SILA KLIK INI

Saturday, June 19, 2010

EngLand Mesti Kalahkan Slovenia.....Demam!!! Demam!!

MATCHES & RESULTS
South Africa
1 vs Mexico
1
Match is over. Click here for details.

Uruguay
0 vs France
0
Match is over. Click here for details.

South Africa
0 vs Uruguay
3
Match is over. Click here for details.

France
0 vs Mexico
2
Match is over. Click here for details.

Mexico vs Uruguay
Match is schedule for 2010-06-22 16:00:00
France vs South Africa
Match is schedule for 2010-06-22 16:00:00
South Korea
2 vs Greece
0
Match is over. Click here for details.

Argentina
1 vs Nigeria
0
Match is over. Click here for details.

Argentina
4 vs South Korea
1
Match is over. Click here for details.

Greece
2 vs Nigeria
1
Match is over. Click here for details.

Nigeria vs South Korea
Match is schedule for 2010-06-22 20:30:00
Greece vs Argentina
Match is schedule for 2010-06-22 20:30:00
England
1 vs United States
1
Match is over. Click here for details.

Algeria
0 vs Slovenia
1
Match is over. Click here for details.

Slovenia
2 vs United States
2
Match is over. Click here for details.

England
0 vs Algeria
0
Match is over. Click here for details.

Slovenia vs England
Match is schedule for 2010-06-23 16:00:00
United States vs Algeria
Match is schedule for 2010-06-23 16:00:00
Serbia
0 vs Ghana
1
Match is over. Click here for details.

Germany
4 vs Australia
0
Match is over. Click here for details.

Germany
0 vs Serbia
1
Match is over. Click here for details.

Ghana
1 vs Australia
1
Match is over. Click here for details.

Ghana vs Germany
Match is schedule for 2010-06-23 20:30:00
Australia vs Serbia
Match is schedule for 2010-06-23 20:30:00
Netherlands
2 vs Denmark
0
Match is over. Click here for details.

Japan
1 vs Cameroon
0
Match is over. Click here for details.

Netherlands
1 vs Japan
0
Match is over. Click here for details.

Cameroon vs Denmark
Match is schedule for 2010-06-19 20:30:00
Denmark vs Japan
Match is schedule for 2010-06-24 20:30:00
Cameroon vs Netherlands
Match is schedule for 2010-06-24 20:30:00
Italy
1 vs Paraguay
1
Match is over. Click here for details.

New Zealand
1 vs Slovakia
1
Match is over. Click here for details.

Slovakia vs Paraguay
Match is schedule for 2010-06-20 13:30:00
Italy vs New Zealand
Match is schedule for 2010-06-20 16:00:00
Slovakia vs Italy
Match is schedule for 2010-06-24 16:00:00
Paraguay vs New Zealand
Match is schedule for 2010-06-24 16:00:00
Ivory Coast
0 vs Portugal
0
Match is over. Click here for details.

Brazil
2 vs North Korea
1
Match is over. Click here for details.

Brazil vs Ivory Coast
Match is schedule for 2010-06-20 20:30:00
Portugal vs North Korea
Match is schedule for 2010-06-21 13:30:00
Portugal vs Brazil
Match is schedule for 2010-06-25 16:00:00
North Korea vs Ivory Coast
Match is schedule for 2010-06-25 16:00:00
Honduras
0 vs Chile
1
Match is over. Click here for details.

Spain
0 vs Switzerland
1
Match is over. Click here for details.

Chile vs Switzerland
Match is schedule for 2010-06-21 16:00:00
Spain vs Honduras
Match is schedule for 2010-06-21 20:30:00
Chile vs Spain
Match is schedule for 2010-06-25 20:30:00
Switzerland vs Honduras
Match is schedule for 2010-06-25 20:30:00

SELAMAT DATANG KE KEM JIWA MURNI





Diam tak diam dah pun berlalu Kumpulan 2. Dan entry untuk kumpulan itu tak dapat Omma apungkan sekarang kerana bahan masih tak cukup. Nanti bila dah kena apung (baca upload) barulah vavavoom katanya. Apapun sebagai pembuka tirai untuk Kumpulan 3 ni Omma nak ucapkan selamat menjalani latihan buat anak-anak celoreng ek. Jangan geramji, tengoklah senior-senior anda. Semuanya hebat-hebat belaka. Omma bangga dengan anda. Semoga kalian ceria menempuhi sebuah pengalaman yang tiada taranya ini, yang tak dapat diceritakan melainkan anda sendiri menempuhnya...katakan ya untuk PLKN!!!

Friday, June 11, 2010

BERITA PLKN

120,000 pelatih PLKN tamat latihan


Abdul Hadi Awang Kechil bersama penerima Anugerah Pelatih Wira Terbaik, Mohamad Sharuzaidy Mohamad Saparudin dan warga PLKN menunjukkan simbol 1Malaysia di Temasya Rimba Templer, Rawang, semalam. – UTUSAN/ZAINI HUSIN


KUALA LUMPUR 10 Jun – Seramai 120,000 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hari ini menamatkan latihan di 77 buah kem di seluruh negara selepas mengikuti program itu selama tiga bulan.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil menyifatkan pelatih yang dipilih mengikuti program tersebut sebagai mereka yang bertuah.

‘‘Mereka dapat merasai pengalaman sebagai pelatih PLKN yang pesertanya berbilang kaum,’’ katanya ketika berucap pada majlis penutupan Kumpulan 2 Siri 7/2010 di Temasya Rimba Templer, Rawang dekat sini hari ini.

Katanya, beliau juga berasa bangga kerana PLKN dapat melahirkan warga pelatih yang akan menjadi aset kepada negara.

‘‘Daripada maklum balas yang diterima, tempoh tiga bulan sebenarnya tidak cukup bagi mereka namun kerajaan terpaksa mengehadkan tempoh latihan kerana beberapa faktor antaranya kekangan kewangan,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, JLKN akan terus menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bagi melaksanakan Program Khidmat Komuniti bersama Komuniti Bestari di seluruh negara serta Program Bersama 1Malaysia seperti yang telah dilaksanakan dalam siri kedua PLKN tahun ini.

‘‘Komuniti Bestari merupakan satu institusi yang tersusun dan ini memudahkan pelatih kami untuk mendekati masyarakat.

‘‘Oleh sebab itu, JLKN akan meneruskan program tersebut dan akan disemarakkan lagi pada PLKN yang akan datang,’’ katanya.

Selain itu, JLKN turut meneruskan usahasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia bagi menghindar masalah sosial yang kini semakin berleluasa.

Tuesday, June 8, 2010

LeTiH TaPi SeRoNok...!!!


Kumpulan 2 siri 7 2010 ni, dah pun sampai diambang tirai penutup. Tinggal beberapa hari lagi ucapan babai akan berkumandang di mana-mana. Sebelum pulang sudah tentulah semangat juang tidak ditup lagi. Ianya bersemarak dan terus membara. Macam kumpulan yang lepas-lepas juga, pertandingan akhir adalah kawat. Dan kali ini debaran kawat sangatlah dirasai kerana jatuh naiknya kedudukan kompeni masing-masing bergantung kepada keputusan kawat itu. Aduh! boleh gawat gini. Maka dengan itu, nampaknya semua anak celoreng tak renti-renti belatih. Masing-masing berhempas pulas. Yelah! an apple a day keep doctor beram away....practise make perfect gitu katanya. Dalam pada sibuk yang teramat-ramat ini pun Omma sempat gi motivasi Dr.Azizan Osman kan Shah Alam. Arini baru balik. Balik-balik terus kena serbu. Macam-macam kerja kena diselesaikan. Sekonyong-konyong itu, Omma dilantik pula jadi pengacara Majlis Penutup bersama Cikgu Yatts. Keles katanya. Jadi bayangkanlah betapa sibuknya kami. tapi tak mengapa, kepuasan bekerja itu tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Entah apalah yang seronok sangat kerja kat PLKN ni ek....entah..dan entah...tapi memang puas. Kena pulak dah jadi alumni Dr. Azizan plak ni...hidup mesti luar biasa katanya. Tengoklah...Bulan Jun ini adalah pemangkin terhadap keluarbiasaan omma....huhuhu...

Saturday, June 5, 2010

BERITA PLKN

20,000 DIBURU

Oleh Ravale Savarinathan
am@hmetro.com.my
2010/06/05

BIDOR: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan terus memburu lebih 20,000 peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang masih gagal serta enggan melaporkan diri menyertai program wajib yang diperkenalkan sejak 2004.

Pengarahnya, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata semua mereka tidak terlepas daripada menjalani program itu walaupun sudah selesai menjalani hukuman yang dikenakan.


“Semua peserta, sama ada yang memohon penangguhan ataupun mereka yang gagal menyertai program akan terus diburu dan notis panggilan akan dihantar biarpun mereka sudah selesai menyertai kerja-kerja kemasyarakatan selepas disabitkan kesalahan di mahkamah. “Mereka juga tidak boleh menganggap terlepas daripada menjalani latihan khidmat negara ini selepas selesai menjalani hukuman berkenaan bahkan mereka tetap dikerah menjalani program ini,” katanya pada satu sidang media selepas merasmikan program Wacana Ilmu Bersama Pelatih-Pelatih PLKN dengan kerjasama Yadim di PLKN Nilam Ehsan, dekat sini, semalam. Hadir sama Yang Dipertua Yadim, Datuk Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dan Rektor Kolej Darul Ridzuan, Ann Wan Seng serta pakar antropologi, Sheikh Ismail Hashim. Moderator wacana itu ialah Mejar Mohd Jihadi Ahmad yang juga Pegawai Agama Kem Kementah.


Katanya, pihaknya akan terus memanggil mereka selagi program itu wujud dan hukuman tetap dikenakan sekiranya mereka ini gagal melaporkan diri selepas diberi notis panggilan.


Abdul Hadi berkata, peserta tidak boleh memilih jalan mudah untuk menerima saja hukuman kerja-kerja kemasyarakatan bagi mengelak menyertai PLKN. Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi berkata, program PLKN tetap diteruskan dan tiada sebarang gambaran akan ditutup atau dimansuhkan.

Friday, June 4, 2010

BANJIR YANG AGAK SYAHDU.....


Hari ini sebahagian anak celoreng akan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing. Pulang yang entah bila akan ke alam celoreng lagi. Masing-masing akan membawa haluan sendiri. Masing-masing ada agenda yang perlu diteruskan. Dalam pada itu, ramai juga anak celoreng yang tumpah airmatanya. Ironinya, wira yang berwajah dasyat (macho) gila pun boleh terburai air mata. Muka saja ganas katanya, tapi di dalam; penuh kudus sekebun bunga. Tapi suasana memang sangat syahdu. Sudah semestinya di dalam hati pilu bertamu. Huhuhuhu!!!! katanya..Apapun, buat masa sekarang Omma sangat sibuk untuk menjengah lama di laman blog ini. Nanti-nanti kita kemaskini lagi ya.....

Tuesday, June 1, 2010

EX- WIRAJAYA, TERASA INDAH MEMORI TERCIPTA


(Sedap Sampai Terbeliak Mataku)

(Wirajaya Juga Ada Pertandingan Gigi Tercantek)
(Macam Nila Agaknya Orang Pelarian Tinggal Ek..???)

Esok bermulalah ekspedisi anak celoreng untuk meneroka hutan. Bersama-sama beriringan, dengan derap langkah yang senada. Berbekalkan ilmu-ilmu fizikal dan juga multiskill tersemat didada, diharapkan matlamat kita yang murni akan tercapai. Rasanya, segala keletihan dan kepenatan pasti terubat bila misi ini berjaya dilalui. Tanyalah alumni-alumni di luar sana, apa perasaan mereka setelah usai xwirajaya? Mungkin ada yang kecewa tak dapat menyertai... Kepada anak-anak celoreng, Selamat Menjalani ExWirajaya Dengan Jayanya..ada sesuatu yang hebat menanti anda ditengah rimba...asyik sekali!!!

TOLONG LA KLIK SAYA EK...TOLONG LAH