"SeLanGkah Ke Alam CeLoRenG" Sebuah blog khas didedikasikan untuk tatapan para pelatih PLKN, yang mungkin rindukan memori sewaktu menjalani latihan, tips-tips untuk graduate PLKN, serta Alumni PLKN, tidak kira di mana kalian berada.....sekali melangkah selamanya bersama......
SILA KLIK INI
Sunday, May 16, 2010
Selamat Hari Guru Untuk Para Pendidik
Kami Guru Malaysia, Beikrar dan Berjanji...ewah.... itulah lagu tema hari guru yang tidak berubah dari dulu sampai sekarang. Dari zaman Omma kecik sampai dah jadi cikgu pun. Jika diperhalusi bait liriknya, memang sangat kental bunyinya; dan demikianlah semangat guru-guru kita yang begitu gigih menyemai bakti, agar hasilnya dapat dituai oleh sianak didik. Memang itu pun sikap guru-guru yang cukup Omma kagumi sampaikan hati kecil bercita-cita mau jadi pendidik. Dalam kita teruja mengucapkan ucapan selamat sempena Hari Guru ini, kadangkala kita terlepas pandang pula akan sikap remaja (anak murid/pelajar) yang semakin dihimpit gejala negatif. Bahananya, guru pula yang menjadi mangsa. Ironinya, perbuatan biadap pelajar ini kerap kali disokong oleh ibu bapa yang membabi buta memanjakan anak. Rasanya bukan memanjakan, tetapi lebih tepat, tak ambil peduli pun fasal kebajikan anak-anak. Ini sungguh bukan semberono menuduh. Ingat! kebajikan itu bukanlah bermaksud tak bagi makan pakai kepada sianak. Atau material, tetapi ertinya lebih kepada memberikan 'nilai'! Dan ia bukanlah ditujukan buat semua ibu bapa, tetapi segelintir ibi bapa pelajar terutama sekali yang kurang akhlaknya. Ibu bapa sebegini langsung tidak ambil tahu akan apa kegiatan anak-anak di luar rumah, kedudukan prestasi mereka setiap bulan, pergaulan anak-anak itu dan sebagainya. Dan yang paling utama, ada juga ibu bapa yang langsung tak kisah anak-anak tak solat (bagi yang muslim) sebab mereka sendiri pun lebih kurang juga. Jadi macam mana nak tegur anak, nanti bomerang kena muka balik. Dan 'konon'untuk menunjukkan sayang kepada anak (yang tiada didikan tadi), maka bila pelajar dikenakan tindakan tatatertib, mulalah ibu bapa datang menyerang. Dan muka cikgu juga yang jadi mangsa. Kasihan. Nasib baiklah, di alam celoreng, pelatih seliat mana dan seteruk mana pun dapat dikawal perbuatan mereka itu. Kalau tidak Omma tak tahulah apa nak jadi pada diri ini. Di alam celoreng, memang ada juga pelatih yang degil dan keras kepala, tetapi oleh kerana alam ini alam yang tertutup, kena pula dikelilingi oleh pegawai-pegawai tentera, boleh kecut juga hati sisamseng tahi minyak itu. Apa pun itu kisah pelajar mahupun pelatih yang kurang didikan di rumah. Kadangkala ya, mereka ini mahukan perhatian daripada orang tua. Tapi oleh kerana hal itu tidak berlaku, lantas mereka mula memberontak. Ini terbukti sikap pelatih yang cuba mahu jadi jaguh degil bila mula melangkah masuk ke alam celoreng berbanding dengan sikap mereka yang ketara berbeza umpama hati penuh setaman bunga bila mahu keluar dari kem nanti. Bayangkan pernah ada pelatih yang sangat biadap dengan Omma dan memandang sinis akan keupayaan Omma selaku jurulatih mereka, namun bila mereka nak pulang.....boleh sebak dada juga dibuatnya. Ironinya, mereka tak segan silu untuk mempamerkan rasa sayang dan kasih meninggalkan alam celoreng serta kawan-kawan serta cikgu-cikgu mereka yang entah bila akan jumpa lagi. Maka berhamburanlah air mata semaunya tak kira wira mahupun wirawati. Dan setelah itu, mereka bergaul elok. Demikianlah pelatih yang tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Berbanding dengan pelatih-pelatih yang memang tertib sopan, penuh asas didikan seimbang daripada ibubapa dan keluarga, mereka ini jika ingin memprotes pun sungguh beradab. Dan demikianlah juga anak murid di sekolah, yang mana dibaja dengan ketakwaan dan kasih sayang, InsyaAllah tiada masalah akan timbul. Tapi demikianlah jika berlaku sebaliknya, segan nak ulas lagi. Apapun, mahu jadi guru kenalah ada tembok batu bata di hati, yang kukuh dan ampuh. Jangan nanti kena jentik sikit dengan pelajar sudah merajuk..........bila itu berlaku maka alamatnya nanti dunia boleh jadi terbalik!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment