SILA KLIK INI

Monday, December 5, 2011

DAH MERDEKA DAH.....!!!!

Rasmi- Ketua Jurulatih Keseluruhan Memotong kek tanda Perasmian Penutup Peringkat Kala Wija. Makasih Pak long

Gunung Semanggol-1 Nov 2011, Genaplah tikanya untuk bebudak Kumpulan 3 Siri 8 2011 ni nak membelahkan diri. Rata-rata cigu kompeni (yang lain) tak mau buat majlis penutup untuk anak-anak kompeni masing-masing kerana masa yang begitu membatasi. Lagi pulak perangai...ya ampun..!!!
Mungkin untuk Kala Wija Ketua Jurulatihnya begitu peka hingga tega menyediakan waktu yang walaupun masing-masing sedang tercungap (keletihan) tetap meluangkan masa untuk mengukirkan kenangan terakhir buat anak-anak celoreng ittew.

Boleh dikatakan agak kemas dan tersusun juga acaranya. Malangnya kok ramai pulak yang macam tak mau diraikan, belum habis acaranya ramai pula anak celoreng yang pulang ke dorm. Sedey ke..?!!! Sendiri makan pengat sindri jugaklah mau ingat..yang gatai nak buat kat orang yang tak pandai menghargai itu kenapa sih...?!
Sesungguhnya bukan ia untuk meraikan sianak celoreng yang agak kurang sopannya itu, tapi khas untuk anak-anak yang tetap gigih bersama sehati sejiwa bersama Kala Wija seterusnya berpayung dibawah Jiwa Murni, selama-lamanya. Pasni ntah bila pulak nak jumpa lagi. Didasari atas rasa itu, maka tetap jugaklah kami menyantuni, walaupun langsung tak dihargai.... Itu diatas adalah Cigu Baidah, suara persis Siti Nurhaliza u..keles sangat!!!
Wirawati Kala Wija, akan jadi sejarah untuk Omma jadikan contoh terbaik kerana kegigihan diorang. Sebelum ini pun wirawati yang bersama dibawah Omma pun baik juga. Tapi kali ini kegigihan serta keazaman mereka cukup kental dan jitu. Itu diatas adalah Master Hassan yang selalu kejotkan anak jantan Kala Wija solat!
Sempat lah diorang dedikasikan sebuah persembahan. Wira? Ayoyo..harap korang kat luar nanti akan jadi de best la. Janganlah amalkan karakter yang tak baguih na (yang macam korang buat kat kem, bukan semua u), kita jugak yang ketinggalan. Sikit masa lagi hangpa akan kawen, anak-anak perlukan bapak yang matap u...

Tahniah kepada Kala Wija, dapat tempat kedua. Teringat Starburst 3/2010 yang cukup manis kenangannya. Ingat walau dimana bumi kita pijak, disitulah langit kita junjung. Tak perlu nak cakap banyak. Kita pandai jaga diri, maka KEJAYAAN akan jadi pasti..mmuah untuk kalian... itu diatas adalah Cigu Khasturi yang sangat mantap walaupun masih hijau..Tahniah cigu, u are the best..!!

Monday, October 17, 2011

TEMA 'KERIS' JADI PILIHAN....

MaCaM-mAcAM kEM jIWA MuRNI ni ek..
Pepon Omma nak story mory sikit tentang tema kem pada musim Kumpulan 3 Siri 8/2011 nih. Kem komandan telah menyetujui untuk memilih tema keris sebagai tema kompeni. Tak dela bosan sangat asyik bertitlekan nama yang sama jer yetak?! Lagi pun, kot tukar tema setiap kumpulan ni, bleh menjadikan ingatan lebih kekal dan segar. Sebut je kompeni apa, dah terus ingat apa benda yang dah berlaku pada waktu ittew.

Kompeni A namanya Taming Sari. Tu dia merah menyala katanya.

Kompeni B, bernama Kala Wija...itulah kompeni yang Omma duduk dan jaga...huhu
Kala Wija adalah sejenis keris pahlawan yang digunakan sejak dari zaman kesultanan Melayu Purba lagi. Sapa yang pandai bersilat bolehlah guna keris nih. Jangan lupa dok perasap dan mandikan dengan limau oren.

Bebudak celoreng Kala Wija ? Setakat ni memang diorang bersemangat sangat. Memang best..yang penting sekali, tak der gaduh-gaduh taw.Kompeni C yang bewarna kuning itu. Namanya Gading Emas. Itu adalah sejenis keris yang diperbuat daripada gading yang bersepuh emas. Meletup katanya. Harap semangat diorang pon macam tu jugak. Bukannyer lemau jerr.Ada satu lagi kompeni iaiatu Kompeni D. Kot dulu-dulu dipanggil Delta jer. Tapi sempena nama keris ni kita namakan mereka sebagai Malela. nama macam manja jer, tapi keris ini sangat power dan sangat digemari oleh pahlawan melayu. Takkan orang Jepon nak pakai keris plak yetak. Huhu...

Sekian dulu untuk entry Omma kali ni. Banyak lagi kerja yang nak dibuat. dapat menjenguk kejap ni pon dah kire untung...huhuh

Sunday, October 2, 2011

KAMI ANAK 1 MALAYSIA....

Alangkah mengantuknya mata ini kerana tak tidur satu malam. Tapi tak apalah, sebab nak meraikan keterujaan anak-anak celoreng bertemu dengan Menteri Pertahanan Dato' Seri Dr Zahid Hamidi.















Sekalung tahniah kepada anak anak celoreng yang ikut ke Hutan Melintang ari tu. Bukan je kami senang hati, malah kem lain juga turut memuji betapa tertibnya diorang ikut arahan. Demikianlah kot kita tarbiah secara berhemah, maka hasilnya memang cukup bertuah. Tak mengada-ngada atau tak pulak terlalu skema katanya.











Waktu acara tu berlangsung memang panas terik. Tapi anak anak kami tak de sorang pun yang berpecah dari pasukan yang dok gedik nak beli belah air kat gerai yang ada bekeliling. Jadi semua urusan mudah dijalankan. Mereka memang berdisiplin dan yang penting kami tak perlu nak bertegang urat segala. Biasalah bro, ringan sama dijinjing, jadi jangan dok menganjeng...huhu














Sempat la kitaorang post kat Teluk Intan... Akhir kata tahniah anak-anak celoreng sekalian. Termasuk la kepada semua yang Omma jumpa kat majlis tempohari. Sungguh hangat sambutan yang diberi. Ternyata anak-anak celoreng sekalian begitu membanggakan. Bravo!!!!

Thursday, August 18, 2011

KLIP KLIP "SENYUM" BLACK HAWK...







Tak sabar rasa nak tengok hasil projek coral video Omma yang pertama nih. Baru blaja coral. Jadi banyak sangatlah kelemahannya. Dengan bantuan juruletih bernama Hafiz itu, maka dapat jugaklah Omma kenal-kenal dengan coral yang kot dia yang bikin kelihatannya asyik sekali.

Wednesday, August 10, 2011

RAMADHAN BERBAKI 20 HARI LAGI....



Tentulah beruntung bagi mereka-mereka yang sedang meniti kenikmatan ibadah di bulan yang sedang luas menggamit dambaan rindu hati-hati kerdil yang mengharapkan redha dan maghfirahnya ini.

Omma pulak berniaga ikan bakar dan juga juadah tahun ni. Tak taulah ibadahnya bagaimana pula. Harap dapatlah merasa sisa isi yang berbaki, jangan hanya sekadar kelompang dan cengkerang saja, dapat lapar dan dahaga semata.

Terkadang, ada detik terluang sambil keringat tenaga mengalir di pipi, barulah terasa akan syukurnya betapa nikmat kelapangan yang Allah Taala bagi selama hari ni. Pun macam tak ada masa nak bertafakur berzikir ingat Allah barang seketika. Entah apa sibuknya.




Kali ini, terasa pula rindunya. Beginilah keadaan para peniaga bazar Ramadhan yang saban tahun berniaga mencari sesuap rezeki kan.? Dalam susah payah mengharapkan gerai dikunjungi, jualan jadi pilihan hati, ada juga yang jualannya tidak menjadi. Dok menanti-nanti pelanggan berkunjung. Kadang kala pelanggan sekadar menjeling, lantas berlalu pergi. Hiba hati ni.

Omma berjual sekadar mahu ambil pengalaman saja. Bagaimanakah gerangan halnya dengan pakcik makcik yang sesungguhnya itu sajalah harapan untuk anak-anak. Mungkin itulah duitnya nanti untuk membeli sepasang persalinan anak-anak, atau beli juadah untuk para tamu yang bertandang, agar sama-sama dapat menikmati kemeriahan Syawal.

Minda Omma berlegar-legar sendirian. Makcik nasi kerabu di hadapan sudah menggulung tikarnya. Tiap hari berbungkus nasinya tak habis. Ada anak-anak kecil disisinya merenung syahdu menghitung langkah-langkah pengunjung yang sekadar menjenguk dari kejauhan.

Pakcik satay pun mengeluh, katanya, rakyat tengah tak berduit. nak makan pun kena berjimat sangat. Kadang, datang bazar ni sekadar nak beli sebungkus air. Bukan nak berbelanja sangat pun. Betul kata pakcik itu, memanglah beli juadah banyak melambak akan buatkan pembaziran, tapi kulihat, rata-rata pengunjung memang tak beli apa pun, terutama pelajar sekolah agama yang berhampiran. Semuanya seakan ikat perut. Kesian rakyat...sapa suruh korang tak kaya raya. Hakikatnya, kita saling perlu memerlukan. Lihatlah ikan bakar yang terlantar sepi itu. Kasihan Omma, Emma, dan Sally. Dah nasib kita tahun ini agaknya.

Demikianlah, harap Omma tak rugi untuk Ramadhan yang sikit saja berbaki ni. Biar rugi jual ikan, jangan rugi Ramadhan. Ayuh sama-sama kita imarahkan....!!!!

Tuesday, July 19, 2011

MEMANG MEREKA SUNGGUH MENGGAGUMKAN...KAN?!!




Nak buat macam mana kan. Maka untuk kali ni, telah terang lagi bersuluhlah kompeni yang Omma berteduh di bawahnya yang bernama Kompeni Black Hawk itu menduduki tahta tercorot. Tak pernah dapat lagi kan...maka sekarang merasalah status itu. Huhuhu...

Tapi memang cukup aneh sangat semangat anak anak celoreng ni. Walau pun selalu je tak da rezeki ( baca kalah), tapi diorang tak pernah mengeluh dengan semangat yang cuka. Tak macam keropok yang bila masuk angin tu jadi lemau. Waktu Karnival Sukan tempohari, dengan semangat juang yang tinggi, diorang sedaya upaya membuktikan kesungguhan diorang sekalian. Maka dapatlah juga mendominasi semua acara suka itu. Puas hati, dan kami masing-masing bergembira dengan suasana yang harmoni ini.



Apapun, tradisi kompeni yang disukai oleh sekalian kompeni juga masih memayungi kompeni yang bertemakan colour biru nih. Pernah suatu ketika (masa event game berlangsung) dua lagi bendera kompeni kuning dan hijau turut sama berkibar megah digelanggang kompeni Black Hawk. Terima kasih Chinouk dan Denel. Sokongan anda menggambarkan kita semua adalah bersaudara, kita satu Jiwa Murni.



Selayaknya begitulah, apa guna kita menang dan menang, tapi dari sudut perhubungan kita tewas. Jika menang dan menyombong diri, apatah lagi kemenangan yang tidak tulen, maka bagaimanakah gerangan halnya. Omma selalu memberi kata kata perangsang kepada anak-anak celoreng, tetapi bukan pengambil nilai diorang dengan mencetuskan idea dan mengongokong minda mereka dengan desakan.

Apapun, seribu tahniah buat semua kaum kerabat anak anak celoreng. Semoga kita akan berpisah di mata saja, tapi tidak di hati kalian semua..... sayonara...chan.

Saturday, July 16, 2011

KAUNSELING PENAWAR HATI YANG BERKESAN....

Nak apungkan gambar memang la menguji kesabaran amat. Tapi nak wat camno, da lama tak update entry, jadi kenalah naikkan jugak peristiwa hari ini dalam sejarah katanya.

Inilah dia sekalian juruletih yang menyertai kursus lanjutan kaunseling yang cukup bergaya, bermutu dan penuh dengan keunggulan. Yang paling mantap penyampai kursus itu sudah tentulah Dr. Aziz Yatim yang memang ada keles katanya. Banyak pengalaman beliau yang dicurah. Bahasanya bersahaja dan mudah pula difahami. Memang laras bahasanya adalah untuk obat-obatan hati. Ia cukup mengagumkan. Kalau anda semua ada masalah, silakan aju. Memang akan dapat satu obat katanya.

Kot sebelum ni, muka-muka yang kusam itu perlu diserikan, maka sekarang ini, hati yang kurang peka pula perlu disendikan dengan nilai kemanusian yang tinggi. Bukannya dok meghampuih tak mau mau. Orang utara cakap toksah dok wat bebai. Nak nasehat anak celoreng dan anak remaha, termasuk yang tua bangka, perlukan seni interaksi juga. Bukan main terjah aje, atau cuba berpura-pura. Sesungguhnya kepalsuan yang tertutup itu pasti akan terkantoi juga. Tapi jika bantuan itu datang dari hati, InsyaAllah, pasti ada hasilnya suatu masa nanti.

Terima kasih kepada pensyarah-pensyarah sekalia. Moga ilmu kalian ada berkahnya. Dr Aziz, Dr Takiyudin, Dr Nozeck dan crew kursus. Domo arigato....


Korang semua juruletih, toksah la pulak membakul sampahkan ilmu yang disejat itu. Biar ia menyerlah hingga anak celoreng riang bertemu dengan kita. Biar mereka membawa sepotong cahaya bila keluar dari alam celoreng nanti. Satu ketika yang, pasti diri kita akan dikenang kembali dalam benak mereka. Bukan itu harapan, tapi biasanya begitulah.....itulah pun kemanisan yang lazat rasanya.!

TOLONG LA KLIK SAYA EK...TOLONG LAH