tiba telinga kita terasa berdesing tak mau-mau. Macam ada kapal terbang dalam kepala otak. Pernah tak anak-anak celoreng mengalami keadaan berdesing ini (sambil mengorek telinga dengan bulu ayam..ah..lega!!). Menurut kepercayaan orang Jawa (wes nyong ki wong jowo, retine jowo waelah..), itu ada petanda tertentu. Maka mak Omma dulu selalu pesan, kot berlaku macam ittu, maka perlulah berselawat tiga kali, dan tiupkan kat tangan dan letak tangan tu kat telinga kita ( mojarobat jawa juga bleh dirujuk..) Infor di bawah ni, Omma cari khas untuk anak celoreng dan anda-anda juga taw (siap bukak Tajul Muluk lagi...)

Mari kita tengok tanda-tanda kot Telinga sebelah kanan yang berdesing

antara pada jam 06-07 pagi hari
bermakna akan mendapat kabar buruk

antara jam 07 - 08 pagi hari
bermakna akan difitnahkan orang yang menjadikan percakapan orang

antara jam 08 - 09 pagi hari
bermakna akan berancangan pergi jauh dan entah sendirian atau bersama orang lain

antara jam 09 - 10 pagi hari
bermakna akan ada berita yang kurang menyenangkan tentang keluarga

antara jam 10 - 11 pagi hari
bermakna akan ada penghalang dari rancangan perjalanan anda sebaiknya ditunda atau dibatalkan dulu

antara jam 11 - 12 siang hari
bermakna akan ada khabar yang kurang menyenangkan yang datangnya bersamaan dengan surat yang akan diterima dalam waktu dekat

antara jam 12 - 01 tgh-hari
bermakna akan ada saudara jauh yang datang dengan membawa cerita lama

antara jam 01-02 petang
bermakna akan ada ajakan maka-makan

antara jam 02-03 petang
bermakna akan ada sesuatu yang membahayakan anda dalam waktu dekat

antara jam 03-04 petang
bermakna akan ada berita dari keluarga yang entah itu yang menyenangkan atau menyedihkan

antara jam 04-05 petang
bermakna akan ada perjalanan jauh yang akan anda lakukan dalam waktu dekat

antara jam 05-06 petang
bermakna anda sedang menjadi pembicaraan banyak orang

antara jam 06-07 petang
bermakna akan ada sesuatu yang berharga pergi meninggalkan anda

antara jam 07-08 malam
bermakna akan mendapat berita buruk dari kalangan sendiri

antara jam 08-09 malam
bermakna akan ada keberuntungan yang besar untuk anda

antara jam 09-10 malam
bermakna akan ada yang mengancam anda

antara jam 10-11 malam hari
bermakna akan ada berita yang baik datang kepada anda

antara jam 11-12 malam hari
bermakna akan ada seseorang yang jatuh cinta

antara jam 12 - 01 pagi hari
bermakna akan ada sesuatu wejangan yang diberikan oleh orang tua

antara jam 01- 02 pagi hari
bermakna akan ada perselisihan antara kerabat sendiri

antara jam 02- 03 pagi hari
bermakna segala perjalanan yang ada kerjakan akan selamat sampai tujuan.

antara jam 03- 04 pagi hari
bermakna akan ada yang sesuatu yang hilang yang anda nilai sangat berharga

antara jam 04- 05 pagi hari
bermakna akan ada sesuatu yang merugikan anda jika anda seorang pekerja anda
akan diberi peringatan dari pimpinan

antara jam 05- 06 pagi hari
bermakna akan ada orang yang akan mencelakakan an

Kot Telinga sebelah kiri plak yang berdesing :

antara jam 06-07 pagi
bermakna akan ada tamu yang menguntungkan dalam waktu dekat.

antara jam 07-08 pagi
bermakna akan melakukan perjalan jauh dalam waktu dekat

antara jam 08-09 pagi
bermakna akan kedatangan keluarga dekat

antara jam 10-11 pagi
bermakna akan selamat dalam perjalanan yang akan datang

antara jam 11-12 siang
bermakna akan kedatangan keluarga dari seberang lautan

antara jam 12-01 TGH-HARI
bermakna akan terserang penyakit dalam waktu dekat

antara jam 02-03 petang
bermakna akan kedatangan tamu

antara jam 03-04 petang
bermakna akan bepergian jauh baik beurusan usaha atau urusan kerja, sendiri atau bersama-sama.

antara jam 04-05 petang
bermakna dalam waktu dekat akan mendapat keuntungan besar bagi usaha dagang dan dalam waktu dekat akan naik pangkat bagi pekerjaan.

antara jam 07-08 malam
bermakna akan menerima pernyataan cinta dari seseorang dalam waktu dekat ini.

antara jam 09-10 malam
bermakna akan menerima undangan perkawinan dari teman dekat

antara jam 10-11 malam
bermakna akan kedatangan pencuri

antara jam 11-12 malam
bermakna akan menghadapi penghalang dalam mengurus perkara yang sedang dihadapi
antara jam 12-01 pagi
bermakna semua cita-cita akan yang dirancangkan akan segera tercapai

antara jam 01- 02 pagi
bermakna akan menerima khabaran yang sangat menyenangkan

antara jam 02- 03 pagi
bermakna akan ada prtengkaran dalam keluarga.

antara jam 04- 05 pagi
bermakna anda akan mendapat usaha pekerjaan baru

antara jam 05- 06 pagi
bermakna akan ada musyawarah dan mufakat dalam setiap persoalan yang dihadapi oleh anda sebagai jalan keluarnya

Kita hanya merancang, tapi tuhan jua yang menentukan. Wallahualam....

(Jika telinga berdesing berlebihan, maka telinga bakal jadi pekak badak, bila dah badak maka command pon tak dengar dah... (biar botak, asal jangan pekak)...huhuh...jangan marah ek..lawak ja..)



Friday, July 23, 2010

KEAGUNGAN AL QURAN....


Anak-anak celoreng yang muslim, ni Omma nak tanya ek (sambil membelek buku motivasi La Tahzan....), berapa kali kalian dah khatam Al Quran ya? Ha ! bagus anak-anak. Yang masih tak khatam lagi, bleh la di jadikan sebagai impian untuk mengkhatamkannya ek. Yang sudah khatam tu, pastikan terus lagi memperdalamkan pemahaman terhadap kitab suci itu. Mari kita lihat beberapa keajaiban yang Allah SWT telah serlahkan dalam Al Quran ye (sopannya Omma kali nih! taibbbb....!!!) Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya. Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali


HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali

KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali


IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali


BERSEDEKAH - 73 kali

BERPUAS HATI - 73 kali


ORANG YANG SESAT - 17 kali

ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali


MUSLIMIN - 41 kali

JIHAD - 41 kali


EMAS - 8 kali

KEMURAHAN HIDUP - 8 kali


KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali


ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali


MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali

SUMPAH - 25 kali


NAFSU - 8 kali

KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali


KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali


MUHAMMAD - 4 kali

SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali


SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali

BULAN - 12 kali

HARI - 365 kali


LAUTAN - 32 kali

DARATAN - 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45 Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus JUMLAH = 100 peratus Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus. Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!! Wahai anak-anak celoreng, bersahabatlah dengan Al Quran, pasti hidup akan sentiasa ceria (sama-sama kita sebut "tiga"....!!!)

Wednesday, July 21, 2010

TIPS UNTUK ANAK CELORENG YANG TAKOT HANTU...


Anak celoreng nih bukan semuanya berani (walhal muka ya amat la sadis..). Kekadang tu, nak kejamban terpaksa kejut kawan. yang lebih syahdunya bila tengah syok-syok tidow bleh plak diorang kejut kita. Ingat pehal, rupa-rupanya terdengar bunyi pelik...memang la pelik bila budak KL yang tak pernah dengar burung hantu, bunyi beruk nak tidow (meriah sangat iramanya...tapi berbaur ngeri jugak..), bunyi musang dan entah apa-apa bunyi. Kem pulak dalam hutan (macam kem Omma nih).


Berikut Omma kongsikan cara yang afdal untuk kalian mengusir hantu termasuklah kepada semua pembaca blog nih ( ha! toksah dok pakai tangkal mangkal lagi, ngarut je suma tuh...)




Pocong

Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak
pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya itu.



(dipercayai kebanyakan hantu pocong ni naik ke atas balik sebab malu pakai kain kapan, sepatutnya pakaikan la kain yang berjenama skit...demand tinggi macam muka cantekk!!!)



Langsuir

Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka
dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.


(Dia ni mati terberanak....jadi ada orang jahat sudah khianat kat anak dia..dia pun carilah merata...)


Pontianak

Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah
ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia
boring.



(Lihatlah rambutku...luruskan...guna tangan je...hahaha....(sambil mengilai-ngilai)


Hantu Raya

Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya
senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak
main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau
kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.


(Mintak mak kuih sepotong, saya mahu makan kerna perot kosong..aummmm..!!!)


Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi.
Kalau terjumpa dia, kita
hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada di situ.



(Mak aih...kemain tinggi...kerja cuci cermin KLCC memang layak amat...)


Jerangkung

Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja,dan paling mudah untuk
menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat
gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.



(Ini bukan gambar lucah ekk...ni jerangkong bernyawa lagi...)


Toyol

Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni.. nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya
kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu...




(Alamak!!! thomeinyer..tapi suka kebas duit orang...malaun..badigol...bonggol!!!)


Hantu Web
Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam korang
lerrr.. lepaih tu nengok web ni .. macam sekarang nih.. sah-sah tengah baca
artikel nie.. macamana nak jawab.. korang sendiri gak jadik hantu.. jadi
bawak-bawaklah buat kerja ..... kui kui kui


(Tak dapek pok cik nak menolong ekk......!!!.)



Monday, July 19, 2010

FILEM MANTRA...

Semalam Omma pun menghiburkan dirilah bersama beberapa orang kancan menonton Filem Mantra. Aduh! asyik sekali.

Dah banyak komentar tentang filem nih, jadi tak perlulah Omma nak cerita ceriti lagi. Nak tau feelnya kenalah nonton sendiri (sambil makan McD ,cukup enak sekali). Mantra bagi Omma memang boleh tahan la, tapi kot nak diangkat sebagai sebuah filem yang hebat rasanya memang masih jauh lagi. Berikut adalah kelemahan kecil yang tengah-tengah bulu meremang tu boleh pula fikiran ni menerawang (fikir tentang benda remeh ittew)


Waktu ni Habsyi tengah merawat Mak Long. Tiba-tiba terlihat kelibat hantu (pendamping ilmu hitamnya itu). Bukannya ngeri, tapi rasa hantu tu seorang makcik yang lumpuh akibat terkena kencing manis. Tak suspen langsung (sambil menyuap McD itu..)

Sebelum babak ni, si Ani ni dah didatangi oleh si Munzir yang ganas itu. Dah tau saat-saat kritikal, boleh plak berkemban turun mandi. Bilik ayer dahla kat bawah. Kot ikot logik, mana maunya orang dok cemas dok gatai nak mandi-mandi lagi. Saja je nak kena kerkah ngan hantu (hantu plak gedik semacam..suruh PT10 baru tau...)



Muzir telah membawa Ani dan Borhan menyeberang sungai (ntah hapa motif lakan..pedulik). Tapi yang musykilnya adalah, siapakah insan yang memasang unggun api disekeliling gelanggang itu (macam cerita Hindustan yang tak pasal-pasal siap ada penari pengiring bergelek bila hero ngorat heroin itu...)...

Memanglah mana ada cerita logik 100%. Tapi benda remeh camnih, sepatutnya dapat dielakkan, agar situasi lebih natural dan real.....(realkah kot tengah belakon siap terkentut..???)

Dan kot kalian tengok ada satu babak dimana si Ani risau sebab maknya tak balik-balik, dia pun macam sedih bagaila suara. Tapi boleh plak lepas tu gelak geli bergurau dengan anaknya. Macam tak ikhlas dengan watak dia tu. (tak ikhlas suruh laki dia cari emaknya yang dak kena santap ngan hantu kencing manis itu)...(tak boleh nak banding Elly Suriati la, watak kecil pun berbekas di hati).

Dan yang lebih penting, dalam setiap cerita, tentulah kita nak tahu siapa heronya. Ha! dalam Mantra, tak lain tak bukan adalah Tok Imam nih..keh! keh! keh!.......Taibbbbbbbbbbbbbb



Nah engkau...Hikmat serban tok arab katanya........................


MANTRA VERSI CELORENG..!!! SERAM SEH....


Macam biasa….aku jalan kaki balik dari kerja waktu tengah malam….aku jalan kaki sensorang je…..mane ade member sekerja yg tinggal sekali ngan aku…..so, boring jugak la aku dok berjalan sensorang tu…..sejuk tu..memang la sejuk….dah le sejuk…gelap nak mampus…ade lampu jalan pun…bukan bole pakai..ape la…hampeh…mane tak rosak…kalau dah penuh dihurung dek menatang malam…..penuh kat lampu…..lame lame ‘short circuit’ la……pastu pulak…majlis daerah lambat la pulak nak repair lampu tu…..ape la dieorg…makan gaji bute ke ape…ngabihkan duit aku je bayar cukai…..(hehehe…walaupun aku sendiri tak berapa pasti…aku bayar ke tidak duit cukai tu pun)….Jadinya, setiap kali pergi kerja…aku mesti pastikan yg aku bawak lampu suluh…..tapi, nak jadi cerita la kan…ari ni….tido punye pasal….terlajak pulak…kelam kelibut aku bersiap nak pegi keje….jadinya, macam biasa la….kalau dah ngelabah tu…tinggal abis semua barang……nasib baik jugak la aku teringat lagi nak pakai baju ngan seluar…kalau tidak…tak pasal-pasal je glamour sekejap….. Jadi, malam tu……aku jalan macam org bute la….teraba-raba….gelap sungguh….tapi aku tak la takut….pasal dah selalu sangat aku lalu situ untuk balik kerumah……Bila rase boring sangat tu….aku pun nyanyi la sensorang……tapi aku tak la nyanyi lagu rock malam tu….aku nyanyi lagu nasyid……lagu intim lagi….’Kasih Kekasih’ tu……punye la nyanyi…..sedap sungguh suara aku malam tu…heran jugak…selalu tak le semerdu tu suara aku….tapi malam ni lain benar pulak merdunye…..hisnh…hisnh…hisnh…(kembang lubang idung aku ha…) Tibe kat hujung lorong jalan tu…..aku nampak la sebatang pokok besar…..takde la ape pun bezanye ngan pokok lain lain yg ade kat situ……cume bile aku perati betul betul…..aku nampak pokok tu macam menggeletar….macam kene goncang la…..cume tak berape kuat la….tapi yg herannye makin aku dekat ngan pokok tu…makin kuat la die punye goncang…..aku pun dah mula pikir yg bukan bukan…tapi bile mengenang balik…ape yg cikgu biologi aku ajar dulu kat sekolah…aku jadi tenang la balik…walaupun tak setenang awal tadi….cikgu aku cakap…tumbuh-tumbuhan pun melalui proses perkumuhan……contoh macam proses respirasi la……wap air yg keluar tu…….kite kata sebagai bahan kumuh la tu…..cuma yg bezanya…tumbuh-tumbuhan ni berkumuh pade waktu malam la….tak macam manusia….bile bile pun boleh…bergantung kepada kelapangan mase yg ade la….hehehe…. Bile aku sampai je kat pokok tu….tibe tibe je die berenti bergoyang…..terkujat jugak aku dengan perubahan mendadak pokok tu….Pastu je…aku mula rase tak sedap ati….pasal aku dah tercium bau wangi giler……wangi giler-giler punye…silap-silap sape yg tak tahan…bole ilang akal dibuatnye…mate aku pun dah tak tentu arah….segala sudut pun aku jeling…….kaki aku pulak dah berat semacam….macam kene paku la pulak…..pastu tibe tibe je badan aku jadi lembik…aku dah tak larat nak bergerak lagi…yg betul betul boleh bergerak cuma mate ngan mulut aku je….mase tu…aku cume ingat nak nangis je…….mulut aku tak putus putus bace segala surah yg aku ingat…entah ape aku baca…aku pun tak berape nak ingat…..aku bantai je….dalam keadaan aku yg macam tu…….aku jadi terdiam sekejap….bile mate aku nampak sesuatu melayang layang turun dari pokok besar tadi dan menuju kearah aku yg dah tak lalu nak berdiri lagi…..kemudian bende tu berdiri dalam keadaan dirinye membelakangi aku……yg aku ingat….susuknye…macam perempuan….rambutnye lurus mengurai….tapi tersisir rapi…..dalam keadaan die yang membelakangi aku…..die kelihatan tersengguk-sengguk menahan tangis….cume bunyinya kurang jelas pade pendengaran aku ketika itu…. Dalam esak tangisnya yg semakin meninggi, die mula merapati aku…..dan aku jelas melihat bahawa die sebenarnye bergerak tanpa membuka langkah sedikit pun………walau untuk satu langkah……Jelas sekali yang dirinye terawang awang di udara tanpa sepasang kaki yang nyata memijak bumi….. Pade ketika die mula merapati aku……aku mendengar esakannye makin menjadi jadi…dan ketika itu juga……die mula memalingkan mukanye sedikit demi sedikit kearah aku…….Dalam keadaan sedemikian aku mula membulatkan tekadku….aku mesti berani menempuhi dugaan ini……biarlah ilmu di dada belum sempurna…..tapi demi maruah seorang anak lelaki ayah….aku mesti berani menghadapi cabaran ini….ayahku sendiri pernah menghadapi dugaan yg lebih besar dari ini…. …Ketika itu aku telah bersedia untuk menghadapi ape sahaja……aku gengam kuat kuat tangan aku ketika itu……..Lalu aku berteriak dengan lantang ‘Lu jgn main-main ngan gua. Lu belum tau sape gua!!!! Sekali gua….gua…..gua….. waaaaaa!!!!!!!’……aku nangis kuat-kuat malam tu……Lagi kuat lagi dari tangis bende tu…..ade la kot sejam aku nangis macam tu….bile aku reda je…aku tengok bende tu pun dah ilang dah pun…..aku ingat die pun naik boring la kot…..bile ade orang bole nangis lagi bagus dari die….. Semenjak kejadian tu……bile aku terserempak je ngan bende yg bukan bukan kat tengah jalan waktu balik keje tengah malam…….dah tentu aku nangis kuat kuat…….Kalau korang pun biase terkene macam aku…atau akan terkene macam aku…try la petua aku ni……kalau bole mase nangis tu…..hempas hempas badan sikit…golek golek sikit…mesti bende yg dok kacau kite tu…naik boring…..mesti die blah punye la…..Try la…..Belum cuba, belum tau…….

PARADE COMANDAN.....SEGAKNYA....


Nih kasut versi malas balok liat...heheh


Malam ini anak-anak celoreng khusyuk dok menggilap kasut. Yelah esok ada perbarisan komandan. Jadi kenalah pakai celoreng lengkap dengan penuh gaya dan pesona. Lagipon, sapa yang tak teruja bila muka masuk video dengan kesegakan yang menyerlah (sangatla katanya...). Omma pun ajarlah cara-cara nak bagi kasut tu bersilau, biar mata memandang buta katanya ( silat matahari kembali..). Caranya mudah saja, kita ambil mancis, ambil surat khabar lama (terutama gambar artis seksa), dan kita salai kasut tu macam panggang kambing. Biar sampai kiwi tu pecah minyak..dan hasilnya...(tak dapatla nak tayang, kalian datang aja deh ke kem). Kepada ketua-ketua kompeni dan keseluruhan yang dah terpilih, diharapkan dapat menjalankan tanggungjawab yang diberi tanpa mengira kaum dan kroni (ewah, ada kroni jugak kew...). Kembanglah lobang hidong jurulatih nih kot korang occay sampai riwayat kalian 3 bulan kat dalam kem tak banyak kerenah (dan perbuatan pelatih terlampau...kui kui kui..)...



Amboi mak! kalah pasukan kawad negara ( jangan kentut ya wira!!!)...

Saturday, July 17, 2010

BERITA PLKN

PLKN sumber pertahanan negara

KUALA LUMPUR 16 Julai - Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bakal menjadi sumber penyumbang utama dalam mempertahankan negara melalui konsep pertahanan menyeluruh (Hanruh).

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, konsep Hanruh yang menjadi prinsip asas Dasar Pertahanan Negara (DPN) boleh menggembleng peranan aktif masyarakat bukan tentera untuk mempertahankan negara.

"Melaluinya, para pelatih diberi persediaan dari sudut psikologi supaya sentiasa bersedia dan komited untuk mempertahankan kedaulatan dan keutuhan negara.

"Selain itu, konsep ini juga boleh diaplikasikan mengikut keperluan semasa bukan sahaja persediaan menghadapi peperangan tetapi digunakan semasa bencana alam dan krisis tenaga," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan latihan menembak membabitkan para pelatih PLKN kumpulan 3 siri 7/2010 Kem PLKN Setia Ikhlas Semenyih di Lapang Sasar Kem Sungai Besi di sini hari ini.

Kesemua 173 pelatih berkenaan diajar mengendali senjata jenis raifal Colt M-16.

Beliau menambah, konsep tersebut juga akan dapat melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri tinggi yang memahami peranan masing-masing apabila berlaku kecemasan, konflik, bencana bahkan semasa berlakunya peperangan.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, bilangan pelatih PLKN tahun depan akan ditambah menjadi 140,000 pelatih berbanding 120,000 pelatih tahun ini.

''Sebanyak 78 buah kem PLKN sedia ada sudah cukup untuk menampung pertambahan pelatih kelak," jelasnya.

La OrenJe Wa Al Biru .............


Oren dan Biru...Baru Ada UmmmPhhh!!!

Alamak!!! Orennya Omma. Hmm...memang Omma peminat oren yang agak fanatik
(tapi Belanda kalah tak pela, sebab Omma sokong Sepanyol La Una Familia). Dan warna yang sesuai dengan getaran aura Omma adalah biru ( berdasarkan kaedah kajian Dr Azizan gitew). Nanti pelamin Omma pun nak gabungkan dua warna nih (alamak meriah ke Colour of Ranggoli nih!). Curi-curi masa nak online kat kem nih, bukannya senang. Pertamanya sure lah sibuk, keduanya pelayan yang sindrom down la sangat (bukan GRO ek!). Tapi memang seronok lah tengok blog kengkawan yang sangat meriah dan lebih bangga lagi tatap blog anak-anak celoreng ku yang cukup bergaya dan mempesona (kembang hidung sangat!), tak dela macam Omma nyer blog nih....macam cicak putus ekor kui..kui..kui.. :)

Thursday, July 15, 2010

JURULATIH KEM JIWA MURNI DITANGKAP........!!!

Di Sinilah Lokasi Jurulatih Kem Jiwa Murni Ditangkap!!!



Kami di tangkap gambar sewaktu lawatan Khidmat Komuniti pada tahun 2008 yang lepas. Lokasi kami adalah Langkawi! Best tak Jiwa Murni punya lawatan… semuanya disusun oleh Cikgu Kamal dan Cikgu Ayu yang pada ketika itu menjawat jawatan Penyelaras Khidmat Komuniti. Memang best u. Dengan perkenan Kem Komandan yang pada ketika itu dibawah lembayung Mejar Zamri Mat Arif yang memang mesra rakyat, kami pun jalan-jalan cari coklat,batik dan cenderahati Langkawi (cari makan, aje jangan dikenan kate ko). Amboi! Sapa-sapa yang pertama kali jejak kaki ke Bumi Mahsuri tu, memang la rasa teruja sangat. Omma sendiri teruja, walaupun dulu masa jadi siswa dah pernah buat lawatan Kursus Kepimpinan di sana, tapi ianya tak la semeriah ini. Lagi pun, waktu ni poket dah ada isi. Dulu pelajar, manalah ada duit sangat...... Semua tempat best kami jelajahi, Ke Tasik Dayang Bunting



Bagi Burung Lang Makan, Lawat makam Mahsuri (makin best dan tersusun),




naik ke Telaga 7 (bukan telaga pun, lubang lekuk atas batu ajew), dan Underwater yang ada peguin ala thomeinya dia...



tapi agak terkilan jugak masa tu, kabus pekat melitupi Gunung Mat Cencang. Tak bleh la naik kereta kabel. Apapun, memang Omma puas hati sangat, dan rasa persaudaraan Jiwa Murni semakin erat dan kuat...kekalkan Jiwa yang Murni itu ya.....

Wednesday, July 14, 2010

SenSasi KumpuLan 3


Sebut saja Kumpulan 3 PLKN, semua orang akan berkongsi "stigma "yang sama. Jangan begitu loh! kalau ada "stigma" yang "bobrok" masih cuba membuat sarang, ayuh cepat-cepat padamkannya. Ini Omma nak cerita sikit tentang Kumpulan 3 yang sedang berlangsung dekat Alam Celoreng jajahan Jiwa Murni. Xspeacially kompeni yang Omma kendalikan. Kot nak dibandingkan dengan Kumpulan 1 dulu, memangla agak setara(tak dela beza sangat). Sebab antara Kumpulan 3 dan Kumpulan 1 ni, anak-anak celorengnya rata-rata sangat ramah mesra dan cukup akrab. Dan yang paling penting sangat hormat kat bapak-bapak celoreng. Segala arahan dipatuhi dan bingkas dibikin dengan tip-top. Yang lebih bestnya adalah time masa mula-mula anak celoreng Omma bertugas nak naikkan bendera haritu. Ketua sementaranya boleh datang kat Omma dan minta ditunjuk ajarkan camner nak naikkan bendera secara propper, nak baca doa, nak buat bacaan ikrar dan macam-macam lagi. Seronok dapat anak celoreng yang begini. Pagi-pagi tak payah lah nak disuruh setiap hari, kemas katil dan sapu segala macam jembalang yang ada kat dalam dorm tu, sekali cakap je sudah ditunaikan, ewah... Dan berbaris di padang kawad memang top one lah..memang best... mereka persis Kumpulan 1 yang di kenang-kenang itu. Dan segala kekurangan yang menjadi "trade mark" Kumpulan 3 tu, memang tak jadi masalah rasanya. Memang la dalam bab pelajaran ni mereka kurang sikit, tapi dalam bab pekerti ni, Omma memang angkat topi la. Wa caya sama lu gitu.!!!..apapun untuk semua anak celoreng yang berada di Alam Celoreng, tak kiralah dimana jua kamu berada di bumi Malaysia ini, jangan sia-siakan peluang yang ada. Garaplah segala ilmu yang sedang mekar di hadapan mata. Dan jangan membuat onar. Kita harapan 1 Malaysia..ada fehem ka ittew.

BERITA PLKN

Wartawan bakal rasai suasana PLKN


DR. AHMAD Zahid Hamidi menunjukkan senarai nama pelatih PLKN bersama Abdul Hadi Awang Kechil (kanan) selepas merasmikan pelancaran pemilihan berkomputer pelatih PLKN di bangunan Zetro Wangsa Maju, semalam.


KUALA LUMPUR 13 Julai - Petugas media di negara ini berpeluang melihat sendiri perjalanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) apabila ditawarkan tempat di beberapa kem untuk menyertai 53,530 remaja yang dipilih mengikuti latihan itu penghujung bulan ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain tinggal bersama peserta PLKN pada 31 Julai dan 1 Ogos ini, wartawan juga bakal menjalani rutin harian yang sama seperti mengikuti latihan fizikal dan menjamah makanan yang sama.

Katanya, program tersebut merupakan kali pertama diadakan untuk wartawan terlibat secara langsung dalam PLKN dan pemilihan peserta akan dilakukan oleh agensi media itu sendiri.

"Kementerian juga akan memperuntukkan satu kem di setiap negeri bagi tujuan tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pemilihan Berkomputer Pelatih PLKN Siri 8/2011 di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Dr. Tiki Lafe dan Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Menurut Ahmad Zahid, 300 wartawan akan ditempatkan di beberapa kem terpilih di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka pada 31 Julai ini.

"Selain itu, kita akan menambah 390 orang lagi wartawan untuk kem di negeri Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak pada 7 hingga 8 Ogos akan datang," katanya.

Pemilihan peserta PLKN akan datang adalah mengikut pecahan komposisi kaum dengan bumiputera sebanyak 60 peratus; Cina (28 peratus), India (10 peratus) dan lain-lain sebanyak 2 peratus.

Peratusan mengikut jantina pula adalah lelaki sebanyak 55 peratus manakala perempuan pula dengan 45 peratus.

Sementara itu, Abdul Hadi memberitahu, konsep pemilihan pelatih pada kali ini berdasarkan pemilihan rawak berkomputer yang dikenali sebagai 'Monte Carlo Logarithm'.

"Konsep ini terbukti sebagai pemilihan rawak terbaik dan telah diguna pakai oleh banyak pihak di dalam dan luar negara sebelum ini," jelas beliau.

Senarai nama pelatih yang terpilih untuk menyertai PLKN Siri 8/2011 akan disiarkan pada 15 Julai ini melalui laman web khidmatnegara.gov.my.

Maklumat tersebut juga boleh diperolehi menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) iaitu MYSMS dengan menaip perkataan PLKN Semak (nombor kad pengenalan).

Penempatan kem pelatih untuk Kumpulan 1 Siri 8/2011 akan diumumkan pada bulan November manakala penempatan bagi Kumpulan 2 dan 3 pula akan diumumkan pada tahun hadapan.

Monday, July 12, 2010

PENANTIAN SATU PENYIKSAAN.....

Budak-Budak Main Police Centry
Sebelum Bermain Pasukan Dibagi-bagi,
Sebulan Menanti Blog Ini Di Tambah Entry,
Kerana Server Buat Hal la Plak Lagi.....Huhuhu


Arrgghhhh....geramji betoi lah......!!!!!!



TOLONG LA KLIK SAYA EK...TOLONG LAH