SILA KLIK INI

Wednesday, December 29, 2010

HARIMAU MALAYA MERATAH MANGSA............



Salam Sejahtera.....
Wah Omel Omma Come Back...muahh!!! muah!!!...rindunya nak bercanda di blog orengeblue ambo nih.... ( sarapan dengan bahgianya...)

Malam tadi Omma bejalan ronda Ipoh. Bukan jalan sesaje, tapi ziarah anak sedare kawan yang masuk wad ICU sebab kena sawan tarik. Ciannyer dia baru 6 bulan, doktor kata nyawa dah tinggal nyawa ikan. Semoga ada harapan buat Adik Bella. Comel dan baik sangat. (termenung kejap sambil doakan Bella itu)

Kedai makan semuanya penuh. Kedai mamak, yang tak mamak, separa mamak mahupun yang tak pernah sendat semuanya penuh dengan pelanggan. Memang meriah vavavom katanya. Ayoyo.... demikianlah penangan bola sepak yang dah kembali menerjah persada Asean. Orang Endon yang macam orang melayu pon tak kesah berkongsi satu kedai sebab diorang tau orang Malaysia tak macam Endon yang very da emosi itu katanya.

Sekali Malaysia rembat dulu daa....apalagi macam mercun sukan Asia Guangzhou yang very da gamat itu, serentak seluruh kedai meletops. Mak ai! tekejut Omma, sampai Omma pon melompat cam lotong dapat pisang.

Pastu da tak kesah endon dapat brapa pon, sebab kot endon nak pulun pon kurang-kurang kena pukul 5 bijik baru bleh menang.

Hmmm!!! hebat kuasa bola nih. Ia bukan saja sekadar sukan. Malah menyatukan hati-hati rakyat. Tengok saja akhbar hari ni, tak kira parti apa pun mengucapkan syabas dan tahniah pada pasukan Harimau Malaya. Kawan-kawan Omma yang very da tak pandai main bola pon nak tompang sekaki jugak meraikan kejayaan Malaysia ni. Manis sangat! Tu tak kira lagi SMS dari anak-anak celoreng yang tak pernah-pernah SMS, jadi beguni-guni mesej sampai tak sempat balas.

Nah! arena bola sepak melabuh tirai pasukannya dengan begitu bergaya sekali. Tahniah sekali lagi dari Omel Omma. Tirai labuhan Omma plak camner tahun 2010 ni ek..??? ( menung la sampai tahun baru pon.....ia dah berlaku segala...huhuhu)


(Jumaat nih semua pakat jersey Harimau Malaya na...eheheh)

No comments:

Post a Comment

TOLONG LA KLIK SAYA EK...TOLONG LAH