SILA KLIK INI

Wednesday, July 14, 2010

SenSasi KumpuLan 3


Sebut saja Kumpulan 3 PLKN, semua orang akan berkongsi "stigma "yang sama. Jangan begitu loh! kalau ada "stigma" yang "bobrok" masih cuba membuat sarang, ayuh cepat-cepat padamkannya. Ini Omma nak cerita sikit tentang Kumpulan 3 yang sedang berlangsung dekat Alam Celoreng jajahan Jiwa Murni. Xspeacially kompeni yang Omma kendalikan. Kot nak dibandingkan dengan Kumpulan 1 dulu, memangla agak setara(tak dela beza sangat). Sebab antara Kumpulan 3 dan Kumpulan 1 ni, anak-anak celorengnya rata-rata sangat ramah mesra dan cukup akrab. Dan yang paling penting sangat hormat kat bapak-bapak celoreng. Segala arahan dipatuhi dan bingkas dibikin dengan tip-top. Yang lebih bestnya adalah time masa mula-mula anak celoreng Omma bertugas nak naikkan bendera haritu. Ketua sementaranya boleh datang kat Omma dan minta ditunjuk ajarkan camner nak naikkan bendera secara propper, nak baca doa, nak buat bacaan ikrar dan macam-macam lagi. Seronok dapat anak celoreng yang begini. Pagi-pagi tak payah lah nak disuruh setiap hari, kemas katil dan sapu segala macam jembalang yang ada kat dalam dorm tu, sekali cakap je sudah ditunaikan, ewah... Dan berbaris di padang kawad memang top one lah..memang best... mereka persis Kumpulan 1 yang di kenang-kenang itu. Dan segala kekurangan yang menjadi "trade mark" Kumpulan 3 tu, memang tak jadi masalah rasanya. Memang la dalam bab pelajaran ni mereka kurang sikit, tapi dalam bab pekerti ni, Omma memang angkat topi la. Wa caya sama lu gitu.!!!..apapun untuk semua anak celoreng yang berada di Alam Celoreng, tak kiralah dimana jua kamu berada di bumi Malaysia ini, jangan sia-siakan peluang yang ada. Garaplah segala ilmu yang sedang mekar di hadapan mata. Dan jangan membuat onar. Kita harapan 1 Malaysia..ada fehem ka ittew.

BERITA PLKN

Wartawan bakal rasai suasana PLKN


DR. AHMAD Zahid Hamidi menunjukkan senarai nama pelatih PLKN bersama Abdul Hadi Awang Kechil (kanan) selepas merasmikan pelancaran pemilihan berkomputer pelatih PLKN di bangunan Zetro Wangsa Maju, semalam.


KUALA LUMPUR 13 Julai - Petugas media di negara ini berpeluang melihat sendiri perjalanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) apabila ditawarkan tempat di beberapa kem untuk menyertai 53,530 remaja yang dipilih mengikuti latihan itu penghujung bulan ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain tinggal bersama peserta PLKN pada 31 Julai dan 1 Ogos ini, wartawan juga bakal menjalani rutin harian yang sama seperti mengikuti latihan fizikal dan menjamah makanan yang sama.

Katanya, program tersebut merupakan kali pertama diadakan untuk wartawan terlibat secara langsung dalam PLKN dan pemilihan peserta akan dilakukan oleh agensi media itu sendiri.

"Kementerian juga akan memperuntukkan satu kem di setiap negeri bagi tujuan tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pemilihan Berkomputer Pelatih PLKN Siri 8/2011 di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Dr. Tiki Lafe dan Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Menurut Ahmad Zahid, 300 wartawan akan ditempatkan di beberapa kem terpilih di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka pada 31 Julai ini.

"Selain itu, kita akan menambah 390 orang lagi wartawan untuk kem di negeri Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak pada 7 hingga 8 Ogos akan datang," katanya.

Pemilihan peserta PLKN akan datang adalah mengikut pecahan komposisi kaum dengan bumiputera sebanyak 60 peratus; Cina (28 peratus), India (10 peratus) dan lain-lain sebanyak 2 peratus.

Peratusan mengikut jantina pula adalah lelaki sebanyak 55 peratus manakala perempuan pula dengan 45 peratus.

Sementara itu, Abdul Hadi memberitahu, konsep pemilihan pelatih pada kali ini berdasarkan pemilihan rawak berkomputer yang dikenali sebagai 'Monte Carlo Logarithm'.

"Konsep ini terbukti sebagai pemilihan rawak terbaik dan telah diguna pakai oleh banyak pihak di dalam dan luar negara sebelum ini," jelas beliau.

Senarai nama pelatih yang terpilih untuk menyertai PLKN Siri 8/2011 akan disiarkan pada 15 Julai ini melalui laman web khidmatnegara.gov.my.

Maklumat tersebut juga boleh diperolehi menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) iaitu MYSMS dengan menaip perkataan PLKN Semak (nombor kad pengenalan).

Penempatan kem pelatih untuk Kumpulan 1 Siri 8/2011 akan diumumkan pada bulan November manakala penempatan bagi Kumpulan 2 dan 3 pula akan diumumkan pada tahun hadapan.

Monday, July 12, 2010

PENANTIAN SATU PENYIKSAAN.....

Budak-Budak Main Police Centry
Sebelum Bermain Pasukan Dibagi-bagi,
Sebulan Menanti Blog Ini Di Tambah Entry,
Kerana Server Buat Hal la Plak Lagi.....Huhuhu


Arrgghhhh....geramji betoi lah......!!!!!!



Sunday, June 27, 2010

Babai England..Bungkus Habes....

Jerman 4 - 1 England

England Lawan Jerman

Tak sabar dah nih...lepas duty terus Omma cabut tengok bola.....huhuhu......

Kita lihat siapa yang kena....

Go...!! Go...!!! England...Chaiyok!!Chaiyok!!!!

Saturday, June 26, 2010

Bak Kata Pepatah...Langit Tak Selalu Cerah.....

Kena rogol lainlah cerita.....ini rela!!!!

Hmm.....sebelum ni baca kisah dalam surat khabar. Anak bayi dibuang merata-rata. Dalam pasu bunga, bawah pokok, kat tong sampah dan di tempat-tempat menarik yang lain (matilah si pembuang bayi ittew). Kesnya pulak macam-macam, terberanak dalam jamban, turun darah dekat bilik mandi, terdengar bayi menguek depan surau dan pelbagai situasi lagi. Omma sangat-sangat meluat dan rimas. Anda semua pun pasti rimas jugak kan? Macam lalat yang menghurung muka (lalat di kem memang banyak). Kita tepis kanan, dia terbang kat kiri, kita libas sini, dia muncul sana. Pendek kata memang cukup menguji kesabaran. Bila kes terberanak ini saban hari terbentang di dada akhbar, ia macam satu musim pula. Mula-mula ia memang sensasi, tapi lama-lama orang jadi jemu juga (meluat teramat-amat). Macam musim durian, awal-awal musim, buah durian diminati orang sana-sini. Semua dok pakat mengidam. Masa itu harga durian cukup komersil, melambung-lambung macam buah berpangsa emas. Tapi bila lama-lama dok mengadap durian, kena pula sana-sini dah dok pakat jual durian, kena pulak semua orang ada pokok dan buahnya menjadi, maka harganya semakin jatuh. Kekomersilannya jadi menurun. Daripada ianya sensasi, sampailah orang naik muak makan durian itu. Ada pula yang sebut durian pun dah mahu terbelahak. Demikianlah juga dengan berita buang anak, atau terberanak tanpa bapak ini. Dulu orang sangat terkejut dan bagi respond tak mau-mau, sekarang ianya dah macam jadi satu lumrah.

Tapi malangnya, kenapa ianya berlaku di tempat yang sungguh strategik sekali. Ditempat yang dipanggil Jiwa Murni. Aduhai! memanglah tak perlu kita rasa malu, atau pun rasa berbulu. Kerana ianya berlaku di luar dugaan. Tetapi bak kata pepatah, kalau rumah didatangi bangkai, kot tak terkena kebangkaiannya pun, busuknya pasti terkena juga. Maka segala rekod-rekod murni yang dimiliki Jiwa Murni terpadam serta merta. Apapun, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Berita pun dah keluar di akhbar. Nasi sudah menjadi bubur. Apa pun, jurulatih semua sudah bertungkus lumus melakukan yang terbaik. Tindakan pantas mereka serta kepekaan yang cukup cakna telah menghalang daripada perkara yang lenih buruk berlaku. Tindakan mereka memang patut dipuji. Ironinya, kes itu berlaku sewaktu Omma bertugas. Maka bersengkang mata dari pagi ke pagi balik lah. Hah! terbeliaklah mata. Dan semua jurulatih yang bertugas pun, mata dah macam biji saga. Dan lebih canggih lagi adalah, si ibu yang mengaku gugur itu dok bersahaja je. Macam tak ada apa berlaku. Itulah betapa pengasihnya dia........seorang ibu muda yang sudah tidak mempunyai deria!!!


Alangkah bertuahnya anak orang utan ini beribukan orang utan...tidak seperti anak orang yang beribukan setan!!!













BERITA PLKN

PELATIH TERBERANAK DI KEM JIWA MURNI

IPOH 24 Jun - Belum reda kes seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Sabah melahirkan seorang bayi awal bulan lalu, seorang lagi pelatih melahirkan bayi di Kem PLKN Jiwa Murni, Gunung Semanggol dekat sini.

Pelatih terbabit dipercayai berketurunan Orang Asli dikatakan melahirkan bayinya di Hospital Taiping petang semalam.

Sebelum itu, pelatih terbabit dipercayai mengalami tumpah darah dan dibawa ke hospital oleh pihak pentadbiran kem untuk pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan, pelatih perempuan itu disahkan hamil namun bayi dilahirkan telah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi hari ini mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kes itu malam tadi.

Menurutnya, laporan tersebut dibuat oleh kakitangan kem terbabit yang menyatakan menjumpai seorang bayi yang baru dilahirkan.

Mat Fauzi bagaimanapun enggan memberikan butiran lanjut mengenai kes tersebut.

"Saya hanya boleh mengesahkan polis ada menerima laporan mengenai kes ini dan laporan dibuat malam tadi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

TOLONG LA KLIK SAYA EK...TOLONG LAH