SILA KLIK INI

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU, CIKGU, DAN JURULATIH


Omma terdetik mahu menulis entry pada hari yang berbahgia ini kerana hari ini adalah Hari Guru. Omma sayang cecikgu Omma. Tanpa cikgu yang baik itu, maka Omma pasti tak pandai nak menulis entry. Bukan saja tak pandai berblog malah pasti jugak goblog. Omma sangat sibuk pulak. Maka mahu undur diri saja. Apapun, terima kasih semua tok tok guruku sekalian, jasa kalian pasti Omma akan kenang sampai bila-bila. Arigato gozaimasu. Mmuah....

Saturday, May 7, 2011

SELAMAT HARI IBU....BUAT EMAK TERSAYANG...



Saban tahun kita akan menyambut hari yang indah ini. Sebenarnya, untuk emak yang tersayang memang hari-hari pun kita kenang dan berhutang. Tapi mungkin hari yang semua pun orang raikan ini akan lebih meriah lagi akan sambutannya. Adik beradik semuanya mengucapkan ucapan yang sama kepada emak. Semoga emak akan sentiasa mendapat rahmat, taufik, dan hidayah daripada Allah SWT. Panjang usia di dalam Iman dan Islam. Serta peroleh ketenangan setiap masa.


Kami sayangkan emak........mmuah......Buat seluruh ibu-ibu yang hebat didunia ini, kami raikan keagungan anda buat sekian kalinya. Domo Arigato....

Thursday, April 28, 2011

BELAJAR BAHASA JEPUN - P4



Konnichiwa. Ogenki desu ka?..... (Silalah jawab dalam Bahasa Jepun..)
Mari kita dok bersantai dengan pelajaran yang ke-4 ek. Kali ini kita tengok plak Kata Ganti Nama. Marilah tengok perkataan contoh terlebih dahulu..

Ayat-ayat :
1. Watashi wa Mareshia-jin desu. (Saya orang Malaysia)

2. Anata wa Nippon-jin desu ka? (Awak orang Jepun kah?)

3. Siti-san wa gakusei desu. (Cik Siti seorang pelajar)

4. Are wa dare desu ka? ( Siapakah itu?)
Are wa Baki-san desu. (Itu Encik Baki)

Kosa Kata :
watashi = saya/aku/teman/kawe
anata = awak/engkau/kamu/ miker/kome/demo
gakusei = pelajar
Nippon-jin = orang Jepun
Mareshia-jin = orang Malaysia
dare = siapa

Tambahan :
watashitaci = kami/kita
anokata = beliau
anohito = dia
kare = dia (lelaki)
kanojo = dia (pompuan)
anatatachi / anatagata = anda sekalian
anokatatachi / anohitotachi = mereka

Maka dah taulah anak celoreng semua dengan perkataan-perkataan baru khusus untuk menunjukkan Kata Ganti Nama ni ek. Ni asas je. Sikarang bolehlah you all semua berlatih, tak gitu...

Latihan :

1. Watashi wa .......... desu.

2. .......-san wa ....... desu.
(isha = doktor, sensei/kyoshi = cikgu, ten-in = pelayan kedai, gakusei = pelajar, taipisuto = jurutaip, untenshu = pemandu kereta, kokku = chef, anaunsa = juruhebah, keikan = polis)

Sekian dahulu untuk kali ini. Sayonara.

Friday, April 15, 2011

Secebis CB......


Lama da ek Omma tak bagi sesuatu yang boleh disantap oleh jiwa dan minda. Teringat email yang disimpan lama dalam peti-peti usang itu, maka Omma pun kongsikannya bersama anak-anak celoreng. Ia sangat menyentuh kolbu......


1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.

7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.

8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.

10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Wednesday, April 13, 2011

LATIHAN LEMBUT LIDAH.....


Tentu anak celoreng semua ngah boring kan? Daripada dok melahu tak buat apa, jomlah kita belaja skit loghat-loghat yang ada kat negeri di Malaysia yang kita cinta ni. [Esok kita sambung belajar Bahasa Jepun ek...wakarimastak....]
Camner ek, kot kita sebut perkataan ini guna dailek dan loghat negeri memasing. Kot tak betoi, ye sila betolkan ajer...huhu. Perkataan nyer ek....

"ULAR, MELINGKAR, DI LUAR PAGAR"


Melaka :
"Ulau Melingkau Di Luau Pagau...bahawau kau..."

Kelantan
"Ular Melika, Lua Paga...gapo gak lika lua paga..."

Perlis/Kedah
"Ulaq Melingkaq, Tang Luaq Pagaq nu....tu ka...."

Perak
"Ulo Melengko, Di Luwo Pago, ateh..che citer...."

Johor
"Ulo Melingkar ek, Di Luar Pagar ek, ek, ekkkk...."

Selangor/KL
"Ulo Melingka Bro, Kat Luar Pagar Siut....gedik arr..."

Ehehe...tu jelah.,.ntah hapa-hapa ntah ek...



Tuesday, April 12, 2011

MARI MENCUBA

Punyalah buta IT nyer Omma nih. Nak buat benda-benda yang simpel macam ini pun tak tau. Dok selalu tanya la jawabnya. Maka sekarang silalah kita joint kebenda yang bernama Blogist sebulan nih. Banyak pekdahnyer...katanya. Bagus untuk kita yang lelaki ni tau penampilan yang terbaik sebagai seorang lelaki. Dari setiap inci tubuh badan, sampailah kepada peribadi dalaman. Kot kita sebagai pompuan ni plak, kenalah tau tentang lelaki, untuk persiapan cik abang sayang, apa yang dia suka, camner nak pujuk lelaki, manalah tau kot ada plak yang mrajok laksana datang bulan. Dan banyak lagi. Nak tau pi la lawat blog itu. Mari..mari...mari..!!! Dibawah itu adalah hukum hakam dan syaratnyer ekk.....

1) Mesti Follow blog Dunialelakimaskulin.com
2)
Pasti yg utama anda mesti lah meletakkan Header blog Dunialelakimaskulin.com dan header tersebut dilinkkan ke blog DLM
3) Tulis sedikit artikal tentang Dunialelakimaskulin.com
4)
Last sekali kena tag 3 blogger lain.

Nak tag orang pun tak tau ke...ayoyo samy....


KIJANG 'DIKERKAH' SELADANG


Berdebar-debar menanti keputusan pasukan Yeop menggomo Kelate di gelanggang sendiri malam ni. Kot ada anak celoreng dah sah-sahla meriah. Nak nak plak yang leading top 3 (dulu) Kelantan, Selangor, dan Perak. Majoriti anak celoreng plak mai dari negeri-negeri ittew, maka lagi gamatlah. Tapi tak delah sampai nak bakar-bakar kem ek (jangan sokong Usop wilcha itu). Dapat je berita Perak merobek gawang Kelate, maka bertalu-talu la sms yang Omma terima. Gol kedua pun macam tu jugak, dan ketiga, dan keempat. Wah! dah macam Euro la plaknyer. Tapi perlawanan ini memang sangat ditunggu-tunggu sekali. Yelah.... lawan Kelantan tu. Kena-kena plak tanduk Seladang tersangkut di puncak Kinabalu. Mau tak layan.............. apa pun kepada semua penyokong team kejor yeop kejor, jangan lupa untuk sentiasa memberikan sokongan yang padu terhadap pasukan kecayangan Omma ini. Jatuh bangun ya perkara biasa, apa yang penting...lawan tetap lawan !!!! (macam biasa dengar je... ;)
........................................................................................................................................
........................................................................................................................................
KUALA LUMPUR – Perak membuktikan bisa di gelanggang sendiri apabila membelasah Kelantan 4-0 pada perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh.

Kekalahan tersebut menyebabkan skuad Datuk M. Karathu terpaksa menyerahkan takhta liga kepada Selangor, yang menang 1- 0 ke atas Felda United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Lebih malang kekalahan tersebut menyebabkan Kelantan tercicir ke tangga keempat di belakang Selangor, Perak dan Terengganu.

Pada pertembungan hangat di Ipoh, anak buah Norizan Bakar garang apabila meraih gol pembukaan seawal minit kelima menerusi gerakan solo Mohd. Fazrul Hazli Kadri.

Gol awal itu menyemarakkan pasukan tuan rumah sehingga menghasilkan jaringan kedua pada minit ke-29 menerusi kerja keras Akmal Rizal Ahmad Rakhli, yang melakukan hantaran dari sebelah kiri sebelum disambar Mohd. Shafiq Jamal yang menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Perak memadam semangat Kelantan melalui gol ketiga menerusi rembatan jarak jauh Akmal Rizal pada minit ke-80.

Pemain kontroversi, Razali Umar Kandasamy yang masuk selaku pemain gantian, menambahkan derita Red Warriors menerusi jaringan terakhir Perak, dua minit kemudian.

Fadzli Saari menjaringkan gol tunggal Selangor pada minit ke-31 bagi membolehkan Red Giant melakar kemenangan tipis ke atas Felda United, 1-0.

Di Stadium Sultan Ismail Nasirrudin Shah, T-Team kalah 0-1 kepada Terengganu menerusi Jaringan Abdul Hadi Yahya pada minit ke-47.


TOLONG LA KLIK SAYA EK...TOLONG LAH