SILA KLIK INI

Sunday, February 21, 2010

Hati Bukan Kristal


Tinggal lagi berapa hari semua penghuni di sini akan melambai pergi. Perpisahan yang semakin hampir melambai-lambai, sangat kejam rasanya. Sesungguhnya Omma begitu selesa dengan mereka ini. Yang ini sangat baik, dan Omma sendiri memberikan komitmen yang sungguh padu serta jitu. Kumpulan yang bermasalah pun Omma terima dengan tangan dan hati terbuka, inikan pula kumpulan yang berbudi serta agak terjaga susilanya.
Namun hari ini, entah macam mana tiba-tiba hati ini dicarik dugaan. Bayangkan, ada kawan yang mengatakan bahawa ada orang telah mengecam, justeru tidak hiraukan mereka satu kumpulan. Sangat dasyat ayat itu, ia sangat mengguris. Dan hati ini menjadi terluka, luka yang amat dalam disaat hati semerbak mewangi dengan gembira. La Tahzan....maka Omma sudah mengantuk, dan hati sebal Omma titipkan doa agar ianya tenang aman. Untuk hari esok, biar masa saja menentukan. Hati ini bukan kristal, ia berkilai sesinar intan, tika kebaikan dihulurkan. Namun jadi batu sirna tatkala disakiti tanpa kasihan. Omma pasrah...

Friday, February 19, 2010

Main-main Game Internet, Rasa Hati Dipermainkan..


Main game di internet. Bermain game travian. Rasa rajin layari internet. Rasa puas lihat pembangunan kampung, malangnya serangan bertubi tubi pula daripada kampung yang dah lama bertapak. Omma gelak dekat diri sendiri yang dah macam budak-budak ni. Tapi itulah bahananya, zaman Omma dulu manalah ada peluang nak main benda macm ni semua. Memang zaman kanak-kanak Omma dan wujud game yang kanak-kanak boleh main di tv itu. taupun pun game bata break gameyang sangan terkenal itu. tapi Omma mana lah mampu nak beli, walau pun harganya bukannya mahal sangat. Dapat memiliki telefon pun masa berumur 23 tahun, masa kat universiti dulu. Kerana sangat-sangat penting untuk keperluan. Kawan-kawan dah pun ada telefon bimbit yang canggih manggih. Tapi yelah, orang cakap berakit-rakit kehulu, berenag-renang ketepian, bersakit-sakit dulu, sekarang dah agak senang. Omma nak main perang lagi ni...jangan tension sudah....

Tuesday, February 16, 2010



Selamat Tahun Baru Cina dan Selamat Kembali Kepada Warga Yang Dikasihi. Hari ni rasa bahgia sangat, tapi Oma rasa sayu jugak. Sebab Oma nampak mak macam kelihatan sebak nak melepaskan kami adik beradik balik kembali ke perantauan. Yelah, Iyang anak yang rajin membantu emak sebagai seorang suri, Oma pula penceria suasana, kecoh lah rumah, adik CT pula penyeri emak, kot ada apa-apa hal sensitif emak cerita kat adik. Maka yang ada tinggal Kak Zu tempat emak bersembang. Oma memang menyokong padu Uda kahwin. Kerana dek itu emak ada tempat bersembang hal kewanitaan. Apa pun memang rasa syahdu je nak tinggalkan emak. Macam Oma kecik-kecik nak balik asrama anak yatim dulu. Kadang-kadang Oma akan nangis sorang-sorang dalam bas. Tak peduli orang dikiri kanan yang asik perati. Bila besar sikit Oma nangis selindung-selindung, konong tidur, dan mata merah la. Walau dada berombak kencang.Tapi itu dulu, waktu umur sekolah rendah, dan setahun jagung ;ironinya sekarang pun masih rasa aroma itu. Semoga jalinan keakraban ini akan kekal sampai bila-bila.
Balik plak ngan Arol tadi. Dia macam Shazi. Sangat penyabar, ikhlas membantu, dan tak mudah melenting. Dia buatkan Oma rasa kerdil dan kurang. Yelah, Oma seorang yang cerewet, pengkritik (mungkinkah itu karakter Bulan Januari)dan satu yang paling Oma lemah adalah sikap dendam kepada yang membuli atau terhadap orang yang sakiti Oma. Oma rasa, selagi perbuatan si jahat itu tidak dibalas, Oma tak selesa. Namun banyak pengalaman lampau, jadikan pengajaran untuk Oma kawal rasa dendam itu. Arol, semoga persahabatan kan kekal sampai bila-bila. From Omara Akiko With Love....

Tuesday, February 2, 2010


Hari ni Oma rasa macam nak meradang je, padahal bulan ni Oma nak jatidiri Oma, MESRA. Agaknya inilah cobaannya ek. Pagi tadi waktu masuk pejabat mau photostate borang kontrak, mulut Wanita Opis Tua ittew cukuplah mengagumkan. Selalu nak sindir. Oma sabar aja, dan tak ambil pusing sangat. Puan Inang Idada yang muka tak berapa lawa tu mulutnya memang sinis. Tinggal lagi malas nak layan, dia tak tahu kot Oma kasi satu bijik terus boleh merah padam. Adat orang Bulan Januari, soal debat berdebat serah pada kami. Tapi Oma malas nak lebih-lebih, nanti keruh keadaan saja. Dan paling meluatnya adalah Si Kering Papan ittew boleh sound sotong lembik pada Oma. Sedangkan kot dia kena tempeleng Oma sekali boleh terpusing kepala dia, main-main sangat. Tapi Orang Opis ittew dah jadi tiga serangkai, makin merimaskan untuk berurusan kat pejabat. Alah, mari neutralkan keadaan, kita orang yang berpelajaran, jangan sama tarafkan mentaliti kita dengan insan yang suka memperlekhkan orang. Mentaliti begitu untuk kelas ketiga saja. bayangkan kot kita maki mereka dengan kata-kata cemar tak setaraf, muka nye tak cantek, buat kerja lintang pukang, keji dengan perangainya yang kalau kije dengan swasta dah lama kena sepak terajang, juga tak ada bahasa. kalau diadun bahasa carutan, memang mendidih telinga. Tapi, yelah, orang yang kuat adalah orang yang sabar. Mungkin hanya kesotongan yang ada pada kita yang mampu cetuskan kepuasan mereka untuk lihat kita marah. Tapi cuba kita terus pegang pada jatidiri yang murni itu tadi, MESRA, wah walau dibaling dengan batu, buah manis yang kita beri........

Monday, February 1, 2010

Berjinak-jinak Dahulu.....


Seronok Pulak ada Blog Omel Oma ni, macam ada benda baru yang nak dijadikan medium pelepas rasa yang berbuku di dada. Kena pulak sekarang ni Blog dah jadi macam satu trend plak. Dalam ghairah nak menulis, jangan pulak membuat onar. Padahnya sendiri jugak yang terima, macam siaduka yang mencerca Almarhum Sultan Johor itu. Sepatutnya limpahkan doa dan fatihah yang berpanjangan, semoga roh baginda ditempatkan bersama orang-orang yang salleh. Banyak benda yang boleh dikongsi bersama orang lain selepas ni. Apapun tunggu buah tangan Omel Oma yang pasti gempak lagi menggegarkan...Ayoyo...
Penatnya kerja, sampai libang libu Oma dibuatnya. Tapi seronok sangat. Penat yang seronok. Walau pun masa duduk pun mengah masih lagi mencungap tetapi rasa sangat puas hati. Yelah, satunya ini adalah kerja yang Oma pilih sendiri. Laginya, dah kerja yang kita suka, maka kepenatan itu umpama madu yang best sangat. Macam mana agaknya orang yang kerja tapi curi tulang dan meracau penat katanya. Samada ikhlas atau tak, itu sindri makan pengat sendiri mau ingat. Yang penting Oma kije untuk ibadat juga.....

TOLONG LA KLIK SAYA EK...TOLONG LAH