SILA KLIK INI

Saturday, June 19, 2010

SeLaMaT HarI BaPa......




Terkenang akan bapa yang sudah lama pergi. Tahun 1990. Sekarang sudah Tahun 2010. Dah 20 tahun berlalu. Itu satu tempoh yang agak lama. Tapi sangat pantas berlalu. Dalam pada waktu tiada berbapa masa kecik-kecik dulu , masih lagi Omma dapat menitip beberapa kenangan indah bersama bapa. Tapi masa itu Omma kecik lagi. Apalah yang dapat dikenang sangat. Memori yang ada pun, ingat-ingat lupa. Tanpa bapa, Omma telah merasa hidup di Asrama Anak Yatim.






Di sana ramai lagi orang yang senasib dengan Omma. Namun ada yang lebih bernasib kurang, bapa tak ada, emak pun dah pergi. Itu sangat sedih. Dan bapa Omma, seorang yang tenang, yang selalu berdamping dengan anak-anak. Cuma bapa kerjanya mendamba komitmennya lebih di luar. Sukar untuk bermanja lebih. Lagipun masa itu, keluarga Omma bukan senang sangat. Jadi untuk cari pendapatan lebih, bapa perlu bekorban membanting tulang sampai santak malam. Apapun, bapa adalah yang terbaik. Buat semua bapa di dunia ini, pengobananmu sangat disanjung tinggi. Buat anak-anak sekalian, kasihilah bapa anda, selagi beliau masih bernafas. Ingatlah, kasih bapa tiada tandingannya.....

No comments:

Post a Comment

TOLONG LA KLIK SAYA EK...TOLONG LAH