"SeLanGkah Ke Alam CeLoRenG" Sebuah blog khas didedikasikan untuk tatapan para pelatih PLKN, yang mungkin rindukan memori sewaktu menjalani latihan, tips-tips untuk graduate PLKN, serta Alumni PLKN, tidak kira di mana kalian berada.....sekali melangkah selamanya bersama......
SILA KLIK INI
Thursday, May 27, 2010
Kau Gondol Koir............Astross
Malam semalam PPSB menutup tirai. Hampir pukul sebelas lebih. Kompeni Starburst terasa manisnya tatkala diumumkan sebagai johan. Namun di hati Omma mencongak-congak. Dapatkah mereka mengekalkan momentom kejuaraan ini. Bayangkan saja, usai saja Majlis Penutup Citra Puisi, sebahagian anak celoreng Starburst akan berkawal malam pula. Ironinya kebanyakan mereka adalah pasukan koir. Pukul 12 sampai pukul 6 pagi lagi tempohnya. Ironinya, pada paginya pula ada latihan amali kembara halangan. Aduh! sangat letih longlai tak bermaya. Bila sebut pasal koir, sudah tentu ianya bermain dengan soal suara. Dan salah satu azimat mahu suara terlontar dengan cemerlang adalah dengan tidur yang berkualiti (tak lama pun tak apa) dan diikuti kerehatan yang sewajarnya. Ini tak, selesai saja aktiviti kembara halangan, terus ada raptai koir. Dan kocoh kacah pukul 2 (lepas zohor) dah berkumpul tanpa sempat buat latihan terakhir atau menyuap kata-kata perangsang daripada kami terutama Cikgu Emma. Dan akhirnya, persembahan agak hambar dan biasa-biasa saja. Namun pesonanya masih lagi ada. Berbanding Astross yang suara vokalnya begitu padu dan cukup menyerlah sekali persembahannya. Koir mereka memang digeruni dan perlu diberi perhatian. Astross adalah antara kompeni terbaik kumpulan ini. Ini ditambah-tambah lagi dengan kerjasama yang cukup baik ditunjukkan oleh mereka. Di tempat kedua adalah daripada Kompeni Howitzer. Memang sesungguhnya mereka penuh dengan warna-warni. dan ditambah pula dengan kemewahan Cikgu Kamal yang menitik beratkan unsur-unsur gimik. Cukup perisanya. Dan kepada Kompeni Oerlikon, masih lagi terkena badi pentas. Dan jangan kecewa sangat kerana kedudukan kalian semua masih kukuh di tempat kedua. Apapun Cikgu Kamal dan Cikgu Emma dinobatkan sebagai cikgu paling indah pakaian kebangsaannya. Dan Omma hanya mendapat tempat ketiga. Tak mengapalah, sekurang-kurangnya masih ada yang ingat kat Omma. Apapun, hati terasa syahdu pula tatkala ramai anak-anak celoreng yang akan balik awal. dan dikesempatan ini Omma nak ucapkan terima kasih kepada Penolong Ketua Wirawati Starburst Mira yang sanggup menunda balik kampungnya semata-mata untuk turut sama menyertai koir ini. Walaupun ditempat ketiga,tapi Omma cukup puas hati dengan kalian semua. Dan kepada semua kompeni KJM, anda semua memang sangat best......nantikan 31 Mei ini ya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment