SILA KLIK INI

Monday, July 19, 2010

PARADE COMANDAN.....SEGAKNYA....


Nih kasut versi malas balok liat...heheh


Malam ini anak-anak celoreng khusyuk dok menggilap kasut. Yelah esok ada perbarisan komandan. Jadi kenalah pakai celoreng lengkap dengan penuh gaya dan pesona. Lagipon, sapa yang tak teruja bila muka masuk video dengan kesegakan yang menyerlah (sangatla katanya...). Omma pun ajarlah cara-cara nak bagi kasut tu bersilau, biar mata memandang buta katanya ( silat matahari kembali..). Caranya mudah saja, kita ambil mancis, ambil surat khabar lama (terutama gambar artis seksa), dan kita salai kasut tu macam panggang kambing. Biar sampai kiwi tu pecah minyak..dan hasilnya...(tak dapatla nak tayang, kalian datang aja deh ke kem). Kepada ketua-ketua kompeni dan keseluruhan yang dah terpilih, diharapkan dapat menjalankan tanggungjawab yang diberi tanpa mengira kaum dan kroni (ewah, ada kroni jugak kew...). Kembanglah lobang hidong jurulatih nih kot korang occay sampai riwayat kalian 3 bulan kat dalam kem tak banyak kerenah (dan perbuatan pelatih terlampau...kui kui kui..)...



Amboi mak! kalah pasukan kawad negara ( jangan kentut ya wira!!!)...

Saturday, July 17, 2010

BERITA PLKN

PLKN sumber pertahanan negara

KUALA LUMPUR 16 Julai - Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bakal menjadi sumber penyumbang utama dalam mempertahankan negara melalui konsep pertahanan menyeluruh (Hanruh).

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, konsep Hanruh yang menjadi prinsip asas Dasar Pertahanan Negara (DPN) boleh menggembleng peranan aktif masyarakat bukan tentera untuk mempertahankan negara.

"Melaluinya, para pelatih diberi persediaan dari sudut psikologi supaya sentiasa bersedia dan komited untuk mempertahankan kedaulatan dan keutuhan negara.

"Selain itu, konsep ini juga boleh diaplikasikan mengikut keperluan semasa bukan sahaja persediaan menghadapi peperangan tetapi digunakan semasa bencana alam dan krisis tenaga," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan latihan menembak membabitkan para pelatih PLKN kumpulan 3 siri 7/2010 Kem PLKN Setia Ikhlas Semenyih di Lapang Sasar Kem Sungai Besi di sini hari ini.

Kesemua 173 pelatih berkenaan diajar mengendali senjata jenis raifal Colt M-16.

Beliau menambah, konsep tersebut juga akan dapat melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri tinggi yang memahami peranan masing-masing apabila berlaku kecemasan, konflik, bencana bahkan semasa berlakunya peperangan.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, bilangan pelatih PLKN tahun depan akan ditambah menjadi 140,000 pelatih berbanding 120,000 pelatih tahun ini.

''Sebanyak 78 buah kem PLKN sedia ada sudah cukup untuk menampung pertambahan pelatih kelak," jelasnya.

La OrenJe Wa Al Biru .............


Oren dan Biru...Baru Ada UmmmPhhh!!!

Alamak!!! Orennya Omma. Hmm...memang Omma peminat oren yang agak fanatik
(tapi Belanda kalah tak pela, sebab Omma sokong Sepanyol La Una Familia). Dan warna yang sesuai dengan getaran aura Omma adalah biru ( berdasarkan kaedah kajian Dr Azizan gitew). Nanti pelamin Omma pun nak gabungkan dua warna nih (alamak meriah ke Colour of Ranggoli nih!). Curi-curi masa nak online kat kem nih, bukannya senang. Pertamanya sure lah sibuk, keduanya pelayan yang sindrom down la sangat (bukan GRO ek!). Tapi memang seronok lah tengok blog kengkawan yang sangat meriah dan lebih bangga lagi tatap blog anak-anak celoreng ku yang cukup bergaya dan mempesona (kembang hidung sangat!), tak dela macam Omma nyer blog nih....macam cicak putus ekor kui..kui..kui.. :)

Thursday, July 15, 2010

JURULATIH KEM JIWA MURNI DITANGKAP........!!!

Di Sinilah Lokasi Jurulatih Kem Jiwa Murni Ditangkap!!!



Kami di tangkap gambar sewaktu lawatan Khidmat Komuniti pada tahun 2008 yang lepas. Lokasi kami adalah Langkawi! Best tak Jiwa Murni punya lawatan… semuanya disusun oleh Cikgu Kamal dan Cikgu Ayu yang pada ketika itu menjawat jawatan Penyelaras Khidmat Komuniti. Memang best u. Dengan perkenan Kem Komandan yang pada ketika itu dibawah lembayung Mejar Zamri Mat Arif yang memang mesra rakyat, kami pun jalan-jalan cari coklat,batik dan cenderahati Langkawi (cari makan, aje jangan dikenan kate ko). Amboi! Sapa-sapa yang pertama kali jejak kaki ke Bumi Mahsuri tu, memang la rasa teruja sangat. Omma sendiri teruja, walaupun dulu masa jadi siswa dah pernah buat lawatan Kursus Kepimpinan di sana, tapi ianya tak la semeriah ini. Lagi pun, waktu ni poket dah ada isi. Dulu pelajar, manalah ada duit sangat...... Semua tempat best kami jelajahi, Ke Tasik Dayang Bunting



Bagi Burung Lang Makan, Lawat makam Mahsuri (makin best dan tersusun),




naik ke Telaga 7 (bukan telaga pun, lubang lekuk atas batu ajew), dan Underwater yang ada peguin ala thomeinya dia...



tapi agak terkilan jugak masa tu, kabus pekat melitupi Gunung Mat Cencang. Tak bleh la naik kereta kabel. Apapun, memang Omma puas hati sangat, dan rasa persaudaraan Jiwa Murni semakin erat dan kuat...kekalkan Jiwa yang Murni itu ya.....

Wednesday, July 14, 2010

SenSasi KumpuLan 3


Sebut saja Kumpulan 3 PLKN, semua orang akan berkongsi "stigma "yang sama. Jangan begitu loh! kalau ada "stigma" yang "bobrok" masih cuba membuat sarang, ayuh cepat-cepat padamkannya. Ini Omma nak cerita sikit tentang Kumpulan 3 yang sedang berlangsung dekat Alam Celoreng jajahan Jiwa Murni. Xspeacially kompeni yang Omma kendalikan. Kot nak dibandingkan dengan Kumpulan 1 dulu, memangla agak setara(tak dela beza sangat). Sebab antara Kumpulan 3 dan Kumpulan 1 ni, anak-anak celorengnya rata-rata sangat ramah mesra dan cukup akrab. Dan yang paling penting sangat hormat kat bapak-bapak celoreng. Segala arahan dipatuhi dan bingkas dibikin dengan tip-top. Yang lebih bestnya adalah time masa mula-mula anak celoreng Omma bertugas nak naikkan bendera haritu. Ketua sementaranya boleh datang kat Omma dan minta ditunjuk ajarkan camner nak naikkan bendera secara propper, nak baca doa, nak buat bacaan ikrar dan macam-macam lagi. Seronok dapat anak celoreng yang begini. Pagi-pagi tak payah lah nak disuruh setiap hari, kemas katil dan sapu segala macam jembalang yang ada kat dalam dorm tu, sekali cakap je sudah ditunaikan, ewah... Dan berbaris di padang kawad memang top one lah..memang best... mereka persis Kumpulan 1 yang di kenang-kenang itu. Dan segala kekurangan yang menjadi "trade mark" Kumpulan 3 tu, memang tak jadi masalah rasanya. Memang la dalam bab pelajaran ni mereka kurang sikit, tapi dalam bab pekerti ni, Omma memang angkat topi la. Wa caya sama lu gitu.!!!..apapun untuk semua anak celoreng yang berada di Alam Celoreng, tak kiralah dimana jua kamu berada di bumi Malaysia ini, jangan sia-siakan peluang yang ada. Garaplah segala ilmu yang sedang mekar di hadapan mata. Dan jangan membuat onar. Kita harapan 1 Malaysia..ada fehem ka ittew.

BERITA PLKN

Wartawan bakal rasai suasana PLKN


DR. AHMAD Zahid Hamidi menunjukkan senarai nama pelatih PLKN bersama Abdul Hadi Awang Kechil (kanan) selepas merasmikan pelancaran pemilihan berkomputer pelatih PLKN di bangunan Zetro Wangsa Maju, semalam.


KUALA LUMPUR 13 Julai - Petugas media di negara ini berpeluang melihat sendiri perjalanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) apabila ditawarkan tempat di beberapa kem untuk menyertai 53,530 remaja yang dipilih mengikuti latihan itu penghujung bulan ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain tinggal bersama peserta PLKN pada 31 Julai dan 1 Ogos ini, wartawan juga bakal menjalani rutin harian yang sama seperti mengikuti latihan fizikal dan menjamah makanan yang sama.

Katanya, program tersebut merupakan kali pertama diadakan untuk wartawan terlibat secara langsung dalam PLKN dan pemilihan peserta akan dilakukan oleh agensi media itu sendiri.

"Kementerian juga akan memperuntukkan satu kem di setiap negeri bagi tujuan tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pemilihan Berkomputer Pelatih PLKN Siri 8/2011 di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Dr. Tiki Lafe dan Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Menurut Ahmad Zahid, 300 wartawan akan ditempatkan di beberapa kem terpilih di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka pada 31 Julai ini.

"Selain itu, kita akan menambah 390 orang lagi wartawan untuk kem di negeri Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak pada 7 hingga 8 Ogos akan datang," katanya.

Pemilihan peserta PLKN akan datang adalah mengikut pecahan komposisi kaum dengan bumiputera sebanyak 60 peratus; Cina (28 peratus), India (10 peratus) dan lain-lain sebanyak 2 peratus.

Peratusan mengikut jantina pula adalah lelaki sebanyak 55 peratus manakala perempuan pula dengan 45 peratus.

Sementara itu, Abdul Hadi memberitahu, konsep pemilihan pelatih pada kali ini berdasarkan pemilihan rawak berkomputer yang dikenali sebagai 'Monte Carlo Logarithm'.

"Konsep ini terbukti sebagai pemilihan rawak terbaik dan telah diguna pakai oleh banyak pihak di dalam dan luar negara sebelum ini," jelas beliau.

Senarai nama pelatih yang terpilih untuk menyertai PLKN Siri 8/2011 akan disiarkan pada 15 Julai ini melalui laman web khidmatnegara.gov.my.

Maklumat tersebut juga boleh diperolehi menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) iaitu MYSMS dengan menaip perkataan PLKN Semak (nombor kad pengenalan).

Penempatan kem pelatih untuk Kumpulan 1 Siri 8/2011 akan diumumkan pada bulan November manakala penempatan bagi Kumpulan 2 dan 3 pula akan diumumkan pada tahun hadapan.

Monday, July 12, 2010

PENANTIAN SATU PENYIKSAAN.....

Budak-Budak Main Police Centry
Sebelum Bermain Pasukan Dibagi-bagi,
Sebulan Menanti Blog Ini Di Tambah Entry,
Kerana Server Buat Hal la Plak Lagi.....Huhuhu


Arrgghhhh....geramji betoi lah......!!!!!!



TOLONG LA KLIK SAYA EK...TOLONG LAH