SILA KLIK INI

Showing posts with label Pelajaran Celoreng. Show all posts
Showing posts with label Pelajaran Celoreng. Show all posts

Thursday, April 28, 2011

BELAJAR BAHASA JEPUN - P4



Konnichiwa. Ogenki desu ka?..... (Silalah jawab dalam Bahasa Jepun..)
Mari kita dok bersantai dengan pelajaran yang ke-4 ek. Kali ini kita tengok plak Kata Ganti Nama. Marilah tengok perkataan contoh terlebih dahulu..

Ayat-ayat :
1. Watashi wa Mareshia-jin desu. (Saya orang Malaysia)

2. Anata wa Nippon-jin desu ka? (Awak orang Jepun kah?)

3. Siti-san wa gakusei desu. (Cik Siti seorang pelajar)

4. Are wa dare desu ka? ( Siapakah itu?)
Are wa Baki-san desu. (Itu Encik Baki)

Kosa Kata :
watashi = saya/aku/teman/kawe
anata = awak/engkau/kamu/ miker/kome/demo
gakusei = pelajar
Nippon-jin = orang Jepun
Mareshia-jin = orang Malaysia
dare = siapa

Tambahan :
watashitaci = kami/kita
anokata = beliau
anohito = dia
kare = dia (lelaki)
kanojo = dia (pompuan)
anatatachi / anatagata = anda sekalian
anokatatachi / anohitotachi = mereka

Maka dah taulah anak celoreng semua dengan perkataan-perkataan baru khusus untuk menunjukkan Kata Ganti Nama ni ek. Ni asas je. Sikarang bolehlah you all semua berlatih, tak gitu...

Latihan :

1. Watashi wa .......... desu.

2. .......-san wa ....... desu.
(isha = doktor, sensei/kyoshi = cikgu, ten-in = pelayan kedai, gakusei = pelajar, taipisuto = jurutaip, untenshu = pemandu kereta, kokku = chef, anaunsa = juruhebah, keikan = polis)

Sekian dahulu untuk kali ini. Sayonara.

Monday, April 11, 2011

BELAJAR BAHASA JEPUN - P3


Konbawa. Ogenki desu ka? (Silalah jawab kata-kata sapaan ini. Takkan dah lupa kot) Baik kita akan teruskan lagi dengan topik yang ketiga iaitu P3-Ayat tanya. (Secara asas). Sebenarnya, Bahasa Jepun memang agak kompleks, tetapi secara asasnya, ia mudah saja. Sebelum itu, kalian jangan lupa plak dengan perkataan yang dah dibagi tau sebelum ni ek.

Mari lihat contoh ini.

Kore wa papaiya desu ka? (Ini buah betikkah?)

Hai, so desu. (Ya, betul)

Are mo papaiya desu ka? (Itu juga buah betik kah?)

Iie, chigaimasu. (Bukan)
Are, wa mango desu. (Itu mangga)

Are wa nan desu ka? (Itu pula apa?)

Are wa dorian desu. (Itu buah durian)

Kosa Kata :
kore=ini
papaiya=betik
are=itu
mo=juga
mango=mangga
nan=apa
dorian=durian

Catatan :
1. Untuk menyusun ayat tanya, kata 'ka' digunakan diakhir keterangan dalam ayat (predikat). Contoh :
Kore desu ka? (Ini kah?)
Akiko-cha desu ka? (Akiko kew?)

2. Maka kot anda setuju atau ia adalah jawapan yang betul, anda boleh jawab 'hai' (ya), kot tak betul 'iie' (bukan).

3. Kata 'mo' bermaksud 'juga'.
Contoh : Kore wa hon desu. Are mo hon desu. (Ini buku. Itu juga buku)

4. Kata 'nan' bermaksud 'apa'. Tapi kot nak halus kena tambah sikit 'desu ka' itu.
Contoh : Nani? (Apa?)= kurang halus
Nan desu ka? (Apa?)= halus

Latihan : Cuba jawab dalam Bahasa Jepun.
Kore wa han desu ka? Sore wa ......desu.

Kosa kata:
saifu = dompet
hankachi = sapu tangan
kutsu = kasut
megane = cermin mata
mikan = limau
kasa - payung

Ok. Setakat itu saja untuk kali ini. Selamat maju jaya. Ganbatey kudasai!!!

Wednesday, March 30, 2011

BELAJAR BAHASA JEPUN – P2


P2 : KATA GANTI NAMA PETUNJUK


Ohayo gozaimasu. Ogenki desu ka? (Selamat pagi. Apa khabar semua?)


Tanpa buang masa lagi kita tengok plak Kata Ganti Nama Penunjuk ek. Sebelum kita belajar tatabahasa yang lebih susah. Baik kita bertatih dengan kata ganti ini dulu tau.


Kata ganti nama penunjuk :

Kore = ini (dekat pada orang yang bercakap)

Sore = itu (jauh dari orang yang bercakap, tetapi ada pada orang yang diajak bercakap)

Are = itu (jauh dari kedua-dua orang yang bercakap dan orang yang diajak bercakap)


Contoh ayat :

Kore wa hon desu. ( Ini adalah buku)

Sore wa tokei desu. (Itu adalah jam)

Are wa kasa desu. (Itu payung)


Kata “wa" berfungsi untuk menyatakan ketentuan atau memberi penegasan.

Kata “desu” menunjukkan ‘kepastian’ digunakan untuk menyempurnakan ayat. Lagi pun, ia akan menjadi sebuah perkataan yang halus dan sopan.


Contoh : Dore desu ka? ( Yang mana?). Maka kot kita jawab: Kore!. (Ini!). Ini boleh jugak guna, tapi kasar la bunyinya. Sepatutnya jawab cam nih. Kore desu! ( Ini).


Latihan: Cuba sebutkan dalam bahasa Jepun!


Kore / Sore / Are wa ........ desu.

( Ini/Itu adalah.............)



Megane ( Cermin mata)



Kasa (payung)

Mikan (limau)




Airon (seterika)



Painappuru (nanas)




Ok semua. Jangan lupa belajar Bahasa Jepun ni.
Shitsurei shimasu! (Minta diri sekaliannya)


TOLONG LA KLIK SAYA EK...TOLONG LAH