SILA KLIK INI

Thursday, September 30, 2010

JUMAH JEMPUTAN KE RUMAH TERBUKA KEM PLKN


(Sekadar Gambar Muat Naik)

Ni Omma nak habaq mai la kat semua warga celoreng yang dah merasa PT 10 walau kat mana hangpa berada semoga dapat tau infor ini na. Kami juga dah hebahkan dalam face book lagi...

Semua bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dari Tahun 2004 hingga 2010 (Siri 1 hingga 7) di jemput ke Majlis perjumpaan yang akan dianjurkan di semua Kem PLKN di seluruh Negara pada 9 Oktober 2010 jam 10.00 pagi.

Mereka boleh berkumpul di mana-mana Kem PLKN yang berhampiran yang masih beroperasi.

Objektif utama perjumpaan :

  • mengumpulkan lebih 500,000 bekas pelatih PLKN pada 9 Oktober ini.
  • menubuhkan sekretariat alumni negeri.
  • membantu bekas pelatih PLKN dalam aspek kerjaya atau perniagaan.
  • sambutan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan :

Unit Sekretariat Alumni
Bahagian Pengurusan Pelatih
Jabatan Latihan Khidmat Negara
Aras 2, Bangunan Zetro,
Jalan 9/27C, Seksyen 5, Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur.
nombor Telefon : 03-4027 4000 / 03-4027 4246


Kot hangpa semua nak mai ke Kem PLKN Jiwa Murni yang very da Vast ini, bleh la hubungi no Sketriat Majlis ini iaitu 0124644644. Mana tau yang mai dari Kelantan nak tempah tekit awai ka, dan sebagai dia, blehla kontek kami. No Omma pun bleh jugak 0142509460. Semoga kita dapat merapatkan ukhwah, dan ada sesi penerangan tentang prospek masa hadapan untuk anak-anak celoreng kata dia. Tak tau la hapa dia, mai saja. Lama tak jumpa hangpa na....

Wednesday, September 29, 2010

BERITA PLKN

PLKN penyumbang utama Hanruh


Dr Ismail Ahmad (dua dari kanan) meneliti buku Celoreng Biru karya Azzah Abdul Rahman (kanan) sambil diperhatikan Abdul Hadi Awang Kechil dan penulis buku Diari Khidmat Negara, Illiyana Hamdan pada majlis pelancarannya di Kuala Lumpur, semalam. - Bernama


KUALA LUMPUR 28 Sept. - Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menjadi penyumbang utama kepada konsep pertahanan menyeluruh (Hanruh) apabila melaksanakan tiga daripada lima komponen utama dalam konsep berkenaan.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dr. Ismail Ahmad berkata, lima komponen dalam Hanruh ialah penyatuan dan perpaduan masyarakat, keutuhan psikologi, kesiagaan awam, keutuhan ekonomi dan kesiapsiagaan keselamatan.

Menurutnya, tiga komponen yang dilaksanakan oleh PLKN ialah penyatuan dan perpaduan masyarakat, keutuhan psikologi dan kesiagaan awam.

"Saya melihat PLKN merupakan sumber penting dalam pertahanan negara apabila melaksanakan tiga daripada lima komponen utama dalam Hanruh yang merupakan asas dalam pertahanan negara," katanya.

Ismail menyatakan demikian selepas melancarkan buku tulisan bekas pelatih PLKN, Iliyana Hamdan, 21, bertajuk 'Diari Khidmat Negara' dan bekas jurulatih PLKN , Azzah Abdul Rahman, 31, bertajuk Celoreng Biru di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Ismail berkata, walaupun beberapa komponen dalam konsep Hanruh sudah sedia wujud dan dilaksanakan di negara ini, ia perlu diselaraskan dan diperkukuhkan lagi secara bersepadu.

"Pelaksanaan konsep ini memerlukan penerimaan dan komitmen semua pihak supaya pertahanan negara menjadi lebih bersepadu, kukuh dan terjamin," katanya.

Sementara itu, Iliyana berkata, buku Diari Khidmat Negara merupakan coretan pengalamannya selama tiga bulan mengikuti kursus PLKN di Kem Tegas Mesra, Selama, Perak dari 1 Januari hingga 10 Mac 2007.

"Coretan ini merupakan memori indah dan bernilai bagi saya setelah berjaya menamatkan latihan yang sedikit sebanyak mengubah sikap saya mengenai cara dan disiplin dalam hidup," katanya.

Lulusan Diploma Penulisan Kreatif dari Akademi Warisan Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) itu berkata, buku tersebut sesuai dibaca bakal pelatih dan ibu bapa bertujuan mengetahui perjalanan PLKN.

Azzah pula berkata, buku Celoreng Biru tulisannya menghimpunkan kisah pendek berdasarkan pengalaman selama empat tahun berkhidmat sebagai jurulatih dan ketua jurulatih PLKN bermula 2004 hingga 2007.

"Buku ini sesuai dijadikan rujukan oleh sesiapa sahaja yang ingin tahu tentang PLKN dan sebagai kenang-kenangan bagi setiap insan yang pernah menjadi warga PLKN," katanya.


Sunday, August 29, 2010


Mempersembahkan Kain Rentang Kompeni Starburst..jeng jeng jeng!!!


Seluruh Warga Jiwa Murni, Anak-anak Alam Celoreng Serta Krew-krew Omel Omma ( sambil melihat senarai jemputan untuk Majlis Di Ambang Kemerdekaan..ewah!...) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 53. 1 Malaysia Menjana Transformasi. Dan anak celoreng, tinggal lagi 3 hari nak dok mengeram kat Jiwa Murni nih. Esok ada Pertandingan Kain Rentang. Kita lihat siapa yang kena

Sunday, August 22, 2010

BULAN RAMADAN BULAN KESABARAN


(Antara Juruletih yang sangatlah sabar......ceria..!!!)


Memang banyak yang perlu Omma sabarkan. Bukan takat nak tahan sabar tak makan ( ittew perkara enteng aja deh...sambil membungkus lepat pisang untuk berbuka...). Tapi, serba-serbinya pun kena sabar juga ( lantas melipat lepat itew setelah ditaruk inti kelapa).

Aduh sabar aja....bila ada anak celoreng yang bercinta nak bangun sahur malah bagi alasan selori sebab perut lapar. Kemdian melakukan aktiviti berbuka sebelom zohor. Sabar jelah ek (ku sumbat dengan kepala kucing baru taw..huhu)

Sabar la.... Pertandingan kain rentang akan tiba tak lama lagi ( 31 Ogos ni..sambil menanda tarikh kalendar ittu..), maka tak bleh tido-tido siang la walaupun hari sabtu ahad! dok tengok anak-anak buat banner itu. Tak mengapalah sabar, semoga semangat ini akan memancarkan kekuatan kepada anak-anak untuk capai kemenangan. Tapi sabar jugaklah ek...(babai sang bantal)

Ade ke patut..waktu terawih bleh memain la plak anak celoreng ni. Sekali kena seligi baru taw. Owang nak solat..bukan nak mendidih hati weh...sabar ajelah Omma ek..

Sabar la jugak dibulan puasa ni. Ramai kenalan ajak bebuka bersama. Kawan lama lah, kawan seagen lah, kawan sekursus lah. Dah kita mengalahkan artis, dok kem 24 jam katanya. Nanti lepas 2 September Omma akan ziarah ke rumah kalian ya. Yang bercadang nak belanja makan hotel pun amat dialu-alukan ye ( pastikan buffet ada logo halal, bukan halam) Apepun sabar ajelah......bukannyer Omma nak belagak diva plak tau..tunggu aja.......makasih

Thursday, August 19, 2010

SUDAH 10 HARI BERPUASA


Diam tak diam ( anak celoreng yang tak reti diam ...) hari ni dah 10 Ramadhan dah kan. Tak sempat nak rasa lapar pun, perut santak kenyang lagi. Ha! bebudak, jangan la kalian nak ponteng puase ek...tak kose Omma nak ngechek. Malam tadi Cikgu Jamai nampak hantu raya, mata merah menyala, badan berbulu. Heran jugak, hantu raya tu tak kena rantai ke.... ini hantu raya betul tau. Kalian pun jangan cuba nak bebaik dengan hantu raya sampai membuat cobaan membatalkan poce. Ha! bebuka dengan minum air kat jamban memang tak sangat berbaloi la...( sambil menghirup sop cendawan tatkala azan maghrib menjelang...)

Sunday, August 15, 2010

SAHUR PERTAMA DI KEM


Hari ni hari pertama anak celoreng Kumpulan 3 nih bersahur kat kem. Pukoi 4 pagi Omma dah kejut da dengan Cikgu Azemi. Muka semuanyer dah macam tapir monyok daa. Tapi kena sahur jugak, nanti lapar plak perot. Pukul 5 Dewan Makan dah tutup, maka kena berawal-awal skit ek. Lauk?!!! Wah..!!! meriah amat. Sampai bebudak cakap lauk persis berbuka lagi..Memanglah lazatnyer. Dan semuanya meriah bersahur. Tetapi malang!! malang sekali nak bangun subuh payah bebenor. Yelah! perut kenyang macam ular sawa, mata pulak disumbat mimpi, Omma nak memarah pon dah tak bleh lebih-lebih plak ( puasa katanya). Tapi dengan berkat kesabaran juruletih sekalian yang ada, akhirnya bangun jugak la budak celoreng nih semua. Al Sobar ajelah...huhuhu

Saturday, August 7, 2010

INTRO PUASA......


Malam-malam pon makan juga...itu sorru kalu..bila-bila pon boleh juga..ammak..!!!


Anak-anak celoreng dah sedia ke nak poce nih (sambil membetulkan cermin mata yang senget sedikit...)..uhuk! uhuk! batok plak..yela Omma baru baik sempot nih. Ha! kot dah ready nak poce, baguih sangat latu. Hari rabu ni dah stat la kalian semua pose okkay. Bukan pose perot je, seluruh anggota juga kena puasa juga, kena puasa bukan jadi puaka ( cuba membuat humor spastik ye...).

Nah! terimalah sebuah Hadis yang Omma petik dari sebuah laman sesawang untuk panduan kalian agar tahu nape penting puasa ni. Wei...puasa bukan beban ye..(tapi tanggungjawab...sambil angguk-angguk...)
- Abu Hurairah (ra) telah meriwayatkan bahawa Rasulullah (saw) bersabda:


"Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang sedang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa. Allah mempersiapkan dan menghiasi Jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: 'Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar(di dunia) dan akan mendatangimu.' Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir bulan Ramadhan (orang-orang Islam yang berpuasa ini) akan diampunkan. " Maka sahabat-sahabat Rasulullah (saw) pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam Lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah (saw): "Tidak, tetapi selayaknyalah seorang yang beramal itu diberi balasan setelah dia menyempurnakan tugasnya. "

TOLONG LA KLIK SAYA EK...TOLONG LAH