SILA KLIK INI

Thursday, March 31, 2011

KENTANG JANGAN ADA BENCI...........



Omma nak balik kampung. Maka semua alam yang berbentuk maya ni pun akan kita cutikan sekali la. Balik umah memang akan jadi sangat saybook. Nak bagi ayam makan, nak panjat pokok durian, nak bunuh serangga perosak, dan macam-macam yang nak nak lagi. Sebagai buah tangan, meh Omma kongsikan satu cerita yang dipetik dari blog sobat seberang sinun. Best jugak la untuk tatapan siceloreng.

Al kesahnya begini. Pada suatu hari, adalah satu kompeni tu dok berklik-klik (menubuhkan group masing-masing ikot citarasa hati). Rupa-rupanya, sesama kompeni pon ada tak puas ati antara satu sama lain. Pening kepala cikgu kompeni diorang memikirkan hal ittew. Nak marah, nanti hilang plak kecantekan, nak didiamkan saja nanti dituduhnya merajuk la plak (decit hati cikgu itu dalam ati sanubarinya).Maka cikgu kompeni diorang ni pun, belikan sebakul kentang. Kentang yang montok dan segar katanya.
Ntah hapa giler kentang tu nak dibuatnya. Cikgu tadi pon cakap kat semua ahli kompeni ittew supaya bayangkan berapa orang yang korang benci giler (ayoyo termasuk cikgu itu kah?). Dapatkan bilangannya, kemudian suruh budak-budak ittew ambil seberapa banyak kentang yang diorang nak iaitu mengikut berapa orang yang dia benci ittew.
Semua bebudak pon ambil la kentang iitew. Ok. Pastu bebudak iitew disuruh untuk menjaga kentang itu sampai satu tarikh yang akan dibagi tahu. Yang dapat menjaga kentang-kentang sampai habis akan dibagikan dengan satu hadiah, baikkk punya!
Bebudak tu pon syok la. Sehari berlalu. Ayo, berat jugak bawak kentang tu. Yela, ada yang ambik sebiji, ok lah lagi. Yang ambil 5 biji pon ada. Sepuloh bijik pon ada jugak. Bawakla kentang tu ke hulu ke hilir, dan kemana saja. Sampai hari kelima, kentang tu mula layu dan lembik. Masuk hari keseminggu, kentang tu dah mula busuk dan berbau. Sampailah satu ketika, ketua kompeni datang la mengadap cikgu yang very da crazy itu. "Cikgu ni nak main apa. Kentang ni dah busuk dah cikgu. Berat plak tu."kata ketua kompeni itu.
"Yelah cikgu. Berat plak tu. Tak do pekdah langsung". sahut bebudak yang lain.
Cikgu tu senyum jerk. Sambil senyum ala-ala harimau (yang anggun dan lasak).
Wahai bebudak yang botak dan hitam (ujar cikgu itu kepada bebudak celoreng itu),kentang itu ibarat insan yang korang semua benci itulah. Lebih jelik, membenci sesama sendiri. Lagi ramai orang yang kamu benci, lagi beban hidup kamu. Ia akan memberati segala tindakan dan amalan kamu. Tu pasal tak boleh nak bersatu padu dan macam mana nak berjaya. Mula-mula memanglah korang rasa ok je bila benci orang lain ni. Tapi lama kelamaan ia akan membusukkan hati dan sanubari korang. Orang yang busuk hatinya jauh daripada rahmat Tuhan, dan bila dah tak dapat rahmat, maka segala pekerjaan kita akan menemui kebuntuan dan kegagalan. Oklah, siapa yang nak teruskan membebankan diri dengan kentang yang busuk itu boleh, dipersilakan. Kot dah tak larat nak tanggung benda busuk dan tak berfekdah tu, maka sindri makan pengat, sindri mau hengat la" kata cikgu itu lagi seraya beredar. Semua bebudak terdiam penuh keinsafan (insaf la kot). Kemudian secara spontan menghulurkan salam sesama sendiri. Terdengar kata-kata kemaafan sesama sendiri. Masing-masing menguntumkan senyuman yang ikhlas (ikhlas la kot) dari lubuk hati masing-masing. Tiada lagi kentang-kentang yang perlu disimpan sehingga busuk. Mereka akan pastikan ia akan sentiasa segar dan montok. Cikgu yang berlalu itu rupanya sedang mengendap bebudaknya dari dalam bilik. Lega rasa hatinya kerana anak-anak buahnya sudah bersatu kembali.




2 comments:

  1. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    nasib baik dia bagi kentang tau dia suruh jaga.... macam aku dia suruh jaga telur ayam... kena jaga amanah yang diberikan.... lagi susah ramai yang pecah.... kalau pecah dia akan tukarkan dengan buah kelapa

    ReplyDelete
  2. wah cantek kentang itu.. luv!!!

    ReplyDelete

TOLONG LA KLIK SAYA EK...TOLONG LAH