SILA KLIK INI

Tuesday, May 25, 2010

Sangkaku Celoreng, Rupanya Tadika Daaaaa...

.....Nantilah Omma cipta template Omma sendiri, yang paparan celoreng sana sini. apapun, memang rasa sadis bila letak template yang ada bas sekolah nih. patutnya letak bas PLKN baru la ada ummm.. apa pu syukran jazilan pada anak celoreng Omma yang namanya Atieqah itu. makasih daun keladi.....

Saturday, May 22, 2010

Masa Itu Umpama Pedang....


..Kalau kita tak memintasnya, maka tengkuk kita akan dicantasnya. Demikianlah pepatah Orang Arab yang begitu memberatkan tentang masa. Bukan mahu bicara tentang pepatah itu, kerana ini bukanlah masukan (entry) mari belajar bahasa bersama Omma, tapi mahu bicara tentang pantasnya masa yang begitu cepat berlalu. Sampaikan diam tak diam dah mahu hampir ke penghujung bulan 5, 2010. Dan untuk sesi kumpulan celoreng kali ini, tinggal lagi dua minggu saja lagi mereka nak menghirup udara di alam celoreng. Dan kemudian bebas sebebas-bebasnya macam burung kena kurung dalam sangkar. Terbanglah entah ke mana bila saja terlepas. Demikian pantasnya masa itu, Omma nak menyemak Blog Omel Omma ni pun tak sempat. Sampaikan nak berdandan juga pun tak sempat, inikan pula nak menghadap komputer. Yelah! aktiviti celoreng memang sangat sendat wal padat bila penghujung hari-hari kumpulan mahu berakhir. Apapun, asal jangan tinggal kewajiban itu rasanya ngak apaan sih! jangan tak sempat-tak sempat; dunia rugi akhirat pun melepas. Demikianlah komitmen terhadap kehidupan, kita hanya merancang tuhan juga yang menentukan. Apa juga perancangan, mesti bersandarkan pada hakikat ketentuan Nya juga. Ada rezki mesti boleh buat punya, tapi kalau dah bukan bahagian kita nasi yang mahu disuap kemulut pun boleh berterabur ke bawah. Dah tak ada rezki la katakan...Apapun, Omma akan pastikan yang Blog Omel Omma ini akan berubah 100% bermula Bulan Jun ini. Mari kita bikin transformasi sama dia. Yelah! blog orang lain semuanya sudah kemas dihias rapi, indah tersusun segala entry, rasa malu pula dihati, lagipun blog ini kan cetusan inspirasi. Tunggu la bulan 6 nanti. Itu pun InsyaAllah jika ada rezki. Go go Omma ... Chayok..Chayyok....

Thursday, May 20, 2010

BERITA PLKN

Pelatih PLKN mati kerana leukemia
20/05/2010 5:13pm

KUALA LUMPUR 20 Mei - Seorang pelatih khidmat negara meninggal dunia semalam kerana penyakit acute leukemia yang hanya diketahui oleh keluarganya apabila diberitahu pakar perubatan.

Chu Kar Wai, 18, yang mengikuti latihan di Kem Akademi Kepimpinan Segari di Pantai Remis, Perak, meninggal dunia pada pukul 2.20 petang semalam dan jenazahnya dibawa pulang ke rumahnya di Shah Alam pukul 11 malam tadi.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata demikian selepas menghadiri seminar komandan-komandan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini hari ini.

"Mendiang meninggal dunia di Hospital Seri Manjung,Perak. Sebelum ini pada 8 Mei lalu, Kar Wai telah mendapat rawatan awal dari Penolong Pegawai Perubatan di klinik kem berkenaan kerana demam dan sekali lagi mengalami demam pada 10 Mei dan telah dirujuk ke hospital.

"Keluarga terdekat iaitu ibu bapa mendiang dimaklumkan berhubung perkara itu dan berada di samping pelatih terbabit sejak dia dimasukkan ke wad sehingga dia meninggal dunia. Kita difahamkan penyakit yang dihidapi mendiang tidak disedari ibunya sehingga diberitahu pakar,” katanya.

Rekod pengesahan kesihatan Kar Wai tidak melaporkan remaja itu mempunyai penyakit. - Bernama

Monday, May 17, 2010

Mari Menembak..............................


Aktiviti yang paling dinantikan seluruh warga celoreng akan bermula minggu ini. Tak lain tak bukan, itulah dia aktiviti menembak. Alam celoreng terasa indah seandainya senjata tentera itu dapat ditatang, dibidik, dan diletupkan sendiri oleh anak-anak celoreng ini. Boleh dicerita sampai ke anak cucu; mungkin. Bermula pengalaman diperkenalkan teori menembak, sampailah kepada hukum hakamnya sekali. Dan kemuncaknya, anak-anak celoreng akan berpeluang menembak sendiri di lapang sasar. Biar matahari kadang kala terik bertenggek atas kepala, namun kepuasan hakiki pasti terpancar tatkala pengalaman manis ini dilalui. Lantaklah orang nak cakap apa pasal markah mata yang berjaya dipungut. Rendah pun sudah boleh berbangga, inikan pula yang mendapat mata bagai sang pemburu mengintai rusa. Amboi! macam profesinal, kalah Omma!!! Kepuasannya memang tak terkata. Apapun, selamat beraksi di lapang sasar buat anak-anak celoreng. Semoga pengalaman ini ada manfaatnya kepada kalian satu masa nanti.....

(Budak-Budak Pergi Berjoget Lambak, Kami Mengucapkan Selamat Menembak)

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru Untuk Para Pendidik


Kami Guru Malaysia, Beikrar dan Berjanji...ewah.... itulah lagu tema hari guru yang tidak berubah dari dulu sampai sekarang. Dari zaman Omma kecik sampai dah jadi cikgu pun. Jika diperhalusi bait liriknya, memang sangat kental bunyinya; dan demikianlah semangat guru-guru kita yang begitu gigih menyemai bakti, agar hasilnya dapat dituai oleh sianak didik. Memang itu pun sikap guru-guru yang cukup Omma kagumi sampaikan hati kecil bercita-cita mau jadi pendidik. Dalam kita teruja mengucapkan ucapan selamat sempena Hari Guru ini, kadangkala kita terlepas pandang pula akan sikap remaja (anak murid/pelajar) yang semakin dihimpit gejala negatif. Bahananya, guru pula yang menjadi mangsa. Ironinya, perbuatan biadap pelajar ini kerap kali disokong oleh ibu bapa yang membabi buta memanjakan anak. Rasanya bukan memanjakan, tetapi lebih tepat, tak ambil peduli pun fasal kebajikan anak-anak. Ini sungguh bukan semberono menuduh. Ingat! kebajikan itu bukanlah bermaksud tak bagi makan pakai kepada sianak. Atau material, tetapi ertinya lebih kepada memberikan 'nilai'! Dan ia bukanlah ditujukan buat semua ibu bapa, tetapi segelintir ibi bapa pelajar terutama sekali yang kurang akhlaknya. Ibu bapa sebegini langsung tidak ambil tahu akan apa kegiatan anak-anak di luar rumah, kedudukan prestasi mereka setiap bulan, pergaulan anak-anak itu dan sebagainya. Dan yang paling utama, ada juga ibu bapa yang langsung tak kisah anak-anak tak solat (bagi yang muslim) sebab mereka sendiri pun lebih kurang juga. Jadi macam mana nak tegur anak, nanti bomerang kena muka balik. Dan 'konon'untuk menunjukkan sayang kepada anak (yang tiada didikan tadi), maka bila pelajar dikenakan tindakan tatatertib, mulalah ibu bapa datang menyerang. Dan muka cikgu juga yang jadi mangsa. Kasihan. Nasib baiklah, di alam celoreng, pelatih seliat mana dan seteruk mana pun dapat dikawal perbuatan mereka itu. Kalau tidak Omma tak tahulah apa nak jadi pada diri ini. Di alam celoreng, memang ada juga pelatih yang degil dan keras kepala, tetapi oleh kerana alam ini alam yang tertutup, kena pula dikelilingi oleh pegawai-pegawai tentera, boleh kecut juga hati sisamseng tahi minyak itu. Apa pun itu kisah pelajar mahupun pelatih yang kurang didikan di rumah. Kadangkala ya, mereka ini mahukan perhatian daripada orang tua. Tapi oleh kerana hal itu tidak berlaku, lantas mereka mula memberontak. Ini terbukti sikap pelatih yang cuba mahu jadi jaguh degil bila mula melangkah masuk ke alam celoreng berbanding dengan sikap mereka yang ketara berbeza umpama hati penuh setaman bunga bila mahu keluar dari kem nanti. Bayangkan pernah ada pelatih yang sangat biadap dengan Omma dan memandang sinis akan keupayaan Omma selaku jurulatih mereka, namun bila mereka nak pulang.....boleh sebak dada juga dibuatnya. Ironinya, mereka tak segan silu untuk mempamerkan rasa sayang dan kasih meninggalkan alam celoreng serta kawan-kawan serta cikgu-cikgu mereka yang entah bila akan jumpa lagi. Maka berhamburanlah air mata semaunya tak kira wira mahupun wirawati. Dan setelah itu, mereka bergaul elok. Demikianlah pelatih yang tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Berbanding dengan pelatih-pelatih yang memang tertib sopan, penuh asas didikan seimbang daripada ibubapa dan keluarga, mereka ini jika ingin memprotes pun sungguh beradab. Dan demikianlah juga anak murid di sekolah, yang mana dibaja dengan ketakwaan dan kasih sayang, InsyaAllah tiada masalah akan timbul. Tapi demikianlah jika berlaku sebaliknya, segan nak ulas lagi. Apapun, mahu jadi guru kenalah ada tembok batu bata di hati, yang kukuh dan ampuh. Jangan nanti kena jentik sikit dengan pelajar sudah merajuk..........bila itu berlaku maka alamatnya nanti dunia boleh jadi terbalik!!!

Friday, May 7, 2010

Menjelang Hari Ibu



Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan. Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.



Masa terus berlalu... Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya
kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat.
Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang
pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si
anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-
kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada
penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari
penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah
mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata
si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai
manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa
rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok,
bagaimanapun
dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak
menjawat
jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak. "Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda
ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping
telinga
ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke
telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia
tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang
pernah
ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."



Ps :

Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta
sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi
pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa
minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan
bermasam
muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK
KAKI
IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,
curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'saya sayang emak'


Wednesday, May 5, 2010

Menang Tapi Kalah LAWAN Kalah Yang Kalah



Perlawanan bola sepak yang menjadi idaman wira. Kumpulan ini dikira bertuah kerana perlawanan yang diidamkan akhirnya berjaya direalisasikan. Biasanya wira hampa. Dengan kobaran semangat dan harapan yang setinggi gunung, semua pasukan sudah mula mencongak strategi. Kompeni Howitzer saja yang nampaknya agak termanggu-manggu. Namun Omma suka akan kompeni ini kerana mereka sangat mesra. Mungkinkah kerana mata mereka 'masih jauh di belakang' maka tak ada apa yang hendak dibelagakkan. Berbanding dengan Kompeni Oerlikon yang ketara sangat dia punya 'merak'. Entah mana silapnya, nilai Pembinaan Karakter tidak terterap. Belum lagi melangkah keluar, ini masih lagi dalam gelanggang kursus. Nilai habis terpelanting entah ke mana. Al kisah pula, Oerlikon bertemu Howitzer, maka kena ratahlah sampai habis ketulang sum-sum. 6-0...huhuhuhu... maka bersorak sorailah pasukan menang..tidak mengapa bergembira, tetapi malangnya, sangat lupa rumput dipijak... Demikianlah gerangan halnya. Omma sendiri tepuk tahi bila tak semena-mena Omma pulak jadi mangsa kambing kemenangannya. Bukan untuk meraikan kemenangan saja, atau nak nyatakan kemenangan mereka, tetapi lebih memperkecilkan pihak lawan. Tak sedarkah, kita satu jiwa. Jiwa Murni.... Berbanding Astros yang Omma rasa lebih kool berbanding Oerlikon itu.Meraikan kemenangan sambil memberi sokongan kepada pihak lawan. Sudah adat bertanding, pasti ada menang dan kalah. Namun hakikatnya, sama-sama mesti suburkan menang-menang. Ironinya Omma gembira mereka berjaya menumpaskan Starburst yang seumpama hilang keberkatan. Cakap cikgu tak mau ikut. Ewah! demikianlah kata orang tua-tua, berkat bila dengar nasihat cikgu. Andai katalah Starburst menang, pasti mereka juga akan jadi Oerlikon 2. Dan andai itu berlaku, sudah pasti ianya sangat memilukan. Tapi sudah tumpas 1-0, maka ternganga sajalah. Dan baru depa ada akai. Apapun, malam ini, kami telah pun memberi inspirasi kepada Starburst dan lain-lainnya dalam mahu mencapai aspirasi yang dihajatkan. Bagaimanakah halnya gerangan si ketua. Huh! biarlah siluncai terjun dengan labu-labunya. Walau apa juga karenah kalian, kami akan tetap terus membimbing, agar nanti di samudera kehidupan tak kecundang di hempas gelombang yang tiada henti selagi tak sampai ketepian.....

(Tak salah bersemangat berkobar-kobar di padang, tapi di luar padang jalinan kemesraan kembali bertaut, itulah erti kemenangan hakiki)

TOLONG LA KLIK SAYA EK...TOLONG LAH