SILA KLIK INI

Tuesday, May 4, 2010

ErTi SeBuAh PeRsAhAbAtAn


Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri…..
Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….
Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..

RENUNGILAH...
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)

Dilema Sang Pekerja


Ada seorang rakan bersungut kerana gajinya ciput berbanding kelulusan yang dia ada. Katanya, memang tak patut dia dapat gaji yang setaraf itu, dan dia boleh dapat lebih daripada itu. Tiba-tiba ada orang bertanya, kenapa masih berada di tempat kerja yang bergaji ciput ini. Pohonlah sebarang kerja yang menawarkan ganjaran yang lebih lumayan. Maka rakan itu membalas kata-kata itu dengan nada yang bernada kecewa bahwa bukan dia tidak mencuba. Sudah jenuh segala borang perjawatan awam yang diisi, tiap kali keluar iklan, pasti dialah orang yang mula-mula beratur mengisi borang, segala laman sesawang dilayari, dengan harapan kerja-kerja kosong itu ada yang tersangkut. Memang ada yang tersangkut hingga dia melepasi peringkat ditemuduga, atau pernah katanya disenarai pendekkan. Tapi setelah berapa lama ditunggu, keputusannya hampa. Daripada segi kemantapan cara dia bekerja, memang tidak dapat disangkal. Dia memang terbaik, begitu juga penampilan, sikap, kematangan, tindakan , berilmu pengetahuan, dan mempesonakan. Entah apa lagi agaknya yang kurang. Pendek kata dia memiliki pakej sebagai seorang pegawai yang memang layak dicampakkan kemana-mana pun. Malangnya, sudah rezki tak menyebelahi dia katanya. Dia masih berusaha, tapi kerja di tempat gaji ciput menjadikannya lemas dan kecewa. Kesimpulan yang dapat Omma buat adalah, memang bukan mudah mendapatkan kerja yang selayaknya. Tambahan pula dengan asakan ekonomi yang semakin menghimpit kini. Namun apakan daya, buatlah yang terbaik dalam apa jua bidang yang diceburi. Berbalik pada persoalan bekerja di jabatan kerajaan, itu bukanlah mudah. Biasanya rezeki saja yang menentukan. Ada juga suara nakal berkata-kata : alah temuduga itu sebagai kosmetik saja walhal calon untuk jawatan itu memang dah ada tersedia. Yang biasanya ada sangkut paut dengan orang-orang tertentu. Pendek kata di sini, ada kabel dalaman, maka akan adalah peluang. Kadangkala yang terpilih itu memang tak selayaknya berada di kerusi tersebut. Agaknya, itulah sebab banyak jabatan kerajaan yang lembab tindakannya. Dan selalu saja membuatkan orang awam komplen, layanan kakitangan yang tak mesra, lembab, jabatan kerajaan yang mengecewakan, berjam-jam, urusan bertahun-tahun dan berlori-lori lagi. Entahlah, jika itu sekadar cakap-cakap, tapi bila difikirkan dan berdasarkan pengalaman memang ada benarnya. Usahlah diharap sebarang jawatan, jika tiada kabel dalaman. Mantap macammana sekali pun, ada diorang kisah?! Dah ada kerja ini kira syukur. Dan kalau mau mewah, bikinlah pendapatan sampingan macam Omma. Terus terang Omma maklumkan pendapatan sebagai Agen Takaful dan ahli jualan langsung memang tidak mengecewakan. Sebab mau harap gaji bulanan, nak isi minyak kereta pun tak lepas sebulan sayang oiii!!!....... Tapi nak buat kerja sampingan itu bukan juga kecil cabaran dan rintangannya….Nampak relaks saja, tapi gelora di dada bak gelombang menghempas badai; yang penting tampilkan yang terbaik dalam diri sendiri, pasti nanti alah bias tegal biasa !!!

Sunday, May 2, 2010

Selamat Hari Pekerja


Kerja itu satu ibadah yang mulia. Walaupun badan letih dan kadangkala rasa tertekan namun itulah sebenarnya kemanisan kerja. Oleh kerana ini adalah kerja pilihan Omma yang sangat dicintai maka segala penat lelah bagaikan tak terasa. Sepanjang saat adalah detik-detik terindah yang tak ada galang ganti. Macam manalah orang yang kerja sambil merungut itu ya. Dahla kerja yang dibuat sangat memenat, ditambah pula dengan wajah kerut yang membirat…macammanalah tak cepat tua!!! Bekerjalah dengan gembira, serta sematkan niat ikhlas di hati. Setelah itu fikirkan sejenak, adakah kerja yang dibuat itu pilihan hati atau tidak. Ingat!yang dimaksudkan dengan pilihan hati itu bukanlah bermaksud kita perlu kerja atas dasar minat dan kegemaran kita semata, tetapi kitalah yang memilih kerja itu. Maka hendak tak nak, buat saja dengan penuh kesyukuran. Laksanakan dengan hati yang berbunga-bunga..InsayaAllah, pasti jadi macam Omma yang sentiasa bersemangat yang kobaran apinya menyala-nyala. Kot nak harap kerja yang kita minat, maka tak akan ada yang nak jadi tukang sapu, nak jadi agen jualan, ataupun jurulatih dan satnika kerja yang membebalkan hati. Namun sudah ini kerja yang perlu dilaksana,maka pikullah ia umpama emas berbongkah-bongkah bukannya masih bermalas-malasan justeru tanggungjawab dibakul sampahkan.
Marilah sama-sama kita bergembira, dengan bekerja! Bekerja!! Dan bekerja......!!!

Monday, April 26, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah

Pengikut Pertama...Hehehe...Nak Blajar Membuat Blog Yang Menawan Daripada Anak Murid...

Friday, April 23, 2010

Wah hangatnya panas membahang, sehangat semangat pasukan Starburst (sejenis nama kompeni)yang akan menentang Oerlikon (sejenis nama kompeni) dalam perlawanan bola tampar. Tinggal lagi dua hari kehangatan itu akan ditentukan. Adakah satu pasukan akan mengalami kekejangan badan akibat dingin kaku kakiku tak bermaya. Atau semangat kesukanan tetap membara. Apapun kedua-dua pasukan memang sama-sama handal. Ironinya, waktu pengundian kedua-dua pasukan ini tak bertemu. Dan ironinya juga, kedua-dua pasukan wira dan wirawatinya terus gah menempa peluang ke akhir. Dan amat memilukan apabila Astros menyapu habis tempat ketiga untuk wira dan wirawatinya. Kelu lidah Howitzer tak terkata. Pasti umpama trauma yang amat mendukacitakan sekali. Apapun, perjalanan masih jauh lagi, banyak lagi pertandingan yang bakal berlangsung. Maka ayuh kita suburkan semangat perlawanan secara sihat, dan semoga semangat yang murni ini dapat diterap sampai keluar sana. Majulah Sukan Untuk Negara.

Thursday, April 22, 2010

Nak menulis di layar internet, itu sangat terbatas masanya. Tapi, inilah medium terbaik untuk Omma mencanai minda supaya tak sebu disumbat lesu. Atau berotak beku, macam ikan dan daging dalam freezer peti ais. Hambatan masa satu hal, server down pun satu faktor juga. Kadang-kadang geramji juga rasanya, tengah dok kusyuk mencoret cetusan, dan dan tu jugaklah server hilang layangan. Dah namanya dalam hutan, maka liputan pun sangat sadis sekali...apa pun mulai hari ini Omma akan giatkan lagi Blog Omel Oma ini, dan semoga ia menjadi modus operandi Omma untuk menjadi penulis yang masyhur satu ketika nanti. Ingat bukan masyhur dengan nilai yang muarah, macam satu blog yang menghina Almarhum Sultan Johor tu dulu. Hmm...penulisan yang mengejikan harap tak merebak dalam Omel Omma......

Kumpulan 2 Yang Singkat....


Terasa cepat masa berlalu, umpama bayu yang singgah menyapa muka. Lembut membelai, tapi untuk seketika cuma. Oma turut rasa sesak. Jadual harian padat seperti biasa. Ditambah pulak dengan cuaca petang yang selalu bercinta dengan hujan, tengahari bahang mentari laksana lahar membakar kulit. Perit sangat. Budak-budak kadangkala bingung, basuh baju, tak sempat angkat sudah basah lagi. Cuaca yang panas sejuk tak menentu menjemput sakit tekak, batuk, dan demam. Ada yang masih suam-suam kuku mau demam terus saja Oma rujukkan ke medik. Kadang-kadang bebudak ni malas ambil ubat. Tapi Oma sendiri dah kena hinggap si Encik Batuk. Maka berkokoklah tak mau-mau. Kelas Pembinaan Karakter baru saja tamat hari ini. Dan sangat meriah penutup CB yang kelas Oma persembahkan. Kelas Bofi memang mantap. Namun perpisahan keluarga Bofi (nama sejenis kelas) yang menjemput, membuatkan hati sedikit syahdu. Itu baru berpisah dengan modul, belum lagi nak balik kampung buat selamanya. Itu yang selalu Oma pesankan pada mereka, kalian datang terpaksa rela, nak balik (last day)nanti kena paksa juga. Apatah lagi waktu bersama yang sesingkat ini. Namun yang singkat inilah sangat bererti. Di sini bukanlah bertahun bagai di sekolah, tapi kesannya cukup bertahta dihati. Impaknya bagai tsunami meredah daratan.
Saban kumpulan, demikianlah Oma. Rasa syahdu ditinggalkan, namun apakan daya, hidup yang bersisa perlu diteruskan. Bak pantun Puteri Gunung Ledang, Sauh Layar Berkelok-kelok, Singgah Lalu Di Air Tenang, Yang Pergi Hati Tak Elok, Yang Tinggal Hati Tak Senang....apapun kesudahannya, Oma harap, garapilah segala ilmu yang dititip sewaktu tersadai di persada ini. Jangan sampai terburai di tengah jalan. Lalai itu sahabat yang karib buat sang hati. Sila singkirkan berterusan. Sedang batu pun boleh tertarah, inikan pula hati manusia yang sepatutnya ada panduan arah....Atau sengaja menumpahkan nilai, setelah penat menakungnya dalam gelas-gelas kesabaran. Praktikkan segala kebaikan, biar disiplin menjadi teman. Oma harap semua mereka akan berjaya. Walau sesingkat mana pun masa kita untuk bersama, namun memori yang dicipta kan abadi sepanjang nyawa di badan....

TOLONG LA KLIK SAYA EK...TOLONG LAH