SILA KLIK INI

Wednesday, September 29, 2010

BERITA PLKN

PLKN penyumbang utama Hanruh


Dr Ismail Ahmad (dua dari kanan) meneliti buku Celoreng Biru karya Azzah Abdul Rahman (kanan) sambil diperhatikan Abdul Hadi Awang Kechil dan penulis buku Diari Khidmat Negara, Illiyana Hamdan pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur, semalam. - Bernama


KUALA LUMPUR 28 Sept. - Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menjadi penyumbang utama kepada konsep pertahanan menyeluruh (Hanruh) apabila melaksanakan tiga daripada lima komponen utama dalam konsep berkenaan.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dr. Ismail Ahmad berkata, lima komponen dalam Hanruh ialah penyatuan dan perpaduan masyarakat, keutuhan psikologi, kesiagaan awam, keutuhan ekonomi dan kesiapsiagaan keselamatan.

Menurutnya, tiga komponen yang dilaksanakan oleh PLKN ialah penyatuan dan perpaduan masyarakat, keutuhan psikologi dan kesiagaan awam.

"Saya melihat PLKN merupakan sumber penting dalam pertahanan negara apabila melaksanakan tiga daripada lima komponen utama dalam Hanruh yang merupakan asas dalam pertahanan negara," katanya.

Ismail menyatakan demikian selepas melancarkan buku tulisan bekas pelatih PLKN, Iliyana Hamdan, 21, bertajuk 'Diari Khidmat Negara' dan bekas jurulatih PLKN , Azzah Abdul Rahman, 31, bertajuk Celoreng Biru di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Ismail berkata, walaupun beberapa komponen dalam konsep Hanruh sudah sedia wujud dan dilaksanakan di negara ini, ia perlu diselaraskan dan diperkukuhkan lagi secara bersepadu.

"Pelaksanaan konsep ini memerlukan penerimaan dan komitmen semua pihak supaya pertahanan negara menjadi lebih bersepadu, kukuh dan terjamin," katanya.

Sementara itu, Iliyana berkata, buku Diari Khidmat Negara merupakan coretan pengalamannya selama tiga bulan mengikuti kursus PLKN di Kem Tegas Mesra, Selama, Perak dari 1 Januari hingga 10 Mac 2007.

"Coretan ini merupakan memori indah dan bernilai bagi saya setelah berjaya menamatkan latihan yang sedikit sebanyak mengubah sikap saya mengenai cara dan disiplin dalam hidup," katanya.

Lulusan Diploma Penulisan Kreatif dari Akademi Warisan Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) itu berkata, buku tersebut sesuai dibaca bakal pelatih dan ibu bapa bertujuan mengetahui perjalanan PLKN.

Azzah pula berkata, buku Celoreng Biru tulisannya menghimpunkan kisah pendek berdasarkan pengalaman selama empat tahun berkhidmat sebagai jurulatih dan ketua jurulatih PLKN bermula 2004 hingga 2007.

"Buku ini sesuai dijadikan rujukan oleh sesiapa sahaja yang ingin tahu tentang PLKN dan sebagai kenang-kenangan bagi setiap insan yang pernah menjadi warga PLKN," katanya.


1 comment:

  1. nampak seronok jer masuk plkn nih yer.. one part dari HANRUH lak tu.. salah satu dasar utama dalam ketenteraan... ada dalam skop ASEAN kalo x silap... huhuhu~

    ReplyDelete

TOLONG LA KLIK SAYA EK...TOLONG LAH