SILA KLIK INI

Monday, March 19, 2012

BELUM LEGA LAGI KOT...!!!


Baru beberapa hari bebudak balik kesarang masing-masing. Ibarat gagak pulang ke benua, rasa syok tak terkata. Macam baru lepas bebas dari sengsara katanya.
Tapi tak de la sengsara mana ek. Kem kita best n manyak syok. Jadi tak la rasa tension sangat. Betul tak? Apapun, bila dibuka lembaran 'muka buku', ramai pula yang menyerlahkan kerinduan. Rindula ek..dalam sehari dua ni tergiang-giang suara kawan-kawan. Dalam kelopak mata, masih lagi segar aktiviti kita sepanjang hari di kem, begitu padat, dan sesak.

Namun tatkala malam menjeguk ti
ba, kepenatan itu pasti akan terubat bila dapat tidur dan rehat. Lega rasanya. Semuanya itu sudah tinggal jadi kenangan yang sangat beharga ek. Berbanding korang dok kat umah, bangun, tidow, makan, peh tu bukan face book. Tu jelah ek.

Esok, keputusan peperiksaan akan keluar. Didoakan agar semuanya dapat result yang gempar n kasi gegar rekod ek. Maka akan bergandalah kelegaan yang masih lagi tertunggak gara-gara memikiokan result SPM yang dinanti-nanti tu.


Apapun, khas untuk kalian yang tersayang, all da best!!!. Tampilkan yang terbaik dalam diri sindri dan orang lain. Walau apa jua keputusannya, terimalah dengan lapang dada dan rafakkan jua kesyukuran..daaa

DAIMLER KUSAYANG....







Kejap aja udah berlalu kan...maka siri kereta mewah ini juga pun melambai pergi. Segugus tahniah diucapkan serta ku panjangkan juga rasa rindu yang semerbak menjalar dihati. Buat Audi, Bently dan juga Citroen, ampun maaf jika ada terlanjur bicara atau terkena cili yang meluncur laju dari lidah ku ini. Tak terkata sayangnya kami terhadap hangpa semua. Juga buat Daimler, walau sibuk dicantas masa. Namun ku gagahkan juga untuk menjeguk blog kesayanganku yang semakin dimamah usang ini, untuk mengentry satu catatan buat korang. Korang dah pi kluak langsung tak hengat na...





Inilah entry ku yang terkini di titian hari hari 2012 yang dah pun menarik tirai ketiga. Wah! pantasnya masa berlalu ek. Dan Kumpulan 1 Siri 9 sudah berlalu dengan jayanya. Harapan ku agar kalian akan berjaya dengan cemerlang. Secemerlang rimbunan kasih sayang yang kita bina bersama di Kem Jiwa Murni nan tercinta...

TOLONG LA KLIK SAYA EK...TOLONG LAH