SILA KLIK INI

Monday, March 28, 2011

CIKGU HAFIZ KANTOI BERDATING?


Entah lah. Rasanya korang kenal mana satu Cikgu Hafiz yang ramah tamah tu kan. Yelah, dia bercampur gaul dengan semua anak celoreng, tak la dok mengajar anak buahnya tentang semangat hidup berkelompok-kelompok. Sampai ada anak celoreng yang cikgu lalu sebelah pun sukar nak tersenyum. Sangatlah kekompenian!! Tarra untung oo....Kesimpulannya anak-anak Leopard memang tetangga yang mesra alam katanya.

Anyway...dalam diam-diam ubi begitu, dia telah terkantoi dek kamera mamarazi Omma yang penuh licik dan speku amat.

Patutlah, ramai jelitawan yang minat kat dia, dia tolak mentah-mentah. Rupa-rupanya dia sudah tersunting oleh gilafrenznya ittew. Wah! Siang malam bergayut sakan, sampai dalam hutan pun chat tak mau-mau......nakal ek.......



Inilah Wanita Jelita Pojaan Hati KJK Hafiz.....


Sunday, March 27, 2011

WIRAWATI CHEETAH YANG MEMECUT.......

Masa yang beharga jangan dibiarkan berlalu. Marilah kita berlatih tarian kipas bersama-sama artis dari Negara China ini (opss sowi dali ipoh mali saja). Memang best persembahan diorang taw.
Ada plak mamat-mamat yang dok sibuk bergambar tu, tak tau ke ini versi Cheetah Jelita gitew. Nasib baik la korang bekawad meletop ari tu. Tapi jangan sedey-sedey ek......dengan konspiarsi iteew katanya....
No body la sangat. Kot beboring, lehla wat latihan kat umah dengan mak abah, tak pon ngan bibik ke segala. Jangan dok tidow aja kat umah na. Sat gi kena buru dengan mamy...haru....
Memang korang best. Diucapkan selamat maju jaya kepada anak-anak celoreng sekaliannya. Yok sama-sama berdoa agar jadi kaya dan berjaya. Hidup bukan biasa-biasa je. Tapi mesti mau luar biasa ek....


Wednesday, March 23, 2011

MAK NYAH BERGETAH TERSESAT !!!









Inilah bomoh tua yang telah menceroboh masuk ke kem. Walaupun sudah nyanyuk tetapi masih anggun gitew.

Itulah Cikgu Zailan bersama anak-anak CheEtah ek. U say win sangat katanya.....


Sowilah...tak bleh nak wat aper , pelayan (server) komputer ni macam tut.... camnerlah bak maju jalur lebar kat tanah air yang kita cintai nih.....

Tuesday, March 22, 2011

LEMBARAN TERKINI CELORENG...



Kejap je masa berlalu. Macam kumpulan-kumpulan yang lain jugak, kumpulan yang ini pun dah membabaikan diri. Tata titi katanya.
Kali ni tema kompeni di ambil sempena nama pak kucing plak. Omma nyer kompeni bernama Cheetah. Jiran sebelah kanan namanya Leopard. Sebelah kiri namanya Jaguar. Macam biasa, semuanya pun best, tak sombong, ada semangat kejiranan yang tinggi. Saling support each other....
Bagus...masa yang sekejap ini perlu kalian manfaatkan untuk mencari kawan dan mendapatkan nilai dengan sebanyak-banyaknya. Bila lagi nak rebut peluang ye tak.
Satu lagi kompeni, namanya Tiger. Any body want to coment about them? What ever…
Paling penting untuk kumpulan kucingan ini adalah, memang best, ada semangat juang yang tinggi, dan akan dirindui serta diingati.
Ini sebahagian daripada anak Cheetah yang agak nakal, tapi mesra sekali. Pasni kita paparkan pulak kisah Cheetah jelita ek. Pastu kisah Sang Leopard, Sang Jaguar. Sang Tiger jugak. Tapi tak banyak cerita tentang si Tiger, cause they have their own wall. Never mind lah…..

Tuesday, March 8, 2011

PERTANDINGAN KAWAD, CHEETAH AKAN BERAKSI PALING HEBAT !!!!


Anak celoreng Cheetah tau yang Omma ada blog. Jadi diorang nak event ni esok diabadikan supaya diorang boleh usya-usya bila dah kuar nanti. Kompeni celoreng lain tak de pulak mau entrynya diabadikan. Kot mau bilang aja sama Omma kok. Apapun esok adalah kemuncak acara pertandingan. Masing-masing mau menampilkan yang terbaik. Dan Omma memang tabik spring kat anak celoreng Cheetah yang walau pun pada kali ni rezeki diorang tak berbaloi-baloi sangat, tapi semangat diorang tak pernah luntur. Itu membuatkan semangat Omma yang kadang kala turun naik, turut terasa bahangnya. Itu muka ada senyum....bagus...!!!!! Untuk semua sekali kompeni, selamat maju jaya. yang menang jangan angkuh sombong, yang kurang rezeki tak payah la sedih, kerana selagi ada teman yang membakar semangat disisi, itu bermakna anda adalah pemenang yang hakiki. Ingat...muka kena ada senyum......







Tuesday, February 15, 2011

SUNGAI LUI GUNUNG SEMANGGOL....


Pejamkan mata mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya





Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya



Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya




Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini

Monday, January 31, 2011

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN YANG PERTAMA BLOG OMEL OMMA



Syukur dengan limpah kurnia Nya dapat Omma meneruskan sisa-sisa nyawa Omel Omma yang macam kerakap dok atas batu nih. Tapi tak aperlah, Omma pon sebok kije, bukan buang masa tak tentu hala. Tapi rindu jugak bila lama tak bersua walau secara virtual nih. Apa pun semoga rakan-rakan blog dapat memberikan sokongan pada Blog Omel Omma ini. Selangkah kita melangkah, mari melangkah bersama ke alam celoreng.



TOLONG LA KLIK SAYA EK...TOLONG LAH