SILA KLIK INI

Saturday, June 26, 2010

BERITA PLKN

Pelatih tidak isytihar mengandung

IPOH 25 Jun - Pelatih di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Jiwa Murni, Gunung Semanggol dekat sini yang dilaporkan bersalin kelmarin tidak membuat pengisytiharan memaklumkan bahawa dirinya mengandung.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pelatih berketurunan Orang Asli berusia 18 tahun itu tidak menyatakan perkara tersebut dalam borang pengisytiharan kesihatan yang disertakan bersama Nota Panggilan Pelatih (NTP).

Malah katanya, ketika mendaftarkan diri pada 20 Jun lalu untuk menjalankan pemeriksaan wajib ke atas dirinya oleh pegawai perubatan dilantik, pelatih terbabit juga tidak mengaku hamil.

"Dalam borang pengisytiharan kesihatan, setiap pelatih perlu mengesahkan 30 perkara yang disenaraikan termasuk mengandung. Tetapi pelatih ini tidak mengesahkan bahawa dia mengandung.

"Malah semasa menjalani prosedur perubatan wajib dan ditanya tarikh akhir datang bulan, pelatih terbabit menyatakan tarikh akhir dia datang bulan adalah pada 17 Jun," katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan mengenai seorang pelatih di Kem PLKN Jiwa Murni, Gunung Semanggol yang melahirkan bayi di dalam tandas pada pukul 12 tengah hari, Selasa lalu iaitu dua hari selepas melaporkan diri menjalani latihan di kem tersebut.

Maklumat bahawa bayi itu meninggal dunia katanya, hanya diketahui apabila seorang jurulatih menjumpai mayat seorang bayi lelaki di dalam baldi yang disorokkan di dalam lokar pelatih berkenaan.

"Dia mengalami tumpah darah keesokannya dan jurulatih telah membawanya ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan. Ketika ini pihak PLKN langsung tidak tahu dia melahirkan bayi kerana dia mengatakan keguguran.

"Apabila jurulatih terbabit kembali ke kem untuk mengambil pakaiannya, barulah hal sebenar diketahui. Pelatih ini menyembunyikan bayi yang dilahirkannya di dalam lokar," katanya.

3 comments:

  1. scary..mzti takut gler bdk2 dorm drg kan..

    ReplyDelete
  2. Huhu..nasib baik ati kering semuanyer..

    ReplyDelete
  3. salam semua pembaca, saya berasa sangat kecewa bila baca dan mengetahui perkara nie...apa sudah jadi nie ...dah musim ka sekarang nie buang baby...ingat tu patung ka atau sampah...bertaubat la..

    ReplyDelete

TOLONG LA KLIK SAYA EK...TOLONG LAH