SILA KLIK INI

Tuesday, May 4, 2010

Dilema Sang Pekerja


Ada seorang rakan bersungut kerana gajinya ciput berbanding kelulusan yang dia ada. Katanya, memang tak patut dia dapat gaji yang setaraf itu, dan dia boleh dapat lebih daripada itu. Tiba-tiba ada orang bertanya, kenapa masih berada di tempat kerja yang bergaji ciput ini. Pohonlah sebarang kerja yang menawarkan ganjaran yang lebih lumayan. Maka rakan itu membalas kata-kata itu dengan nada yang bernada kecewa bahwa bukan dia tidak mencuba. Sudah jenuh segala borang perjawatan awam yang diisi, tiap kali keluar iklan, pasti dialah orang yang mula-mula beratur mengisi borang, segala laman sesawang dilayari, dengan harapan kerja-kerja kosong itu ada yang tersangkut. Memang ada yang tersangkut hingga dia melepasi peringkat ditemuduga, atau pernah katanya disenarai pendekkan. Tapi setelah berapa lama ditunggu, keputusannya hampa. Daripada segi kemantapan cara dia bekerja, memang tidak dapat disangkal. Dia memang terbaik, begitu juga penampilan, sikap, kematangan, tindakan , berilmu pengetahuan, dan mempesonakan. Entah apa lagi agaknya yang kurang. Pendek kata dia memiliki pakej sebagai seorang pegawai yang memang layak dicampakkan kemana-mana pun. Malangnya, sudah rezki tak menyebelahi dia katanya. Dia masih berusaha, tapi kerja di tempat gaji ciput menjadikannya lemas dan kecewa. Kesimpulan yang dapat Omma buat adalah, memang bukan mudah mendapatkan kerja yang selayaknya. Tambahan pula dengan asakan ekonomi yang semakin menghimpit kini. Namun apakan daya, buatlah yang terbaik dalam apa jua bidang yang diceburi. Berbalik pada persoalan bekerja di jabatan kerajaan, itu bukanlah mudah. Biasanya rezeki saja yang menentukan. Ada juga suara nakal berkata-kata : alah temuduga itu sebagai kosmetik saja walhal calon untuk jawatan itu memang dah ada tersedia. Yang biasanya ada sangkut paut dengan orang-orang tertentu. Pendek kata di sini, ada kabel dalaman, maka akan adalah peluang. Kadangkala yang terpilih itu memang tak selayaknya berada di kerusi tersebut. Agaknya, itulah sebab banyak jabatan kerajaan yang lembab tindakannya. Dan selalu saja membuatkan orang awam komplen, layanan kakitangan yang tak mesra, lembab, jabatan kerajaan yang mengecewakan, berjam-jam, urusan bertahun-tahun dan berlori-lori lagi. Entahlah, jika itu sekadar cakap-cakap, tapi bila difikirkan dan berdasarkan pengalaman memang ada benarnya. Usahlah diharap sebarang jawatan, jika tiada kabel dalaman. Mantap macammana sekali pun, ada diorang kisah?! Dah ada kerja ini kira syukur. Dan kalau mau mewah, bikinlah pendapatan sampingan macam Omma. Terus terang Omma maklumkan pendapatan sebagai Agen Takaful dan ahli jualan langsung memang tidak mengecewakan. Sebab mau harap gaji bulanan, nak isi minyak kereta pun tak lepas sebulan sayang oiii!!!....... Tapi nak buat kerja sampingan itu bukan juga kecil cabaran dan rintangannya….Nampak relaks saja, tapi gelora di dada bak gelombang menghempas badai; yang penting tampilkan yang terbaik dalam diri sendiri, pasti nanti alah bias tegal biasa !!!

No comments:

Post a Comment

TOLONG LA KLIK SAYA EK...TOLONG LAH