SILA KLIK INI

Tuesday, February 2, 2010


Hari ni Oma rasa macam nak meradang je, padahal bulan ni Oma nak jatidiri Oma, MESRA. Agaknya inilah cobaannya ek. Pagi tadi waktu masuk pejabat mau photostate borang kontrak, mulut Wanita Opis Tua ittew cukuplah mengagumkan. Selalu nak sindir. Oma sabar aja, dan tak ambil pusing sangat. Puan Inang Idada yang muka tak berapa lawa tu mulutnya memang sinis. Tinggal lagi malas nak layan, dia tak tahu kot Oma kasi satu bijik terus boleh merah padam. Adat orang Bulan Januari, soal debat berdebat serah pada kami. Tapi Oma malas nak lebih-lebih, nanti keruh keadaan saja. Dan paling meluatnya adalah Si Kering Papan ittew boleh sound sotong lembik pada Oma. Sedangkan kot dia kena tempeleng Oma sekali boleh terpusing kepala dia, main-main sangat. Tapi Orang Opis ittew dah jadi tiga serangkai, makin merimaskan untuk berurusan kat pejabat. Alah, mari neutralkan keadaan, kita orang yang berpelajaran, jangan sama tarafkan mentaliti kita dengan insan yang suka memperlekhkan orang. Mentaliti begitu untuk kelas ketiga saja. bayangkan kot kita maki mereka dengan kata-kata cemar tak setaraf, muka nye tak cantek, buat kerja lintang pukang, keji dengan perangainya yang kalau kije dengan swasta dah lama kena sepak terajang, juga tak ada bahasa. kalau diadun bahasa carutan, memang mendidih telinga. Tapi, yelah, orang yang kuat adalah orang yang sabar. Mungkin hanya kesotongan yang ada pada kita yang mampu cetuskan kepuasan mereka untuk lihat kita marah. Tapi cuba kita terus pegang pada jatidiri yang murni itu tadi, MESRA, wah walau dibaling dengan batu, buah manis yang kita beri........

No comments:

Post a Comment

TOLONG LA KLIK SAYA EK...TOLONG LAH