"SeLanGkah Ke Alam CeLoRenG" Sebuah blog khas didedikasikan untuk tatapan para pelatih PLKN, yang mungkin rindukan memori sewaktu menjalani latihan, tips-tips untuk graduate PLKN, serta Alumni PLKN, tidak kira di mana kalian berada.....sekali melangkah selamanya bersama......
SILA KLIK INI
Monday, April 26, 2010
Hari Ini Dalam Sejarah
Pengikut Pertama...Hehehe...Nak Blajar Membuat Blog Yang Menawan Daripada Anak Murid...
Friday, April 23, 2010
Wah hangatnya panas membahang, sehangat semangat pasukan Starburst (sejenis nama kompeni)yang akan menentang Oerlikon (sejenis nama kompeni) dalam perlawanan bola tampar. Tinggal lagi dua hari kehangatan itu akan ditentukan. Adakah satu pasukan akan mengalami kekejangan badan akibat dingin kaku kakiku tak bermaya. Atau semangat kesukanan tetap membara. Apapun kedua-dua pasukan memang sama-sama handal. Ironinya, waktu pengundian kedua-dua pasukan ini tak bertemu. Dan ironinya juga, kedua-dua pasukan wira dan wirawatinya terus gah menempa peluang ke akhir. Dan amat memilukan apabila Astros menyapu habis tempat ketiga untuk wira dan wirawatinya. Kelu lidah Howitzer tak terkata. Pasti umpama trauma yang amat mendukacitakan sekali. Apapun, perjalanan masih jauh lagi, banyak lagi pertandingan yang bakal berlangsung. Maka ayuh kita suburkan semangat perlawanan secara sihat, dan semoga semangat yang murni ini dapat diterap sampai keluar sana. Majulah Sukan Untuk Negara.
Thursday, April 22, 2010
Nak menulis di layar internet, itu sangat terbatas masanya. Tapi, inilah medium terbaik untuk Omma mencanai minda supaya tak sebu disumbat lesu. Atau berotak beku, macam ikan dan daging dalam freezer peti ais. Hambatan masa satu hal, server down pun satu faktor juga. Kadang-kadang geramji juga rasanya, tengah dok kusyuk mencoret cetusan, dan dan tu jugaklah server hilang layangan. Dah namanya dalam hutan, maka liputan pun sangat sadis sekali...apa pun mulai hari ini Omma akan giatkan lagi Blog Omel Oma ini, dan semoga ia menjadi modus operandi Omma untuk menjadi penulis yang masyhur satu ketika nanti. Ingat bukan masyhur dengan nilai yang muarah, macam satu blog yang menghina Almarhum Sultan Johor tu dulu. Hmm...penulisan yang mengejikan harap tak merebak dalam Omel Omma......
Kumpulan 2 Yang Singkat....

Terasa cepat masa berlalu, umpama bayu yang singgah menyapa muka. Lembut membelai, tapi untuk seketika cuma. Oma turut rasa sesak. Jadual harian padat seperti biasa. Ditambah pulak dengan cuaca petang yang selalu bercinta dengan hujan, tengahari bahang mentari laksana lahar membakar kulit. Perit sangat. Budak-budak kadangkala bingung, basuh baju, tak sempat angkat sudah basah lagi. Cuaca yang panas sejuk tak menentu menjemput sakit tekak, batuk, dan demam. Ada yang masih suam-suam kuku mau demam terus saja Oma rujukkan ke medik. Kadang-kadang bebudak ni malas ambil ubat. Tapi Oma sendiri dah kena hinggap si Encik Batuk. Maka berkokoklah tak mau-mau. Kelas Pembinaan Karakter baru saja tamat hari ini. Dan sangat meriah penutup CB yang kelas Oma persembahkan. Kelas Bofi memang mantap. Namun perpisahan keluarga Bofi (nama sejenis kelas) yang menjemput, membuatkan hati sedikit syahdu. Itu baru berpisah dengan modul, belum lagi nak balik kampung buat selamanya. Itu yang selalu Oma pesankan pada mereka, kalian datang terpaksa rela, nak balik (last day)nanti kena paksa juga. Apatah lagi waktu bersama yang sesingkat ini. Namun yang singkat inilah sangat bererti. Di sini bukanlah bertahun bagai di sekolah, tapi kesannya cukup bertahta dihati. Impaknya bagai tsunami meredah daratan.
Saban kumpulan, demikianlah Oma. Rasa syahdu ditinggalkan, namun apakan daya, hidup yang bersisa perlu diteruskan. Bak pantun Puteri Gunung Ledang, Sauh Layar Berkelok-kelok, Singgah Lalu Di Air Tenang, Yang Pergi Hati Tak Elok, Yang Tinggal Hati Tak Senang....apapun kesudahannya, Oma harap, garapilah segala ilmu yang dititip sewaktu tersadai di persada ini. Jangan sampai terburai di tengah jalan. Lalai itu sahabat yang karib buat sang hati. Sila singkirkan berterusan. Sedang batu pun boleh tertarah, inikan pula hati manusia yang sepatutnya ada panduan arah....Atau sengaja menumpahkan nilai, setelah penat menakungnya dalam gelas-gelas kesabaran. Praktikkan segala kebaikan, biar disiplin menjadi teman. Oma harap semua mereka akan berjaya. Walau sesingkat mana pun masa kita untuk bersama, namun memori yang dicipta kan abadi sepanjang nyawa di badan....
Sunday, February 21, 2010
Hati Bukan Kristal

Tinggal lagi berapa hari semua penghuni di sini akan melambai pergi. Perpisahan yang semakin hampir melambai-lambai, sangat kejam rasanya. Sesungguhnya Omma begitu selesa dengan mereka ini. Yang ini sangat baik, dan Omma sendiri memberikan komitmen yang sungguh padu serta jitu. Kumpulan yang bermasalah pun Omma terima dengan tangan dan hati terbuka, inikan pula kumpulan yang berbudi serta agak terjaga susilanya.
Namun hari ini, entah macam mana tiba-tiba hati ini dicarik dugaan. Bayangkan, ada kawan yang mengatakan bahawa ada orang telah mengecam, justeru tidak hiraukan mereka satu kumpulan. Sangat dasyat ayat itu, ia sangat mengguris. Dan hati ini menjadi terluka, luka yang amat dalam disaat hati semerbak mewangi dengan gembira. La Tahzan....maka Omma sudah mengantuk, dan hati sebal Omma titipkan doa agar ianya tenang aman. Untuk hari esok, biar masa saja menentukan. Hati ini bukan kristal, ia berkilai sesinar intan, tika kebaikan dihulurkan. Namun jadi batu sirna tatkala disakiti tanpa kasihan. Omma pasrah...
Friday, February 19, 2010
Main-main Game Internet, Rasa Hati Dipermainkan..

Main game di internet. Bermain game travian. Rasa rajin layari internet. Rasa puas lihat pembangunan kampung, malangnya serangan bertubi tubi pula daripada kampung yang dah lama bertapak. Omma gelak dekat diri sendiri yang dah macam budak-budak ni. Tapi itulah bahananya, zaman Omma dulu manalah ada peluang nak main benda macm ni semua. Memang zaman kanak-kanak Omma dan wujud game yang kanak-kanak boleh main di tv itu. taupun pun game bata break gameyang sangan terkenal itu. tapi Omma mana lah mampu nak beli, walau pun harganya bukannya mahal sangat. Dapat memiliki telefon pun masa berumur 23 tahun, masa kat universiti dulu. Kerana sangat-sangat penting untuk keperluan. Kawan-kawan dah pun ada telefon bimbit yang canggih manggih. Tapi yelah, orang cakap berakit-rakit kehulu, berenag-renang ketepian, bersakit-sakit dulu, sekarang dah agak senang. Omma nak main perang lagi ni...jangan tension sudah....
Tuesday, February 16, 2010
Selamat Tahun Baru Cina dan Selamat Kembali Kepada Warga Yang Dikasihi. Hari ni rasa bahgia sangat, tapi Oma rasa sayu jugak. Sebab Oma nampak mak macam kelihatan sebak nak melepaskan kami adik beradik balik kembali ke perantauan. Yelah, Iyang anak yang rajin membantu emak sebagai seorang suri, Oma pula penceria suasana, kecoh lah rumah, adik CT pula penyeri emak, kot ada apa-apa hal sensitif emak cerita kat adik. Maka yang ada tinggal Kak Zu tempat emak bersembang. Oma memang menyokong padu Uda kahwin. Kerana dek itu emak ada tempat bersembang hal kewanitaan. Apa pun memang rasa syahdu je nak tinggalkan emak. Macam Oma kecik-kecik nak balik asrama anak yatim dulu. Kadang-kadang Oma akan nangis sorang-sorang dalam bas. Tak peduli orang dikiri kanan yang asik perati. Bila besar sikit Oma nangis selindung-selindung, konong tidur, dan mata merah la. Walau dada berombak kencang.Tapi itu dulu, waktu umur sekolah rendah, dan setahun jagung ;ironinya sekarang pun masih rasa aroma itu. Semoga jalinan keakraban ini akan kekal sampai bila-bila.
Balik plak ngan Arol tadi. Dia macam Shazi. Sangat penyabar, ikhlas membantu, dan tak mudah melenting. Dia buatkan Oma rasa kerdil dan kurang. Yelah, Oma seorang yang cerewet, pengkritik (mungkinkah itu karakter Bulan Januari)dan satu yang paling Oma lemah adalah sikap dendam kepada yang membuli atau terhadap orang yang sakiti Oma. Oma rasa, selagi perbuatan si jahat itu tidak dibalas, Oma tak selesa. Namun banyak pengalaman lampau, jadikan pengajaran untuk Oma kawal rasa dendam itu. Arol, semoga persahabatan kan kekal sampai bila-bila. From Omara Akiko With Love....
Subscribe to:
Posts (Atom)