Tak sabar rasa nak tengok hasil projek coral video Omma yang pertama nih. Baru blaja coral. Jadi banyak sangatlah kelemahannya. Dengan bantuan juruletih bernama Hafiz itu, maka dapat jugaklah Omma kenal-kenal dengan coral yang kot dia yang bikin kelihatannya asyik sekali.
"SeLanGkah Ke Alam CeLoRenG" Sebuah blog khas didedikasikan untuk tatapan para pelatih PLKN, yang mungkin rindukan memori sewaktu menjalani latihan, tips-tips untuk graduate PLKN, serta Alumni PLKN, tidak kira di mana kalian berada.....sekali melangkah selamanya bersama......
SILA KLIK INI
Thursday, August 18, 2011
KLIP KLIP "SENYUM" BLACK HAWK...
Tak sabar rasa nak tengok hasil projek coral video Omma yang pertama nih. Baru blaja coral. Jadi banyak sangatlah kelemahannya. Dengan bantuan juruletih bernama Hafiz itu, maka dapat jugaklah Omma kenal-kenal dengan coral yang kot dia yang bikin kelihatannya asyik sekali.
Wednesday, August 10, 2011
RAMADHAN BERBAKI 20 HARI LAGI....
Tentulah beruntung bagi mereka-mereka yang sedang meniti kenikmatan ibadah di bulan yang sedang luas menggamit dambaan rindu hati-hati kerdil yang mengharapkan redha dan maghfirahnya ini.
Omma pulak berniaga ikan bakar dan juga juadah tahun ni. Tak taulah ibadahnya bagaimana pula. Harap dapatlah merasa sisa isi yang berbaki, jangan hanya sekadar kelompang dan cengkerang saja, dapat lapar dan dahaga semata.
Terkadang, ada detik terluang sambil keringat tenaga mengalir di pipi, barulah terasa akan syukurnya betapa nikmat kelapangan yang Allah Taala bagi selama hari ni. Pun macam tak ada masa nak bertafakur berzikir ingat Allah barang seketika. Entah apa sibuknya.
Kali ini, terasa pula rindunya. Beginilah keadaan para peniaga bazar Ramadhan yang saban tahun berniaga mencari sesuap rezeki kan.? Dalam susah payah mengharapkan gerai dikunjungi, jualan jadi pilihan hati, ada juga yang jualannya tidak menjadi. Dok menanti-nanti pelanggan berkunjung. Kadang kala pelanggan sekadar menjeling, lantas berlalu pergi. Hiba hati ni.
Omma berjual sekadar mahu ambil pengalaman saja. Bagaimanakah gerangan halnya dengan pakcik makcik yang sesungguhnya itu sajalah harapan untuk anak-anak. Mungkin itulah duitnya nanti untuk membeli sepasang persalinan anak-anak, atau beli juadah untuk para tamu yang bertandang, agar sama-sama dapat menikmati kemeriahan Syawal.
Minda Omma berlegar-legar sendirian. Makcik nasi kerabu di hadapan sudah menggulung tikarnya. Tiap hari berbungkus nasinya tak habis. Ada anak-anak kecil disisinya merenung syahdu menghitung langkah-langkah pengunjung yang sekadar menjenguk dari kejauhan.
Pakcik satay pun mengeluh, katanya, rakyat tengah tak berduit. nak makan pun kena berjimat sangat. Kadang, datang bazar ni sekadar nak beli sebungkus air. Bukan nak berbelanja sangat pun. Betul kata pakcik itu, memanglah beli juadah banyak melambak akan buatkan pembaziran, tapi kulihat, rata-rata pengunjung memang tak beli apa pun, terutama pelajar sekolah agama yang berhampiran. Semuanya seakan ikat perut. Kesian rakyat...sapa suruh korang tak kaya raya. Hakikatnya, kita saling perlu memerlukan. Lihatlah ikan bakar yang terlantar sepi itu. Kasihan Omma, Emma, dan Sally. Dah nasib kita tahun ini agaknya.
Demikianlah, harap Omma tak rugi untuk Ramadhan yang sikit saja berbaki ni. Biar rugi jual ikan, jangan rugi Ramadhan. Ayuh sama-sama kita imarahkan....!!!!

Tuesday, July 19, 2011
MEMANG MEREKA SUNGGUH MENGGAGUMKAN...KAN?!!
Nak buat macam mana kan. Maka untuk kali ni, telah terang lagi bersuluhlah kompeni yang Omma berteduh di bawahnya yang bernama Kompeni Black Hawk itu menduduki tahta tercorot. Tak pernah dapat lagi kan...maka sekarang merasalah status itu. Huhuhu...
Tapi memang cukup aneh sangat semangat anak anak celoreng ni. Walau pun selalu je tak da rezeki ( baca kalah), tapi diorang tak pernah mengeluh dengan semangat yang cuka. Tak macam keropok yang bila masuk angin tu jadi lemau. Waktu Karnival Sukan tempohari, dengan semangat juang yang tinggi, diorang sedaya upaya membuktikan kesungguhan diorang sekalian. Maka dapatlah juga mendominasi semua acara suka itu. Puas hati, dan kami masing-masing bergembira dengan suasana yang harmoni ini.
Apapun, tradisi kompeni yang disukai oleh sekalian kompeni juga masih memayungi kompeni yang bertemakan colour biru nih. Pernah suatu ketika (masa event game berlangsung) dua lagi bendera kompeni kuning dan hijau turut sama berkibar megah digelanggang kompeni Black Hawk. Terima kasih Chinouk dan Denel. Sokongan anda menggambarkan kita semua adalah bersaudara, kita satu Jiwa Murni.
Selayaknya begitulah, apa guna kita menang dan menang, tapi dari sudut perhubungan kita tewas. Jika menang dan menyombong diri, apatah lagi kemenangan yang tidak tulen, maka bagaimanakah gerangan halnya. Omma selalu memberi kata kata perangsang kepada anak-anak celoreng, tetapi bukan pengambil nilai diorang dengan mencetuskan idea dan mengongokong minda mereka dengan desakan.
Apapun, seribu tahniah buat semua kaum kerabat anak anak celoreng. Semoga kita akan berpisah di mata saja, tapi tidak di hati kalian semua..... sayonara...chan.
Saturday, July 16, 2011
KAUNSELING PENAWAR HATI YANG BERKESAN....
Thursday, June 9, 2011
SELAMAT PENGANTIN BARU ADIK SITI
Sebelum terlambat sangat-sangat hari yang terakam indah disanubari ini melambai pergi, maka Omma pun ingin mengucapkan tahniah kepada emak, Bonda Saadiah Saori n Ude Ali selaku tuan rumah yang empunya majlis walimatulurus ni. Kepada adik Siti n Ayie, selamat pengantin baru, semoga berkekalan hendaknya bahtera yang anda layari ini sampai bila-bila pun....amin.
Lain masa nak ulas majlis ni lagi. Memang banyak ceriti ceritinyer....
Monday, May 16, 2011
SELAMAT HARI GURU, CIKGU, DAN JURULATIH
Omma terdetik mahu menulis entry pada hari yang berbahgia ini kerana hari ini adalah Hari Guru. Omma sayang cecikgu Omma. Tanpa cikgu yang baik itu, maka Omma pasti tak pandai nak menulis entry. Bukan saja tak pandai berblog malah pasti jugak goblog. Omma sangat sibuk pulak. Maka mahu undur diri saja. Apapun, terima kasih semua tok tok guruku sekalian, jasa kalian pasti Omma akan kenang sampai bila-bila. Arigato gozaimasu. Mmuah....
Saturday, May 7, 2011
SELAMAT HARI IBU....BUAT EMAK TERSAYANG...

Saban tahun kita akan menyambut hari yang indah ini. Sebenarnya, untuk emak yang tersayang memang hari-hari pun kita kenang dan berhutang. Tapi mungkin hari yang semua pun orang raikan ini akan lebih meriah lagi akan sambutannya. Adik beradik semuanya mengucapkan ucapan yang sama kepada emak. Semoga emak akan sentiasa mendapat rahmat, taufik, dan hidayah daripada Allah SWT. Panjang usia di dalam Iman dan Islam. Serta peroleh ketenangan setiap masa.
Kami sayangkan emak........mmuah......Buat seluruh ibu-ibu yang hebat didunia ini, kami raikan keagungan anda buat sekian kalinya. Domo Arigato....
Subscribe to:
Posts (Atom)