"SeLanGkah Ke Alam CeLoRenG" Sebuah blog khas didedikasikan untuk tatapan para pelatih PLKN, yang mungkin rindukan memori sewaktu menjalani latihan, tips-tips untuk graduate PLKN, serta Alumni PLKN, tidak kira di mana kalian berada.....sekali melangkah selamanya bersama......
Tentu anak celoreng semua ngah boring kan? Daripada dok melahu tak buat apa, jomlah kita belaja skit loghat-loghat yang ada kat negeri di Malaysia yang kita cinta ni. [Esok kita sambung belajar Bahasa Jepun ek...wakarimastak....] Camner ek, kot kita sebut perkataan ini guna dailek dan loghat negeri memasing. Kot tak betoi, ye sila betolkan ajer...huhu. Perkataan nyer ek....
"ULAR, MELINGKAR, DI LUAR PAGAR"
Melaka : "Ulau Melingkau Di Luau Pagau...bahawau kau..."
Kelantan "Ular Melika, Lua Paga...gapo gak lika lua paga..."
Punyalah buta IT nyer Omma nih. Nak buat benda-benda yang simpel macam ini pun tak tau. Dok selalu tanya la jawabnya. Maka sekarang silalah kita joint kebenda yang bernama Blogist sebulan nih. Banyak pekdahnyer...katanya. Bagus untuk kita yang lelaki ni tau penampilan yang terbaik sebagai seorang lelaki. Dari setiap inci tubuh badan, sampailah kepada peribadi dalaman. Kot kita sebagai pompuan ni plak, kenalah tau tentang lelaki, untuk persiapan cik abang sayang, apa yang dia suka, camner nak pujuk lelaki, manalah tau kot ada plak yang mrajok laksana datang bulan. Dan banyak lagi. Nak tau pi la lawat blog itu. Mari..mari...mari..!!! Dibawah itu adalah hukum hakam dan syaratnyer ekk.....
1) Mesti Follow blog Dunialelakimaskulin.com 2) Pasti yg utama anda mesti lah meletakkan Header blog Dunialelakimaskulin.com dan header tersebut dilinkkan ke blog DLM 3) Tulis sedikit artikal tentang Dunialelakimaskulin.com 4) Last sekali kena tag 3 blogger lain. Nak tag orang pun tak tau ke...ayoyo samy....
Berdebar-debar menanti keputusan pasukan Yeop menggomo Kelate di gelanggang sendiri malam ni. Kot ada anak celoreng dah sah-sahla meriah. Nak nak plak yang leading top 3 (dulu) Kelantan, Selangor, dan Perak. Majoriti anak celoreng plak mai dari negeri-negeri ittew, maka lagi gamatlah. Tapi tak delah sampai nak bakar-bakar kem ek (jangan sokong Usop wilcha itu). Dapat je berita Perak merobek gawang Kelate, maka bertalu-talu la sms yang Omma terima. Gol kedua pun macam tu jugak, dan ketiga, dan keempat. Wah! dah macam Euro la plaknyer. Tapi perlawanan ini memang sangat ditunggu-tunggu sekali. Yelah.... lawan Kelantan tu. Kena-kena plak tanduk Seladang tersangkut di puncak Kinabalu. Mau tak layan.............. apa pun kepada semua penyokong team kejor yeop kejor, jangan lupa untuk sentiasa memberikan sokongan yang padu terhadap pasukan kecayangan Omma ini. Jatuh bangun ya perkara biasa, apa yang penting...lawan tetap lawan !!!! (macam biasa dengar je... ;) ........................................................................................................................................ ........................................................................................................................................ KUALA LUMPUR – Perak membuktikan bisa di gelanggang sendiri apabila membelasah Kelantan 4-0 pada perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh.
Kekalahan tersebut menyebabkan skuad Datuk M. Karathu terpaksa menyerahkan takhta liga kepada Selangor, yang menang 1- 0 ke atas Felda United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.
Lebih malang kekalahan tersebut menyebabkan Kelantan tercicir ke tangga keempat di belakang Selangor, Perak dan Terengganu.
Pada pertembungan hangat di Ipoh, anak buah Norizan Bakar garang apabila meraih gol pembukaan seawal minit kelima menerusi gerakan solo Mohd. Fazrul Hazli Kadri.
Gol awal itu menyemarakkan pasukan tuan rumah sehingga menghasilkan jaringan kedua pada minit ke-29 menerusi kerja keras Akmal Rizal Ahmad Rakhli, yang melakukan hantaran dari sebelah kiri sebelum disambar Mohd. Shafiq Jamal yang menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Perak memadam semangat Kelantan melalui gol ketiga menerusi rembatan jarak jauh Akmal Rizal pada minit ke-80.
Pemain kontroversi, Razali Umar Kandasamy yang masuk selaku pemain gantian, menambahkan derita Red Warriors menerusi jaringan terakhir Perak, dua minit kemudian.
Fadzli Saari menjaringkan gol tunggal Selangor pada minit ke-31 bagi membolehkan Red Giant melakar kemenangan tipis ke atas Felda United, 1-0.
Di Stadium Sultan Ismail Nasirrudin Shah, T-Team kalah 0-1 kepada Terengganu menerusi Jaringan Abdul Hadi Yahya pada minit ke-47.
Konbawa. Ogenki desu ka? (Silalah jawab kata-kata sapaan ini. Takkan dah lupa kot)Baik kita akan teruskan lagi dengan topik yang ketiga iaitu P3-Ayat tanya. (Secara asas). Sebenarnya, Bahasa Jepun memang agak kompleks, tetapi secara asasnya, ia mudah saja. Sebelum itu, kalian jangan lupa plak dengan perkataan yang dah dibagi tau sebelum ni ek.
Mari lihat contoh ini. Kore wa papaiya desu ka? (Ini buah betikkah?)
Hai, so desu. (Ya, betul)
Are mo papaiya desu ka? (Itu juga buah betik kah?)
Iie, chigaimasu. (Bukan) Are, wa mango desu. (Itu mangga)
Are wa nan desu ka? (Itu pula apa?)
Are wa dorian desu. (Itu buah durian)
Kosa Kata : kore=ini papaiya=betik are=itu mo=juga mango=mangga nan=apa dorian=durian
Catatan : 1. Untuk menyusun ayat tanya, kata 'ka' digunakan diakhir keterangan dalam ayat (predikat). Contoh : Kore desu ka? (Ini kah?) Akiko-cha desu ka? (Akiko kew?)
2. Maka kot anda setuju atau ia adalah jawapan yang betul, anda boleh jawab 'hai' (ya), kot tak betul 'iie' (bukan).
3. Kata 'mo' bermaksud 'juga'. Contoh : Kore wa hon desu. Are mo hon desu. (Ini buku. Itu juga buku)
4. Kata 'nan' bermaksud 'apa'. Tapi kot nak halus kena tambah sikit 'desu ka' itu. Contoh : Nani? (Apa?)= kurang halus Nan desu ka? (Apa?)= halus
Latihan : Cuba jawab dalam Bahasa Jepun. Kore wa han desu ka?Sore wa ......desu.
Seorang Nurse, Zuhana menahan teksi. Sedang dalam perjalanan... Pemandu teksi iaitu Mahmud asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan... Nurse itu bertanya...
"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"
Mahmud tersenyum malu dan berkata... " Sebenarnya... saya selalu berfantasi....maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse..."
"Oh begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...
Mahmud gembira dan berkata... "iya...iya, saya masih single".
Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Mahmud terus mencium nurse itu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.
Tapi Mahmud menangis teresak-esak sambil berkata...
"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".
Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...
"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan... Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam".Mahmud lantas tersipu-sipu dan tukar kerja pada keesokan arinya....
KISAH AYAM .....
Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak). Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :
Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.
Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.
Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.
Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)
Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,
Si ayam jalak muda:Set
Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.
Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).
Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan. Kenapa?????
[jawapan ada di bawah]
Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"
NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA... terutama guru atau jurulatih anda yang dah tua-tua ittew....
Omma nak balik kampung. Maka semua alam yang berbentuk maya ni pun akan kita cutikan sekali la. Balik umah memang akan jadi sangat saybook. Nak bagi ayam makan, nak panjat pokok durian, nak bunuh serangga perosak, dan macam-macam yang nak nak lagi. Sebagai buah tangan, meh Omma kongsikan satu cerita yang dipetik dari blog sobat seberang sinun. Best jugak la untuk tatapan siceloreng. Al kesahnya begini. Pada suatu hari, adalah satu kompeni tu dok berklik-klik (menubuhkan group masing-masing ikot citarasa hati). Rupa-rupanya, sesama kompeni pon ada tak puas ati antara satu sama lain. Pening kepala cikgu kompeni diorang memikirkan hal ittew. Nak marah, nanti hilang plak kecantekan, nak didiamkan saja nanti dituduhnya merajuk la plak (decit hati cikgu itu dalam ati sanubarinya).Maka cikgu kompeni diorang ni pun, belikan sebakul kentang. Kentang yang montok dan segar katanya. Ntah hapa giler kentang tu nak dibuatnya. Cikgu tadi pon cakap kat semua ahli kompeni ittew supaya bayangkan berapa orang yang korang benci giler (ayoyo termasuk cikgu itu kah?). Dapatkan bilangannya, kemudian suruh budak-budak ittew ambil seberapa banyak kentang yang diorang nak iaitu mengikut berapa orang yang dia benci ittew. Semua bebudak pon ambil la kentang iitew. Ok. Pastu bebudak iitew disuruh untuk menjaga kentang itu sampai satu tarikh yang akan dibagi tahu. Yang dapat menjaga kentang-kentang sampai habis akan dibagikan dengan satu hadiah, baikkk punya! Bebudak tu pon syok la. Sehari berlalu. Ayo, berat jugak bawak kentang tu. Yela, ada yang ambik sebiji, ok lah lagi. Yang ambil 5 biji pon ada. Sepuloh bijik pon ada jugak. Bawakla kentang tu ke hulu ke hilir, dan kemana saja. Sampai hari kelima, kentang tu mula layu dan lembik. Masuk hari keseminggu, kentang tu dah mula busuk dan berbau. Sampailah satu ketika, ketua kompeni datang la mengadap cikgu yang very da crazy itu. "Cikgu ni nak main apa. Kentang ni dah busuk dah cikgu. Berat plak tu."kata ketua kompeni itu. "Yelah cikgu. Berat plak tu. Tak do pekdah langsung". sahut bebudak yang lain. Cikgu tu senyum jerk. Sambil senyum ala-ala harimau (yang anggun dan lasak). Wahai bebudak yang botak dan hitam (ujar cikgu itu kepada bebudak celoreng itu),kentang itu ibarat insan yang korang semua benci itulah. Lebih jelik, membenci sesama sendiri. Lagi ramai orang yang kamu benci, lagi beban hidup kamu. Ia akan memberati segala tindakan dan amalan kamu. Tu pasal tak boleh nak bersatu padu dan macam mana nak berjaya. Mula-mula memanglah korang rasa ok je bila benci orang lain ni. Tapi lama kelamaan ia akan membusukkan hati dan sanubari korang. Orang yang busuk hatinya jauh daripada rahmat Tuhan, dan bila dah tak dapat rahmat, maka segala pekerjaan kita akan menemui kebuntuan dan kegagalan. Oklah, siapa yang nak teruskan membebankan diri dengan kentang yang busuk itu boleh, dipersilakan. Kot dah tak larat nak tanggung benda busuk dan tak berfekdah tu, maka sindri makan pengat, sindri mau hengat la" kata cikgu itu lagi seraya beredar. Semua bebudak terdiam penuh keinsafan (insaf la kot). Kemudian secara spontan menghulurkan salam sesama sendiri. Terdengar kata-kata kemaafan sesama sendiri. Masing-masing menguntumkan senyuman yang ikhlas (ikhlas la kot) dari lubuk hati masing-masing. Tiada lagi kentang-kentang yang perlu disimpan sehingga busuk. Mereka akan pastikan ia akan sentiasa segar dan montok. Cikgu yang berlalu itu rupanya sedang mengendap bebudaknya dari dalam bilik. Lega rasa hatinya kerana anak-anak buahnya sudah bersatu kembali.
Ohayo gozaimasu. Ogenki desu ka? (Selamat pagi. Apa khabar semua?)
Tanpa buang masa lagi kita tengok plak Kata Ganti Nama Penunjuk ek. Sebelum kita belajar tatabahasa yang lebih susah. Baik kita bertatih dengan kata ganti ini dulu tau.
Kata ganti nama penunjuk :
Kore = ini (dekat pada orang yang bercakap)
Sore = itu (jauh dari orang yang bercakap, tetapi ada pada orang yang diajak bercakap)
Are = itu (jauh dari kedua-dua orang yang bercakap dan orang yang diajak bercakap)
Contoh ayat :
Kore wa hon desu. ( Ini adalah buku)
Sore wa tokei desu. (Itu adalah jam)
Are wa kasa desu. (Itu payung)
Kata “wa" berfungsi untuk menyatakan ketentuan atau memberi penegasan.
Kata “desu” menunjukkan ‘kepastian’ digunakan untuk menyempurnakan ayat. Lagi pun, ia akan menjadi sebuah perkataan yang halus dan sopan.
Contoh : Dore desu ka?( Yang mana?). Maka kot kita jawab: Kore!. (Ini!). Ini boleh jugak guna, tapi kasar la bunyinya. Sepatutnya jawab cam nih. Kore desu! ( Ini).