SILA KLIK INI

Wednesday, May 5, 2010

Menang Tapi Kalah LAWAN Kalah Yang Kalah



Perlawanan bola sepak yang menjadi idaman wira. Kumpulan ini dikira bertuah kerana perlawanan yang diidamkan akhirnya berjaya direalisasikan. Biasanya wira hampa. Dengan kobaran semangat dan harapan yang setinggi gunung, semua pasukan sudah mula mencongak strategi. Kompeni Howitzer saja yang nampaknya agak termanggu-manggu. Namun Omma suka akan kompeni ini kerana mereka sangat mesra. Mungkinkah kerana mata mereka 'masih jauh di belakang' maka tak ada apa yang hendak dibelagakkan. Berbanding dengan Kompeni Oerlikon yang ketara sangat dia punya 'merak'. Entah mana silapnya, nilai Pembinaan Karakter tidak terterap. Belum lagi melangkah keluar, ini masih lagi dalam gelanggang kursus. Nilai habis terpelanting entah ke mana. Al kisah pula, Oerlikon bertemu Howitzer, maka kena ratahlah sampai habis ketulang sum-sum. 6-0...huhuhuhu... maka bersorak sorailah pasukan menang..tidak mengapa bergembira, tetapi malangnya, sangat lupa rumput dipijak... Demikianlah gerangan halnya. Omma sendiri tepuk tahi bila tak semena-mena Omma pulak jadi mangsa kambing kemenangannya. Bukan untuk meraikan kemenangan saja, atau nak nyatakan kemenangan mereka, tetapi lebih memperkecilkan pihak lawan. Tak sedarkah, kita satu jiwa. Jiwa Murni.... Berbanding Astros yang Omma rasa lebih kool berbanding Oerlikon itu.Meraikan kemenangan sambil memberi sokongan kepada pihak lawan. Sudah adat bertanding, pasti ada menang dan kalah. Namun hakikatnya, sama-sama mesti suburkan menang-menang. Ironinya Omma gembira mereka berjaya menumpaskan Starburst yang seumpama hilang keberkatan. Cakap cikgu tak mau ikut. Ewah! demikianlah kata orang tua-tua, berkat bila dengar nasihat cikgu. Andai katalah Starburst menang, pasti mereka juga akan jadi Oerlikon 2. Dan andai itu berlaku, sudah pasti ianya sangat memilukan. Tapi sudah tumpas 1-0, maka ternganga sajalah. Dan baru depa ada akai. Apapun, malam ini, kami telah pun memberi inspirasi kepada Starburst dan lain-lainnya dalam mahu mencapai aspirasi yang dihajatkan. Bagaimanakah halnya gerangan si ketua. Huh! biarlah siluncai terjun dengan labu-labunya. Walau apa juga karenah kalian, kami akan tetap terus membimbing, agar nanti di samudera kehidupan tak kecundang di hempas gelombang yang tiada henti selagi tak sampai ketepian.....

(Tak salah bersemangat berkobar-kobar di padang, tapi di luar padang jalinan kemesraan kembali bertaut, itulah erti kemenangan hakiki)

No comments:

Post a Comment

TOLONG LA KLIK SAYA EK...TOLONG LAH