"SeLanGkah Ke Alam CeLoRenG" Sebuah blog khas didedikasikan untuk tatapan para pelatih PLKN, yang mungkin rindukan memori sewaktu menjalani latihan, tips-tips untuk graduate PLKN, serta Alumni PLKN, tidak kira di mana kalian berada.....sekali melangkah selamanya bersama......
SILA KLIK INI
Tuesday, May 25, 2010
.........Hayatilah Sastera Dan Budaya
Buat masa sekarang ni Program Penghayatan Sastera Budaya sedang berlangsung. Dan malam ini adalah kemuncaknya. Awal mula pertama mula, anak celoreng akan diperkenalkan dengan jenis-jenis puisi Melayu yang begitu indah pesonanya. Jika diimbau semerbak kegemilangan Alam Persuratan Melayu yang lampau sudah pasti karya-karya penulis Melayu tersohor seperti Tun Sri Lanang, dan sebahagian catatan Abdullah Musyi, dan hikayat-hikayat Melayu seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Puteri Limau Purut, Hikayat Hang Tuah dan pelbagai lagi, sudah pasti hati akan berbunga rasa bangga. Ini justeru, penulisan-penulisan ini telah menjadi bukti bahawasanya persuratan Melayu diakui merupakan institusi penting terhadap pengembangan sastera di nusantara khusunya di Tanah Melayu. Omma nak huraikan tentang sastera Melayu ini memang tak berapa mahir, tapi memang rasa minat yang teramat mendalam terhadapnya. Malangnya, negara kita masih miskin terhadap program-program yang seumpama ini. Yang belambak di kaca televisyen hanyalah hiburan hendonism yang semakin mengarut mengasak jiwa anak muda. Sangat menghairankan, jika di Korea, Jepun, Indonesia dan banyak lagi negara maju yang rakyatnya cukup berbangga dengan seni sastera yang mereka miliki, dan anak muda mereka tidak canggung untuk berpuisi mahupun memperkayakan amalan kesusasteraan dalam kehidupan mereka, tetapi kita anak-anak kita rasa malu pula tatkala ada rakan mereka yang cuba tampil dengan amalan sastera ini. Siapa yang faham bilamana peribahasa yang menjadi pelapik kata, dengan demikian teguran sopan mula sirna. Siapa peduli bila adat istiadat merisik tiada seri bila pantun gurindam dianggam buang masa dan mengada-ngada. Dan tanya lagi pada kita, siapa peduli dengan sastera. Bila tiada lagi orang yang mahu menjujungnya, adakah pula bangsa negara lain mahu menyanjungnya? Anak-anak celoreng akan beraksi...bersyair, bersajak, berpantun, berseloka, dan bernazam dengan penuh rasa girang gira. Namun jika program seumpama ini hanya dipupuk sekelumit cuma, ibarat bagai kerakap di atas batu, hidup segan, mati tak mahu atau memang muka tak tahu malu........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment