SILA KLIK INI

Monday, April 26, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah

Pengikut Pertama...Hehehe...Nak Blajar Membuat Blog Yang Menawan Daripada Anak Murid...

Friday, April 23, 2010

Wah hangatnya panas membahang, sehangat semangat pasukan Starburst (sejenis nama kompeni)yang akan menentang Oerlikon (sejenis nama kompeni) dalam perlawanan bola tampar. Tinggal lagi dua hari kehangatan itu akan ditentukan. Adakah satu pasukan akan mengalami kekejangan badan akibat dingin kaku kakiku tak bermaya. Atau semangat kesukanan tetap membara. Apapun kedua-dua pasukan memang sama-sama handal. Ironinya, waktu pengundian kedua-dua pasukan ini tak bertemu. Dan ironinya juga, kedua-dua pasukan wira dan wirawatinya terus gah menempa peluang ke akhir. Dan amat memilukan apabila Astros menyapu habis tempat ketiga untuk wira dan wirawatinya. Kelu lidah Howitzer tak terkata. Pasti umpama trauma yang amat mendukacitakan sekali. Apapun, perjalanan masih jauh lagi, banyak lagi pertandingan yang bakal berlangsung. Maka ayuh kita suburkan semangat perlawanan secara sihat, dan semoga semangat yang murni ini dapat diterap sampai keluar sana. Majulah Sukan Untuk Negara.

Thursday, April 22, 2010

Nak menulis di layar internet, itu sangat terbatas masanya. Tapi, inilah medium terbaik untuk Omma mencanai minda supaya tak sebu disumbat lesu. Atau berotak beku, macam ikan dan daging dalam freezer peti ais. Hambatan masa satu hal, server down pun satu faktor juga. Kadang-kadang geramji juga rasanya, tengah dok kusyuk mencoret cetusan, dan dan tu jugaklah server hilang layangan. Dah namanya dalam hutan, maka liputan pun sangat sadis sekali...apa pun mulai hari ini Omma akan giatkan lagi Blog Omel Oma ini, dan semoga ia menjadi modus operandi Omma untuk menjadi penulis yang masyhur satu ketika nanti. Ingat bukan masyhur dengan nilai yang muarah, macam satu blog yang menghina Almarhum Sultan Johor tu dulu. Hmm...penulisan yang mengejikan harap tak merebak dalam Omel Omma......

Kumpulan 2 Yang Singkat....


Terasa cepat masa berlalu, umpama bayu yang singgah menyapa muka. Lembut membelai, tapi untuk seketika cuma. Oma turut rasa sesak. Jadual harian padat seperti biasa. Ditambah pulak dengan cuaca petang yang selalu bercinta dengan hujan, tengahari bahang mentari laksana lahar membakar kulit. Perit sangat. Budak-budak kadangkala bingung, basuh baju, tak sempat angkat sudah basah lagi. Cuaca yang panas sejuk tak menentu menjemput sakit tekak, batuk, dan demam. Ada yang masih suam-suam kuku mau demam terus saja Oma rujukkan ke medik. Kadang-kadang bebudak ni malas ambil ubat. Tapi Oma sendiri dah kena hinggap si Encik Batuk. Maka berkokoklah tak mau-mau. Kelas Pembinaan Karakter baru saja tamat hari ini. Dan sangat meriah penutup CB yang kelas Oma persembahkan. Kelas Bofi memang mantap. Namun perpisahan keluarga Bofi (nama sejenis kelas) yang menjemput, membuatkan hati sedikit syahdu. Itu baru berpisah dengan modul, belum lagi nak balik kampung buat selamanya. Itu yang selalu Oma pesankan pada mereka, kalian datang terpaksa rela, nak balik (last day)nanti kena paksa juga. Apatah lagi waktu bersama yang sesingkat ini. Namun yang singkat inilah sangat bererti. Di sini bukanlah bertahun bagai di sekolah, tapi kesannya cukup bertahta dihati. Impaknya bagai tsunami meredah daratan.
Saban kumpulan, demikianlah Oma. Rasa syahdu ditinggalkan, namun apakan daya, hidup yang bersisa perlu diteruskan. Bak pantun Puteri Gunung Ledang, Sauh Layar Berkelok-kelok, Singgah Lalu Di Air Tenang, Yang Pergi Hati Tak Elok, Yang Tinggal Hati Tak Senang....apapun kesudahannya, Oma harap, garapilah segala ilmu yang dititip sewaktu tersadai di persada ini. Jangan sampai terburai di tengah jalan. Lalai itu sahabat yang karib buat sang hati. Sila singkirkan berterusan. Sedang batu pun boleh tertarah, inikan pula hati manusia yang sepatutnya ada panduan arah....Atau sengaja menumpahkan nilai, setelah penat menakungnya dalam gelas-gelas kesabaran. Praktikkan segala kebaikan, biar disiplin menjadi teman. Oma harap semua mereka akan berjaya. Walau sesingkat mana pun masa kita untuk bersama, namun memori yang dicipta kan abadi sepanjang nyawa di badan....

TOLONG LA KLIK SAYA EK...TOLONG LAH