"SeLanGkah Ke Alam CeLoRenG" Sebuah blog khas didedikasikan untuk tatapan para pelatih PLKN, yang mungkin rindukan memori sewaktu menjalani latihan, tips-tips untuk graduate PLKN, serta Alumni PLKN, tidak kira di mana kalian berada.....sekali melangkah selamanya bersama......
Bila belek surat khabar je mesti kita akan terbaca cerita ceriti tentang masalah moral remaja. Kadang-kadang baca berita runtuhnya moral ini rasa macam nak tergelak pulak Omma, sebab ianya macam dah jadi barah yang cukup melawakkan. Baca saja tajuknya yang begitu sensasi, ‘anak toreh bapa’, ‘pelajar tumbuk cikgu’, ‘mat rempit hilang kaki’, ‘budak lelaki main rogol-rogol’, ‘teman lelaki wanita cabul anak’, dan entah macam-macam lagi kisahnya. Itu anak budak, yang dah tua bangka yang patut jadi contoh pula lagilah teruk. Soal itu Omma malas nak komen. Mastika punya tulisan lagi mantop daripada Omel Omma nih. Biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya!!!
Bila bicara tentang remaja yang baru nak naik menjadi dewasa ini, itu memang satu isu yang sangat rapat dengan Omma selaku orang yang sentiasa berdampingan dengan anak celoreng. Bayangkan, hanya tiga bulan , walaupun tempohnya sangat singkat, namun kesensasiannya cukup menghangatkan. Seolah-olah masuk kem saja terus budak itu termengandung, masuk kem saja terus budak itu berpeleseran, masuk kem saja terus budak mati, dan masuk kem saja macam-macam akan berlaku pada budak itu. Kot tak masuk kem mesti kes itu tak akan terjadi! Maka kem celoreng ini tidak perlu sama sekali kewujudannya...sungguh dangkal pemikiran dan alasan ini. Sepatutnya sudah terhantuk maka kita perlu mengadah, ini tidak, dan terhantuk makin ambil kayu beluti dan ketuk kepala yang dungu itu lagi. Dan siapa yang mahu bantu pula yang akan dipersalahkan. Ada ke patut begitu. Tengok satu kes yang berlaku di kem di Negeri Sabah baru-baru ini. Seorang anak celoreng nya telah terberanak di subuh nan hening. Nasib baiklah ada kawan-kawannya yang berani tergerak hati untuk melihatgerangan suara apakah yang menguek pagi-pagi buta tatkala semua orang sedang nyenyak tidur. Dan bayi tanpa ayah yang halal itu berjaya diselamatkan termasuk emaknya sekali. Dan ironinya, kem tersebut pula yang dipersalahkan. Habis tempias busuk meresapi kem itu macam ianya sebuah sarang pelacuran. Masyarakat mula menuding jari dan muncungkan mulut. Sedangkan, alangkah kem itu macam kena naya (baca aniaya). Bayangkan saja, kes memalukan sedemikian itu telah terpongkah dalam kem yang sepatutnya menjadi medan tempat anak-anak celoreng memantapkan diri. Tetapi persoalannya salah kem itukah? Sedangkan episod remaja perempuan melahirkan anak luar nikah ini sekarang sudah jadi satu trend di bumi bertuah ini. Saban hari ada saja berita semacam itu keluar tv dan akhbar. Buang anak kat surau, okay lagi. Buang bayi kat tong sampah, maka jadi habuan anjinglah budak itu. Kadang kala tinggal perut terburai saja, sedang kaki tangan baby sudah putus digonggong anjing. Kadangkala budak bayi itu dihurung semut macam bangkai biawak tepi jalan. Dan sungguh malang nasib si bayi itu.
Kesian ke rasa biasa-biasa je…atau takot baby ni jadi hantu???
Bukankah nasib baik bayi yang lahir di kem celoreng itu dapat diketahui ibunya serta selamat nyawanya. Jika tidak entah apa jadi pada kedua jiwa itu. Entah bernyawa entahkan tidak. Tapi pelik bila masyarakat membuat kesimpulan bahawa kem celoreng pula yang patut dan sepatutnya dipersalahkan. Ayoyo! Sudahlah budak itu kita sambutnya dan tatangnya bagai bidadari yang turun dari langit. Kot boleh berak kencing pun kita tolong basuh, punyalah takut nanti orang cakap kita tak jaga anak orang. Tapi tup! tup! Bila jadi kes macam ini, kem pula yang jadi pesalah. Amboi! Amboi! Amboi.... betapa bila kes itu berlaku, maka segala wartawannya pun berduyun-duyunlah membuat laporan. Dan bila sebut saja ianya berita dari kem celoreng, Wah! Maka kisah ini cukup sensasi macam artis kahwin dengan ahli parlimen. Semua jurulatih pula yang tertunduk malu. Kasihan sangat. Mereka tak tahu, bila kes berlaku betapa jurulatihlah orangnya yang bertungkus lumus, kadangkala berjegih(bersengkang) bijik mata tak tidur semalaman untuk mengawal keadaan. Dan bukan untuk apabila ada kes saja, setiap masa pun, jurulatihlah tonggak yang sentiasa setia bersama anak celoreng walau apa juga berlaku. Jadi untuk apa rasa malu dan rasa tercemar. Sedangkan kalian sudah sedaya upaya melaksanakan tugas dengan baik dan sempurna, bukan? Letih aktiviti tak hilang, bila berlaku kes, kita pula yang dihadapkan ke sana sini. Dan dalam waktu yang sama perlu juga menteteramkan anak celoreng yang lain agar suasana tak jadi kelam kabut. Kerana kita tahu, tanpa anak celoreng, siapalah kami. Malah anak celoreng dijaga lebih jaga anak sendiri katanya. Pihak lain, macam patung cendana itu. Dah la patung, serba serbi tak tahu, ada tahu tuding jari menyalahkan orang lain. Dah budak mengandung pun tak reti-retilah medik nak periksa. Dah ada sakit-sakit pun tak paham-paham lagi nak buat apa. Takkanlah jurulatih pula nak chek anak-anak luar dalam. Itu sangatlah multiskill namanya. Kadangkala mak bapak dah tau anak diorang bawa cucu (walau anak tak nikah lagi), pun masih kunci mulut dan benarkan anak mereka sertai kem celoreng. Ingat dapat pampasan ke hape..memang taik kucing punya jenis mak bapak. Dan ironinya, mau salahkan jurulatih lagi….Omma memang cukup tak faham sangat akan perangai yang macam ini. Itu baru satu kes bunting, dan terberanak dalam kem celoreng. Yang pecah tembelang oleh media yang suka sangat berita sensasi macam itu. Apapun, wahai anak-anak celoreng, terutama wirawati sekalian. Peliharailah kesucian diri. Ingat! Orang laki tak boleh mengandung. Kalian projek dengan lelaki tanpa nikah memang rasa sedap (…sedap la sangat!!) Tapi nanti bila dah bunting lelaki itu akan pergi dan perut yang makin membusung itu kalian jugalah yang kena tanggung. Ingat! Malu mak abah. Malu adik beradik dek kerana sedap yang cukup memeluatkan Omma itu. Dan ingat, bila perut dah boyot (buncit), korang tapau bawak masuk pula ke kem. Dah pula memalukan seluruh alam celoreng. Walaupun kami ini seumpama tuan rumah, yang menghiaskan bilik tidur anda dengan keindahan dan wangi-wangian yang semerbak. Tiba-tiba kalian masuk dan terus kencing berak. Bau mualnya menusuk ke hidung masyarakat. Dan dari rumah siapa bau itu datang. Nak tak ndak, kebobrokan akhlak yang kalian bawa itu, terpaksa kami tanggung bersama. Tak pasal-pasal. Lantas, bukankah itu aniaya namanya???
cikgu!!dgr crite adik pelatih beranak kat kjm..btol ke?
ReplyDeleteHuhuhu...tanya cigu mamud....
ReplyDeleteSepatutnya budak2 ni dah insaf bila masuk ke kem. Ni tak, makin suka melakukan perbuatan yg jahat. wat malu mak ayah je.
ReplyDelete