120,000 pelatih PLKN tamat latihan
|
|
KUALA LUMPUR 10 Jun – Seramai 120,000 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hari ini menamatkan latihan di 77 buah
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil menyifatkan pelatih yang dipilih mengikuti program tersebut sebagai mereka yang bertuah.
‘‘Mereka dapat merasai pengalaman sebagai pelatih PLKN yang pesertanya berbilang kaum,’’ katanya ketika berucap pada majlis penutupan Kumpulan 2 Siri 7/2010 di Temasya Rimba Templer, Rawang dekat sini hari ini.
Katanya, beliau juga berasa bangga kerana PLKN dapat melahirkan warga pelatih yang akan menjadi aset kepada negara.
‘‘Daripada maklum balas yang diterima, tempoh tiga bulan sebenarnya tidak cukup bagi mereka namun kerajaan terpaksa mengehadkan tempoh latihan kerana beberapa faktor antaranya kekangan kewangan,” ujarnya.
Dalam pada itu katanya, JLKN akan terus menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bagi melaksanakan Program Khidmat Komuniti bersama Komuniti Bestari di seluruh negara serta Program Bersama 1Malaysia seperti yang telah dilaksanakan dalam siri kedua PLKN tahun ini.
‘‘Komuniti Bestari merupakan satu institusi yang tersusun dan ini memudahkan pelatih kami untuk mendekati masyarakat.
‘‘Oleh sebab itu, JLKN akan meneruskan program tersebut dan akan disemarakkan lagi pada PLKN yang akan datang,’’ katanya.
Selain itu, JLKN turut meneruskan usahasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia bagi menghindar masalah sosial yang kini semakin berleluasa.
No comments:
Post a Comment