SILA KLIK INI

Saturday, June 26, 2010

BERITA PLKN

PELATIH TERBERANAK DI KEM JIWA MURNI

IPOH 24 Jun - Belum reda kes seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Sabah melahirkan seorang bayi awal bulan lalu, seorang lagi pelatih melahirkan bayi di Kem PLKN Jiwa Murni, Gunung Semanggol dekat sini.

Pelatih terbabit dipercayai berketurunan Orang Asli dikatakan melahirkan bayinya di Hospital Taiping petang semalam.

Sebelum itu, pelatih terbabit dipercayai mengalami tumpah darah dan dibawa ke hospital oleh pihak pentadbiran kem untuk pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan, pelatih perempuan itu disahkan hamil namun bayi dilahirkan telah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi hari ini mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kes itu malam tadi.

Menurutnya, laporan tersebut dibuat oleh kakitangan kem terbabit yang menyatakan menjumpai seorang bayi yang baru dilahirkan.

Mat Fauzi bagaimanapun enggan memberikan butiran lanjut mengenai kes tersebut.

"Saya hanya boleh mengesahkan polis ada menerima laporan mengenai kes ini dan laporan dibuat malam tadi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

No comments:

Post a Comment

TOLONG LA KLIK SAYA EK...TOLONG LAH