"SeLanGkah Ke Alam CeLoRenG" Sebuah blog khas didedikasikan untuk tatapan para pelatih PLKN, yang mungkin rindukan memori sewaktu menjalani latihan, tips-tips untuk graduate PLKN, serta Alumni PLKN, tidak kira di mana kalian berada.....sekali melangkah selamanya bersama......
Pakai topi keledar dan harness elok-elok ya, kot tak mau tangan kasar, pakaila sarung tangan..
Best kan.......
Tali tinggi datang lagi. Nak tau apa itu aktiviti tali tinggi, hah! tali tinggi ni tali yang tingi-tinggi la. Termasukla Musang Terbang (flying fox)(...daulatkan bahasa sangat ye...), daki tembok, refealing, dan beberapa lagi yang anak celoreng boleh joint (bahasa penjajah tersesat dah....!!!). memang la syok sangat sebab buat tali tinggi ramai-ramai. Memanglah tak segayat dan mencabar amat macam solero shock atau permaidani terbang kat Genting Highland sana. Tapi dari riak muka anak celoreng nih..amboi! kok teruja amat. Omma sendiri naik Musang Terbang beberapa kali, rasa cuak jugak. Tapi waktu berlepas itu, ayo sungguh lapang dada ini. Hilang segala nestapa... tak caya tengok muka dak celoreng ni semua....bagus amat diorang nih (sambil memuat naikkan gambar...lambatnya nak upload!)
Anak-anak celoreng yang dah semakin gelap ( macam negro yang botak...), meh dengar Omma mau bagi tau satu lagi sikap yang very da keji ya (dan sangat memilukan kot kalian jadi cenggitu..). Inilah dia sikap EGO. Infor ini telah Omma petik via email yang dah lama dah Omma peram. Tapi eloklah kot Omma kongsi (lehla kalian tahu, mana tau kot ada tempias ego itew)......
Sifat ego adalah penyakit batin. Ianya adalah abstrak atau maknawiyah, yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun tetap dapat dikesan melalui tanda-tanda lahiriah pada sikap seseorang itu. Atau dengan kata lain, sifat ego itu ada manifestasi atau implikasinya. Berdasarkan sikap dan tanda-tanda yang terserlah itulah dapat mengenali seseorang itu memiliki sifat ego. Di antara ciri-ciri ego itu adalah seperti berikut :-
Menolak Tuhan. Inilah peringkat paling tinggi keegoan manusia. Tidak mahu mengakui akan kewujudan Tuhan ini yang menjadikan mereka berada di dalam kekufuran.
Menolak kebenaran. Biarpun terdapat golongan yang mengakui kewujudan Tuhan namun mereka yang salah faham akan keliru tentang Tuhan turut meletakkan diri mereka di dalam kekufuran. Turut berada di dalam kategori ini ialah mereka yang menolak kerasulan Nabi Muhammad SAW. Terdapat pula yang mengakui Allah SWT dan kerasulan Nabi Muhammad, namun mereka menolak kebenaran ajaran Allah SWT dan Rasulullah SAW. Mereka yang seumpama ini boleh jatuh kepada murtad atau kufur. Penolakan atas dasar lemah iman dan tidak boleh melawan tuntutan nafsu, syaitan dan kepentingan dunia maka kedudukan mereka sebagai zalim. Andainya berpunca dari kejahilan, namun tidak terlepas juga sebagai mereka yang ego tinggi yang dihukumkan sebagai fasik.
Golongan ini pula sangat meremehkan dosa pahala dan tidak suka memperkatakannya. Apa sahaja yang dibuat tidak mahu dikaitkan dengan persoalan dosa pahala atau halal haram. Keegoan mereka ini seolah-olah mahu bebas. Tidak mahu adanya sebarang keterikatan dengan hukum Allah SWT. Begitu juga dalam kontek kekuasaan Allah SWT, mereka tidak mahu mengaitkan sesuatu peristiwa atau perkara itu dengan bukti kekuasaan allah SWT yang Maha Kuasa. Sesuatu kejadian samada kejayaan, kegagalan mahupun musibah pada mereka lebih nampak kepada sebab atau faktor kejadian tersebut. Dalam soal usaha ikhtiar, mungkin juga boleh diterima sebagai faktor sebab yang terhasilnya sesuatu yang hakikatnya dengan izin Allah SWT. Apa yang anehnya sebagai memperlihatkan ego adalah bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kemarau, jerebu, tanah runtuh yang sifatnya tidak ada campur tangan manusia, pun tidak mahu disandarkan kepada kekuasaan Allah SWT. Lantas dengan cepat mereka mengatakan itu semua adalah lumrah alam atau perkara biasa.
Tidak mahu menerima dari orang atau pihak lain. Seolah-olah merasa rendah atau tercabar atau terhina andainya kebenaran itu keluar dari mulut orang lain. Lebih-lebih lagi sekiranya sesuatu yang benar itu datangnya daripada orang bawahannya atau orang yang dianggap status sosialnya lebih rendah.
Ego juga dapat dilihat bilamana seringkali menzalimi orang lain apabila seseorang itu memiliki kuasa. Dia akan gunakan kuasa itu bukan sebagai amanah atau tanggungjawab tetapi sebagai peluang untuk menindas atau mendatangkan kesusahan kepada orang lain. Andainya roda pusingan kehidupan menjadikan gilirannya pula berada di bawah atau menjadi pengikut, ketika itu dia akan menjadi orang yang paling sukar untuk taat setia kepada pihak atasannya. Egonya itu membuatkan dia menjadi amat sukar untuk tunduk kepada peraturan dan perintah ketuanya.
Sering sahaja bercekak pinggang sebagai gambaran membesar diri. Sifat egonya itu terzahir dalam perbuatan bercekak pinggang biarpun tanpa disedarinya.
Payah hendak bertegur sapa kecuali kalau orang lain mendahuluinya. Dia merasakan tidak layak untuk menghormati orang lain seolah-olah orang lain yang patut menghormati dirinya.
Isi perbualan atau percakapannya sering saja melebihkan diri biarpun dalam nada tutur kata yang lunak. Apatah lagi bila ada peluang bercakap besar dan lantang.
Selalu berwajah serius dan masam. Ditambah pula dengan sikap yang kurang mesra.
Sangat memilih kawan terutamanya di kalangan orang yang setaraf sahaja. Kadang-kadang lebih suka berada di tengah-tengah orang yang lebih rendah bukan kerana merendah diri tetapi mengharapkan agar dirinya kelihatan lebih menonjol. Dan begitulah sebaliknya cuba mengelak berkawan dengan orang yang lebih atas kerana tidak mahu kelihatan dirinya rendah.
Sangat mudah tercabar oleh kebaikan orang lain. Apatah lagi apabila dicabar maka sangat tidak dapat menguasai emosi. Mudahnya tercabar itu samada akan memberi tindak-balas atau terus merajuk dan membawa hati.
Mudah menjadi marah terutamanya kalau orang lain yang membuat silap, lebih-lebih lagi kalau kesilapan itu tertimpa ke atas dirinya.
Kalau dia terbukti bersalah sangat sukar untuk meminta maaf. Dan apabila orang lain yang bersalah pula sangat sukar memaafkan.
Tidak boleh ditegur atau tidak mahu menerima teguran. Teguran boleh menyebabkan dia sakit hati malah timbul dendam terhadap orang yang menegurnya.
Sangat suka dipuji malah sentiasa menunggu-nunggu sahaja akan pujian orang kepadanya. Kalau dia mendengar pujian terhadap orang lain di hadapannya maka timbul sakit hati kepada orang yang memuji itu dan sakit hati kepada orang yang dipujinya.
Sangat suka berbahas. Dalam perbahasan pula sering meninggikan suara. Berbahas pula bukan hendak mencari kebenaran tetapi hendakkan kemenangan walaupun salah.
Kesan sifat ego ini sangat merbahaya dan dahsyat. Lihat sahajalah Firaun, Namrud dan Hamman, kerana egolah mereka sanggup menderhakai Tuhan. Bahkan sanggup mati di dalam kekufuran. Biarpun berbagai bencana Tuhan datangkan sebagai amaran dan ancaman, semuanya tidak menjadi pengajaran, iktibar dan ingatan. Apalah ertinya mempertahankan ‘kenikmatan’ ego itu sedangkan menanggung seksa dan laknat Allah SWT.
.Ego itu seumpama api yang membakar sekam..ayoyo!!! banyak bahaya woo....!!
Duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju,seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan dianggarkan hanya dipandu 22 batu sejam sahaja.
Maka Polis trafik pun berfikir " Tak boleh jadik niee..lambat dari kura-kura..sangat bahaya bagi pemandu yang lain"
Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang wanita - dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang - mata kesemuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat.
Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya " Apa kesalahan saya tuan? saya tidak melebihi had laju..kenapa ditahan?"
"Makcik" polis trafik menjelaskan " makcik bukan melebihi had laju, tapi memandu lambat daripada had laju jugak boleh menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain" "lambat dari had laju ?" wanita itu merasa hairan. "Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda ..[JALAN AMPANG 22]!" bantah wanita itu dengan marah.
Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud [JALAN AMPANG 22] adalah tanda nama jalan dan bukanya had laju. Dengan perasaan malu, wanita itu mengucapkan timah kasih atas penjelasan itu. " Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan...adakah kesemua penumpang di kereta makcik semuanya sihat? nampaknya makcik-makcik yang lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat" polis trafik itu bertanya kehairanan
"Oh...jangan bimbang ,mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi.Kerana kami baru saja menuruni [Jalan Bukit Bintang 309]."
Ayuh! anak-anak celoreng. Selasa ni sudah mau bukak buku baru lagi (bukan buku hutang ya..). Itulah Nisfu Syaaban yang afdal kita semua buat kebajikan dan imarahkan la kebaikan-kebaikan (meriah-meriah....).
Sebelum tibanya Ramadhan nih, anak-anak dah sedia ke Nak bepoce (bukan pose perut je..rohani dan mental juga taw..). Yok kita cermin diri, manalah tau ada susuk jahat cuba menodai wajah keimanan kita yang bakal bersua dengan Ramadhan yang tinggal beberapa tapak saja lagi nak menguak jendela kerahmatan itu ( kot sempat Alhamdullilah..)
Apa yang nak dicermin tu ek...(sambil garu-garu kepala yang botak..!!!)
1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.
6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.
7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.
8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.
10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.
Daa..... Akhlak yang baik umpama sekumtum bunga, walau di mana pun jua, pasti semua orang suka......
Tiba-tiba telinga kita terasa berdesing tak mau-mau. Macam ada kapal terbang dalam kepala otak. Pernah tak anak-anak celoreng mengalami keadaan berdesing ini (sambil mengorek telinga dengan bulu ayam..ah..lega!!).Menurut kepercayaan orang Jawa (wes nyong ki wong jowo, retine jowo waelah..), itu ada petanda tertentu. Maka mak Omma dulu selalu pesan, kot berlaku macam ittu, maka perlulah berselawat tiga kali, dan tiupkan kat tangan dan letak tangan tu kat telinga kita ( mojarobat jawa juga bleh dirujuk..)Infor di bawah ni, Omma cari khas untuk anak celoreng dan anda-anda juga taw (siap bukak Tajul Muluk lagi...)
Mari kita tengok tanda-tanda kot Telinga sebelah kanan yang berdesing
antara pada jam 06-07 pagi hari bermakna akan mendapat kabar buruk
antara jam 07 - 08 pagi hari bermakna akan difitnahkan orang yang menjadikan percakapan orang
antara jam 08 - 09 pagi hari bermakna akan berancangan pergi jauh dan entah sendirian atau bersama orang lain
antara jam 09 - 10 pagi hari bermakna akan ada berita yang kurang menyenangkan tentang keluarga
antara jam 10 - 11 pagi hari bermakna akan ada penghalang dari rancangan perjalanan anda sebaiknya ditunda atau dibatalkan dulu
antara jam 11 - 12 siang hari bermakna akan ada khabar yang kurang menyenangkan yang datangnya bersamaan dengan surat yang akan diterima dalam waktu dekat
antara jam 12 - 01 tgh-hari bermakna akan ada saudara jauh yang datang dengan membawa cerita lama
antara jam 01-02 petang bermakna akan ada ajakan maka-makan
antara jam 02-03 petang bermakna akan ada sesuatu yang membahayakan anda dalam waktu dekat
antara jam 03-04 petang bermakna akan ada berita dari keluarga yang entah itu yang menyenangkan atau menyedihkan
antara jam 04-05 petang bermakna akan ada perjalanan jauh yang akan anda lakukan dalam waktu dekat
antara jam 05-06 petang bermakna anda sedang menjadi pembicaraan banyak orang
antara jam 06-07 petang bermakna akan ada sesuatu yang berharga pergi meninggalkan anda
antara jam 07-08 malam bermakna akan mendapat berita buruk dari kalangan sendiri
antara jam 08-09 malam bermakna akan ada keberuntungan yang besar untuk anda
antara jam 09-10 malam bermakna akan ada yang mengancam anda
antara jam 10-11 malam hari bermakna akan ada berita yang baik datang kepada anda
antara jam 11-12 malam hari bermakna akan ada seseorang yang jatuh cinta
antara jam 12 - 01 pagi hari bermakna akan ada sesuatu wejangan yang diberikan oleh orang tua
antara jam 01- 02 pagi hari bermakna akan ada perselisihan antara kerabat sendiri
antara jam 02- 03 pagi hari bermakna segala perjalanan yang ada kerjakan akan selamat sampai tujuan.
antara jam 03- 04 pagi hari bermakna akan ada yang sesuatu yang hilang yang anda nilai sangat berharga
antara jam 04- 05 pagi hari bermakna akan ada sesuatu yang merugikan anda jika anda seorang pekerja anda akan diberi peringatan dari pimpinan
antara jam 05- 06 pagi hari bermakna akan ada orang yang akan mencelakakan an
Kot Telinga sebelah kiri plak yang berdesing :
antara jam 06-07 pagi bermakna akan ada tamu yang menguntungkan dalam waktu dekat.
antara jam 07-08 pagi bermakna akan melakukan perjalan jauh dalam waktu dekat
antara jam 08-09 pagi bermakna akan kedatangan keluarga dekat
antara jam 10-11 pagi bermakna akan selamat dalam perjalanan yang akan datang
antara jam 11-12 siang bermakna akan kedatangan keluarga dari seberang lautan
antara jam 12-01 TGH-HARI bermakna akan terserang penyakit dalam waktu dekat
antara jam 02-03 petang bermakna akan kedatangan tamu
antara jam 03-04 petang bermakna akan bepergian jauh baik beurusan usaha atau urusan kerja, sendiri atau bersama-sama.
antara jam 04-05 petang bermakna dalam waktu dekat akan mendapat keuntungan besar bagi usaha dagang dan dalam waktu dekat akan naik pangkat bagi pekerjaan.
antara jam 07-08 malam bermakna akan menerima pernyataan cinta dari seseorang dalam waktu dekat ini.
antara jam 09-10 malam bermakna akan menerima undangan perkawinan dari teman dekat
antara jam 10-11 malam bermakna akan kedatangan pencuri
antara jam 11-12 malam bermakna akan menghadapi penghalang dalam mengurus perkara yang sedang dihadapi antara jam 12-01 pagi bermakna semua cita-cita akan yang dirancangkan akan segera tercapai
antara jam 01- 02 pagi bermakna akan menerima khabaran yang sangat menyenangkan
antara jam 02- 03 pagi bermakna akan ada prtengkaran dalam keluarga.
antara jam 04- 05 pagi bermakna anda akan mendapat usaha pekerjaan baru
antara jam 05- 06 pagi bermakna akan ada musyawarah dan mufakat dalam setiap persoalan yang dihadapi oleh anda sebagai jalan keluarnya
Kita hanya merancang, tapi tuhan jua yang menentukan. Wallahualam....
(Jika telinga berdesing berlebihan, maka telinga bakal jadi pekak badak, bila dah badak maka command pon tak dengar dah... (biar botak, asal jangan pekak)...huhuh...jangan marah ek..lawak ja..)
Anak-anak celoreng yang muslim, ni Omma nak tanya ek (sambil membelek buku motivasi La Tahzan....), berapa kali kalian dah khatam Al Quran ya? Ha ! bagus anak-anak. Yang masih tak khatam lagi, bleh la di jadikan sebagai impian untuk mengkhatamkannya ek. Yang sudah khatam tu, pastikan terus lagi memperdalamkan pemahaman terhadap kitab suci itu. Mari kita lihat beberapa keajaiban yang Allah SWT telah serlahkan dalam Al Quran ye (sopannya Omma kali nih! taibbbb....!!!)Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:
DUNIA - 115 kali AKHIRAT - 115 kali
MALAIKAT - 88 kali SYAITAN - 88 kali
HIDUP - 145 kali MATI - 145 kali
FAEDAH - 50 kali KERUGIAN - 50 kali
UMMAH - 50 kali PENYAMPAI - 50 kali
IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali
BALA/MUSIBAH - 75 kali BERSYUKUR - 75 kali
BERSEDEKAH - 73 kali BERPUAS HATI - 73 kali
ORANG YANG SESAT - 17 kali ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali
MUSLIMIN - 41 kali JIHAD - 41 kali
EMAS - 8 kali KEMURAHAN HIDUP - 8 kali
KEAJAIBAN - 60 kali FITNAH - 60 kali
ZAKAT - 32 kali BERKAT - 32 kali
MINDA - 49 kali NUR - 49 kali
LIDAH - 25 kali SUMPAH - 25 kali
NAFSU - 8 kali KETAKUTAN - 8 kali
BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali BERDAKWAH - 18 kali
KESUSAHAN - 114 kali KESABARAN - 114 kali
MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali
LELAKI - 24 kali PEREMPUAN - 24 kali
SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali HARI - 365 kali
LAUTAN - 32 kali DARATAN - 13 kali LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratusPeratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratusJUMLAH = 100 peratusKajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!! Wahai anak-anak celoreng, bersahabatlah dengan Al Quran, pasti hidup akan sentiasa ceria (sama-sama kita sebut "tiga"....!!!)
Anak celoreng nih bukan semuanya berani (walhal muka ya amat la sadis..). Kekadang tu, nak kejamban terpaksa kejut kawan. yang lebih syahdunya bila tengah syok-syok tidow bleh plak diorang kejut kita. Ingat pehal, rupa-rupanya terdengar bunyi pelik...memang la pelik bila budak KL yang tak pernah dengar burung hantu, bunyi beruk nak tidow (meriah sangat iramanya...tapi berbaur ngeri jugak..), bunyi musang dan entah apa-apa bunyi. Kem pulak dalam hutan (macam kem Omma nih).
Berikut Omma kongsikan cara yang afdal untuk kalian mengusir hantu termasuklah kepada semua pembaca blog nih ( ha! toksah dok pakai tangkal mangkal lagi, ngarut je suma tuh...)
Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak
pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya itu.
(dipercayai kebanyakan hantu pocong ni naik ke atas balik sebab malu pakai kain kapan, sepatutnya pakaikan la kain yang berjenama skit...demand tinggi macam muka cantekk!!!)
Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka
dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.
(Dia ni mati terberanak....jadi ada orang jahat sudah khianat kat anak dia..dia pun carilah merata...)
Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah
ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia
boring.
(Lihatlah rambutku...luruskan...guna tangan je...hahaha....(sambil mengilai-ngilai)
Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya
senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak
main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau
kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.
Hantu Galah Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita
hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada di situ.
(Mak aih...kemain tinggi...kerja cuci cermin KLCC memang layak amat...)
Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja,dan paling mudah untuk
menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat
gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.
(Ini bukan gambar lucah ekk...ni jerangkong bernyawa lagi...)
Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni.. nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya
kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu...
Hantu Web Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni cam korang
lerrr.. lepaih tu nengok web ni .. macam sekarang nih.. sah-sah tengah baca
artikel nie.. macamana nak jawab.. korang sendiri gak jadik hantu.. jadi
bawak-bawaklah buat kerja ..... kui kui kui