Tentulah beruntung bagi mereka-mereka yang sedang meniti kenikmatan ibadah di bulan yang sedang luas menggamit dambaan rindu hati-hati kerdil yang mengharapkan redha dan maghfirahnya ini.
Omma pulak berniaga ikan bakar dan juga juadah tahun ni. Tak taulah ibadahnya bagaimana pula. Harap dapatlah merasa sisa isi yang berbaki, jangan hanya sekadar kelompang dan cengkerang saja, dapat lapar dan dahaga semata.
Terkadang, ada detik terluang sambil keringat tenaga mengalir di pipi, barulah terasa akan syukurnya betapa nikmat kelapangan yang Allah Taala bagi selama hari ni. Pun macam tak ada masa nak bertafakur berzikir ingat Allah barang seketika. Entah apa sibuknya.
Kali ini, terasa pula rindunya. Beginilah keadaan para peniaga bazar Ramadhan yang saban tahun berniaga mencari sesuap rezeki kan.? Dalam susah payah mengharapkan gerai dikunjungi, jualan jadi pilihan hati, ada juga yang jualannya tidak menjadi. Dok menanti-nanti pelanggan berkunjung. Kadang kala pelanggan sekadar menjeling, lantas berlalu pergi. Hiba hati ni.
Omma berjual sekadar mahu ambil pengalaman saja. Bagaimanakah gerangan halnya dengan pakcik makcik yang sesungguhnya itu sajalah harapan untuk anak-anak. Mungkin itulah duitnya nanti untuk membeli sepasang persalinan anak-anak, atau beli juadah untuk para tamu yang bertandang, agar sama-sama dapat menikmati kemeriahan Syawal.
Minda Omma berlegar-legar sendirian. Makcik nasi kerabu di hadapan sudah menggulung tikarnya. Tiap hari berbungkus nasinya tak habis. Ada anak-anak kecil disisinya merenung syahdu menghitung langkah-langkah pengunjung yang sekadar menjenguk dari kejauhan.
Pakcik satay pun mengeluh, katanya, rakyat tengah tak berduit. nak makan pun kena berjimat sangat. Kadang, datang bazar ni sekadar nak beli sebungkus air. Bukan nak berbelanja sangat pun. Betul kata pakcik itu, memanglah beli juadah banyak melambak akan buatkan pembaziran, tapi kulihat, rata-rata pengunjung memang tak beli apa pun, terutama pelajar sekolah agama yang berhampiran. Semuanya seakan ikat perut. Kesian rakyat...sapa suruh korang tak kaya raya. Hakikatnya, kita saling perlu memerlukan. Lihatlah ikan bakar yang terlantar sepi itu. Kasihan Omma, Emma, dan Sally. Dah nasib kita tahun ini agaknya.
Demikianlah, harap Omma tak rugi untuk Ramadhan yang sikit saja berbaki ni. Biar rugi jual ikan, jangan rugi Ramadhan. Ayuh sama-sama kita imarahkan....!!!!

No comments:
Post a Comment