SILA KLIK INI

Thursday, May 27, 2010

Starburst Menyinar di PPSB....

Dengan persembahan tarian Asmaradan sebagai pembuka tirai, disertai dengan persembahan lakonan yang begitu melankolik serta tidak menjemukan, diikat kukuh dengan jalinan kesinambungan setiap penyampaian puisi hingga tak terasa puisi klasik dan puisi moden telah diadun sehingga menjadi begitu sebati. Dan sangat mempesonakan. Starburst menggelarkan kumpulan mereka sebagai Cenderawasih. Itu sejenis burung yang sangat indah mutunya. Di tempat kedua pula adalah kumpulan Garuda KJM Kompeni Astros. Memang persembahannya mantap. Dan lebih teserlah penyajaknya cukup pandai melontarkan intonasi sejajar pendklamasi sajak terbaik malam semalam. Dan ditempat ketiga disandang oleh Si Gagak Hitam Howitzer yang cukup elegan persembahannya. Namun ternyata masih boleh dipermantapkan lagi justeru banyak ruang-ruang lompong yang perlu diisi baik dari sudut estetikanya mahupun lakonannya. Dan Sang Helang daripada Oerlikon terpaksa akur menggigit jari di tempat keempat. Namun masih lagi bagus persembahannya. Bak kata TKP yang berucap menutup tirai Malam Citra Puisi, katanya kumpulan ini lebih baik daripada kumpulan yang lepas. Apapun bagi Omma, semangat cintakan sastera dan budaya bahasa kita perlulah diperkukuhkan agar generasi hadapan tidak memperlekehkan akan kepentinggannya. Dan hal ini perlulah diambil berat oleh semua pihak. Apapun berbanding dengan En.Farok selaku ketua fasilitator sebelum ini, PPSB kali ini ternyata agak suram dan tidak kemas serba serbinya. Mungkin pentas saja yang boleh direkodkan antara pentas Citra Puisi yang paling indah hiasannya. Untuk yang akan datang diharapkan agar ada pembaharuan untuk PPSB supaya impak yang diterima anak celoreng lebih berkesan dan kecintaan mereka terhadap sastera dan bahasa terus subur hingga merimbun kasihnya...... Syabas diucapkan kepada semua.

No comments:

Post a Comment

TOLONG LA KLIK SAYA EK...TOLONG LAH