SILA KLIK INI

Saturday, June 26, 2010

Bak Kata Pepatah...Langit Tak Selalu Cerah.....

Kena rogol lainlah cerita.....ini rela!!!!

Hmm.....sebelum ni baca kisah dalam surat khabar. Anak bayi dibuang merata-rata. Dalam pasu bunga, bawah pokok, kat tong sampah dan di tempat-tempat menarik yang lain (matilah si pembuang bayi ittew). Kesnya pulak macam-macam, terberanak dalam jamban, turun darah dekat bilik mandi, terdengar bayi menguek depan surau dan pelbagai situasi lagi. Omma sangat-sangat meluat dan rimas. Anda semua pun pasti rimas jugak kan? Macam lalat yang menghurung muka (lalat di kem memang banyak). Kita tepis kanan, dia terbang kat kiri, kita libas sini, dia muncul sana. Pendek kata memang cukup menguji kesabaran. Bila kes terberanak ini saban hari terbentang di dada akhbar, ia macam satu musim pula. Mula-mula ia memang sensasi, tapi lama-lama orang jadi jemu juga (meluat teramat-amat). Macam musim durian, awal-awal musim, buah durian diminati orang sana-sini. Semua dok pakat mengidam. Masa itu harga durian cukup komersil, melambung-lambung macam buah berpangsa emas. Tapi bila lama-lama dok mengadap durian, kena pula sana-sini dah dok pakat jual durian, kena pulak semua orang ada pokok dan buahnya menjadi, maka harganya semakin jatuh. Kekomersilannya jadi menurun. Daripada ianya sensasi, sampailah orang naik muak makan durian itu. Ada pula yang sebut durian pun dah mahu terbelahak. Demikianlah juga dengan berita buang anak, atau terberanak tanpa bapak ini. Dulu orang sangat terkejut dan bagi respond tak mau-mau, sekarang ianya dah macam jadi satu lumrah.

Tapi malangnya, kenapa ianya berlaku di tempat yang sungguh strategik sekali. Ditempat yang dipanggil Jiwa Murni. Aduhai! memanglah tak perlu kita rasa malu, atau pun rasa berbulu. Kerana ianya berlaku di luar dugaan. Tetapi bak kata pepatah, kalau rumah didatangi bangkai, kot tak terkena kebangkaiannya pun, busuknya pasti terkena juga. Maka segala rekod-rekod murni yang dimiliki Jiwa Murni terpadam serta merta. Apapun, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Berita pun dah keluar di akhbar. Nasi sudah menjadi bubur. Apa pun, jurulatih semua sudah bertungkus lumus melakukan yang terbaik. Tindakan pantas mereka serta kepekaan yang cukup cakna telah menghalang daripada perkara yang lenih buruk berlaku. Tindakan mereka memang patut dipuji. Ironinya, kes itu berlaku sewaktu Omma bertugas. Maka bersengkang mata dari pagi ke pagi balik lah. Hah! terbeliaklah mata. Dan semua jurulatih yang bertugas pun, mata dah macam biji saga. Dan lebih canggih lagi adalah, si ibu yang mengaku gugur itu dok bersahaja je. Macam tak ada apa berlaku. Itulah betapa pengasihnya dia........seorang ibu muda yang sudah tidak mempunyai deria!!!


Alangkah bertuahnya anak orang utan ini beribukan orang utan...tidak seperti anak orang yang beribukan setan!!!













No comments:

Post a Comment

TOLONG LA KLIK SAYA EK...TOLONG LAH