SILA KLIK INI

Friday, April 23, 2010

Wah hangatnya panas membahang, sehangat semangat pasukan Starburst (sejenis nama kompeni)yang akan menentang Oerlikon (sejenis nama kompeni) dalam perlawanan bola tampar. Tinggal lagi dua hari kehangatan itu akan ditentukan. Adakah satu pasukan akan mengalami kekejangan badan akibat dingin kaku kakiku tak bermaya. Atau semangat kesukanan tetap membara. Apapun kedua-dua pasukan memang sama-sama handal. Ironinya, waktu pengundian kedua-dua pasukan ini tak bertemu. Dan ironinya juga, kedua-dua pasukan wira dan wirawatinya terus gah menempa peluang ke akhir. Dan amat memilukan apabila Astros menyapu habis tempat ketiga untuk wira dan wirawatinya. Kelu lidah Howitzer tak terkata. Pasti umpama trauma yang amat mendukacitakan sekali. Apapun, perjalanan masih jauh lagi, banyak lagi pertandingan yang bakal berlangsung. Maka ayuh kita suburkan semangat perlawanan secara sihat, dan semoga semangat yang murni ini dapat diterap sampai keluar sana. Majulah Sukan Untuk Negara.

3 comments:

  1. cikgu nama kumpulan2 ni bersempena nama ape..? 'Howitzer,Starburst,Oerlikon,Astros'..?mcm pelik jer..
    kalo kumpln saya dulu bersempena nama pahlawan mcm jebat,kasturi..=)

    ReplyDelete
  2. Oh! Ini nama sejenis pelancar senjata. Macam pelancar peluru berpandu la. Kesimpulannya ia adalah senjata pertahanan mahupun serangan. Demikianlah Tiekah...

    ReplyDelete
  3. biase la tu ckg..ble menang..confirm ader yg riak..tp kjm byk mngajar saya.camne nk jd a good leader..heheh.i still miss my starburst kump 1 / 2010..n wkt melapor..sesuatu yg sgt sweet utk dkenang ms tgh termenung n merenung pdg kawad kat universiti tu..hehe

    ReplyDelete

TOLONG LA KLIK SAYA EK...TOLONG LAH