SILA KLIK INI

Tuesday, March 29, 2011

BELAJAR BAHASA JEPUN – P1


P1 : KATA-KATA SAPAAN
Sempena menyahut seruan kerajaan agar rakyat Malaysia ni ada lebih daripada satu bahasa, apa kata kot anak-anak celoreng semua belajar bahasa Jepun dengan Omma. Bahasa Jepun sangat seronok dipelajari. Punyalah seronok macam main game playstation katanya. Untuk pelajaran satu (P1) ni, jom kita belajar kata-kata sapaan (greeting) dulu. Biasanya kita menyapa orang lain dengan salam serta dengan keadaan waktu tertentu. Contohnya.
Ohayo gozaimasu. (Selamat pagi)
Konniciwa. ( Selamat petang)
Konbanwa. (Selamat malam)

Selain daripada itu :
Sayonara. (Kata yang diucapkan pada waktu berpisah)
Oyasumi nasai. (Selamat tidur)
Arigato gozaimasu. (Terima kasih)
Ogenki desu ka? (Apa khabar)
Gomen nasai. (Minta maaf)
Sumimasen. (Minta maaf/. Minta izin)

Perhatian : Orang Jepun menipiskan bunyi “u” yang terdapat pada akhir perkataan. Jadi, sila lembutkan lidah Melayu anda apabila menyebut perkataan itu. Contohnya : ....gozaimasu = gozaimas(e) je. Macam kita sebut huruf jawi tha(ث). Lembut je bunyi nya kan. Tapi kot huruf “u” tu kat tengah perkataan. Contoh : Sumimasen (Minta maaf)= perlu disebut perkataan “u” itu dengan jelas dan nyata.
Jawapan sapaan :
Iie (do itashimashite) (Sama-sama)
Hai genki desu. (Ya. Saya sihat-sihat saja)

Setakat ini saja untuk P1 ya. Pasni bleh la korang hafal perkataan ni. Bolehla tengok cite kartun Jepun dengan jayanya. Akhir kata “Ganbatte Kudasai!” (Berusahalah dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya)



No comments:

Post a Comment

TOLONG LA KLIK SAYA EK...TOLONG LAH